Posts Tagged ‘ solat ’

TAHU tapi TIDAK SEDAR

kebelakangan ini saya ada mendengar suatu berita tentang salah seorang junior angkatan baru (angkatan 2008).. beberapa orang yang boleh saya percayai menceritakan bahawa tatkala junior perempuan ini ingin menunaikan solat ‘idu al-fitri tanggal 1 Syawal yang lalu, kebetulan pada waktu tersebut dia tidak mengenakan telekung, dia telah disuruh untuk berada di belakang.. mendengarkan kisah ini, saya hanya menggelengkan kepala.. ternyata, ramai sungguh orang yang TAHU tapi TIDAK SEDAR..


apakah yang dimaksudkan dengan TAHU tapi TIDAK SEDAR? jawapannya cukup mudah.. dalam kes ini misalnya, saya rasa sekiranya ditanyakan kepada pihak yang menyuruh junior tersebut solat di belakang, “adakah telekung menjadi syarat sah solat?”, pasti dia akan menjawab TIDAK.. cukuplah sekadar menutup auratnya, itulah syarat sah solat.. dia TAHU bahawa telekung bukanlah menjadi syarat sah solat, namun dalam keadaan TIDAK SEDAR, dia telah menjadikan pemakaian telekung sebagai satu syarat sah solat.. satu konsep yang cukup mudah.. TAHU tapi TIDAK SEDAR..


banyak lagi contoh lain yang boleh saya sebutkan di sini.. misalnya, bab imsak di bulan Ramadhan.. sekiranya ditanyakan, apakah pengertian PUASA dari segi syara’? pasti ada yang akan menjawab: menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa, bermula dari TERBITNYA FAJAR sehingga terbenamnya matahari.. namun, sekiranya ada teman kita yang terlewat bangun untuk bersahur, sekadar beberapa minit sebelum azan Subuh, kita lantas menghalangnya daripada makan dan minum dengan alasan: “waktu imsak dah masuk..”


cuba anda bayangkan, anda menghalang seseorang daripada mendapatkan berkah sahur dan mengamalkan sunnah Nabi S.A.W hanya kerana waktu imsak yang tidak pernah disyari’atkan dalam agama.. sayang sekali, anda bukannya tidak TAHU bahawa puasa dimulai dengan terbitnya fajar, anda cuma TIDAK SEDAR tentang perkara tersebut..


tidak lupa juga golongan yang mengakui Muhammad sebagai Rasul mereka, namun dalam masa yang sama, mereka telah meletakkan kata-kata ustaz mereka melebihi kata-kata Rasul tersebut, seolah-olah kata-kata ustaz mempunyai autoriti untuk membatalkan syari’at Nabi Muhammad S.A.W.. golongan seperti ini tidak ubah seperti kaum kristian yang telah meletakkan kata-kata St. Paul melebihi kata-kata Jesus.. janganlah kita mengikuti kaum kristian.. saya rasa tiada antara kita yang ingin menjadi seperti kaum kristian, namun dalam keadaan tidak sedar, kadang-kadang kita mengikuti jejak langkah mereka.. kita bukan tidak TAHU bahawa Muhammad adalah Rasul kita, cuma mungkin kita “TIDAK SEDAR”..


pengajaran daripada entry ini adalah kita hendaklah SEDAR tentang perkara yang kita TAHU.. perbaiki diri kita, marilah kita saling menasihati antara satu sama lain.. janganlah bersikap TAHU tapi TIDAK SEDAR kerana sikap ini benar-benar akan merugikan kita.. saya akhiri entry kali ini dengan sebuah pantun..


Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Walau pun kami dah lama belajar,

Kalau salah tolong betulkan..


– mrblinc –

jakarta barat

Advertisements

berkaitan seminar SSN

terima kasih kami ucapkan kpd semua yg terlibat dalam program ni.. tak kisah apa pun yg anda lakukan (menyebarkan sms, mengurus di bhgn teknikal, dll), semoga Allah membalas budi baik anda.. di sini ingin saya sentuh bbrp persoalan..


pertama: pndpt yg mengatakan sekiranya wanita berjemaah, kedudukan imam adalah sebaris dengan makmum, tanpa maju ke hdpn..

ini berdasarkan riwayat dari Rabthah Al-Hanafiyah, bahawasanya ‘Aisyah mengimami mereka solat fardhu’ dan dia berdiri di tengah-tengah mereka.” – [HR Abdurrazzaq, Ad-Daruquthni dan Al-Baihaqi: hadits ini dikatakan shahih dgn syawahid].

Hajirah juga pernah meriwayatkan bhw Ummu Salamah juga mengimami mereka dan dia berdiri di tengah-tengah mereka. – [HR Abdurrazzaq, Ad-Daruquthni dan Al-Baihaqi: hadits ini dikatakan shahih dgn syawahid].

syawahid adalah kalimah plural, sedangkan kalimah singular adalah syahid.. kalimah ini bererti riwayat2 pendukung atau penguat..

sumber:

1. Shahih Fiqih Sunnah (oleh Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim)



kedua: tentang bersalam-salaman slps solat.. sekiranya merujuk kpd pndpt Al-Albani, beliau mengatakan hal itu adalah bid’ah.. namun seandainya kita melihat kembali pndpt tokoh2 lain, nescaya kita akan melihat trdpt sedikit kelonggaran dlm hal ini..

1. Dari Anas R.A dan Asy-Sya’bi R.H berkata: “Adalah para sahabat Nabi S.A.W apabila berjumpa mereka saling bersalaman, dan apabila mereka kembali dari bepergian, mereka berpelukan.” – [HR Al-Bukhari dan Muslim].

2. “Tidaklah dua orang muslim berjumpa lalu bersalaman, kecuali akan berguguranlah dosa-dosa keduanya sebagaimana bergugurannya dedaunan daripada pohonnya.” – [HR Abu Dawud].

3. Dari Al-Barra’ bin Azib R.A, Rasulullah SAW bersabda bahawa dua orang yang bertemu dan bersalaman akan diampuni dosa mereka sebelum berpisah. – [HR Ibnu Majah].

ada pun riwayat2 di atas adalah bersifat umum, sedangkan kita belum pernah mndgr adanya riwayat yg menyebut secara khusus bhw Rasulullah S.A.W atau pun para sahabat R.A bersalam-salaman slps solat..

ada pun Syeikh Abdullah bin Baz ketika ditanya ttg masalah ini hanya mengatakan bhw disunnahkan bersalaman slps solat di masjid, apabila belum sempat bersalaman sebelumnya. katanya: “Disukai bersalaman ketika berjumpa di masjid atau di dlm barisan. Jika kedua-duanya belum bersalaman slm solat, maka bersalaman setelahnya. hal ini sbg pelaksanaan sunnah yg agung itu di samping menguatkan dan menghilangkan permusuhan.”

ini adalah pndpt yg cukup baik dlm hal ini, krn walau pun tiada hadits yg khusus menyebutkan ttg sunnahnya bersalaman slps solat, namun kita mengambil faedah drpd hadits2 yg bersifat umum td..

sumber:

1. eramuslim.com: Bersalaman Setelah Sholat Berjama’ah (oleh Ustadz Ahmad Sarwat)



ketiga: menyapu muka slps memberi salam, adakah sunnah atau pun tidak?

dikatakan bhw dlm kitabnya Al-Umm, Imam Syafi’i (Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i) R.H menentang perbuatan tersebut.. pndpt ini didasarkan pd hadits riwayat Imam Muslim: “Dari Jabir bin Samrah berkata: Semasa kami solat bersama Rasulullah S.A.W, maka ketika baginda memberi salam, berkata salah seorang daripada kami dengan tangannya ke kanannya dan ke kirinya dan mengucapkan Assalamualaikum, Assalamualaikum, dengan mengisyaratkan dengan tangannya ke kanan dan ke kiri. Maka Nabi S.A.W bersabda: Apa terjadi kepada kamu, mengisyaratkan dengan tangan kamu, tak ubah seperti ekor kuda yang mabuk, tidakkah memadai atau sesungguhnya memadai seseorang kamu meletakkan tangannya di atas pahanya semasa memberi salam ke kanannya dan ke kirinya seraya mengucapkan: Assalamualaikum warahmatullah, assalamualaikum warahmatullah.” (Lihat Al-Umm. Jld. 1. Hlm. 122. Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Muslim).

lafaz “…tidakkah memadai atau sesungguhnya memadai…” menunjukkan bhw tidak perlu ada sebarang penambahan slps perbuatan salam sama ada menyapu muka mahu pun perbuatan membalik-balikkan tgn (sstgh pihak akan membalikkan tgn kanannya sewaktu memberi salam ke kanan, dan membalikkan tgn kirinya sewaktu memberi salam ke kiri), atau perbuatan2 lain.. oleh itu, bagi kita, memadailah apa yg diajarkan oleh Nabi S.A.W..

dari Abu Dawud (Sulaiman bin Al-Asy’ats R.H), “Aku mendengar bahawa Ahmad (Imam Ahmad bin Hanbal R.H) ditanya tentang seseorang mengusap mukanya dengan kedua-dua tangan jika telah selesai solat witir, dia berkata: ‘Aku belum pernah mendengar sedikit pun berkenaan dengan hal itu,’ sedangkan aku (Abu Dawud) menyaksikan bahawa Ahmad tidak melakukan hal itu (iaitu mengusap muka selepas solat).”

sumber:

1. fiqh & sunnah: Adakah Sunnah – Mengusap (Menyapu) Muka Selepas Selesai Solat dan Selepas Berdoa? (oleh Nawawi bin Subandi)



rasanya sampai di sini shj.. buat teman2 yg tlh mengikuti seminar SSN di masjid daru asy-syifa’ pd tanggal 30-31 Julai 2008, & ingin bertanyakan soalan, dipersilakan utk mengemukakan soalan anda di sini.. insya-Allah, kami akan cuba menjawab setiap persoalan yg dikemukakan..