Maulidu Ar-Rasul: Bid’ahkah?

Maulidu Ar-Rasul: Bid’ahkah?


Persoalan sama ada sambutan Maulidu Ar-Rasul ini bid’ah atau pun tidak sudah lama berlegar dalam masyarakat, lebih-lebih lagi apabila kita semakin mendekati tanggal 12 Rabi’u Al-Awwal.. Kedua-dua pihak, sama ada pihak yang membid’ahkan sambutan tersebut mahu pun pihak yang cuba mempertahankan amalan tersebut, telah berusaha untuk mengemukakan hujah masing-masing, walau pun memang kita terpaksa akui, sebahagian hujah tersebut tidak dapat diterima.. Berikut adalah pendirian saya terhadap persoalan di atas.. Semoga bermanfaat..


Pertama: Ada dakwaan yang mengatakan bahawa Maulidu Ar-Rasul tidak pernah dikenal oleh generasi awal Islam.. Betulkah dakwaan ini? Sekiranya benar, bagaimana pula boleh diketahui umum bahawa Maulidu Ar-Rasul itu jatuhnya pada tanggal 12 Rabi’u Al-Awwal?


Memang tidak dapat dinafikan bahawa dakwaan tersebut adalah benar.. Maulidu Ar-Rasul tidak pernah dikenal pada tiga kurun terbaik (yakni generasi sahabat R.A, generasi tabi’in dan generasi tabi’u at-tabi’in).. Menurut Syaikh ‘Atiyyah Saqr, para sejarawan mencatatkan bahawa sambutan Maulidu Ar-Rasul hanya diperkenalkan kepada dunia Islam pada awal kurun keempat hijrah oleh kerajaan Fathimiyyun (kerajaan yang berlandaskan Syi’ah) di Mesir..


Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah mengkhabarkan pada tanggal berapakah baginda dilahirkan.. Baginda cuma pernah menyebut bahawa baginda dilahirkan pada hari Isnin..


Dari Abu Qatadah Al-Anshari R.A: Rasulullah S.A.W ditanya tentang berpuasa pada hari Isnin. Maka jawab baginda: “Pada hari tersebut aku dilahirkan, dan padanya wahyu diturunkan kepadaku.”

[HR Muslim].


Seorang ahli falak terkemuka, Mahmud Pasha, telah melakukan satu kajian untuk menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan, yang berlaku sejak zaman Rasulullah S.A.W hingga ke zaman beliau.. Dalam kajian tersebut, didapati bahawa 12 Rabi’u Al-Awwal 571 M tidak mungkin akan jatuh pada hari Isnin.. Sekiranya benar sambutan ini sudah ada di zaman Rasulullah S.A.W, sudah pasti kita tidak akan menyambutnya pada tanggal 12 Rabi’u Al-Awwal..


Mengenai pertanyaan bagaimana boleh muncul pendapat yang mengatakan bahawa Maulidu Ar-Rasul terjadi pada tanggal 12 Rabi’u Al-Awwal, dikatakan bahawa pendapat tersebut dipopularkan oleh seorang tokoh sejarawan, iaitu Ibnu Ishaq.. Namun Ibnu Ishaq dikatakan menganut fahaman Syi’ah (sila rujuk Mizanu Al-I’tidal, karangan Imam Adz-Dzahabi).. Maka tidak hairanlah sekiranya angka 12 yang dipilih, kerana angka tersebut dianggap keramat oleh Syi’ah Imam 12.. Wallahu a’lam..


Kedua: Sekiranya benar 12 Rabi’u Al-Awwal bukan hari kelahiran Nabi S.A.W, adakah bererti semua amalan yang dilakukan pada hari tersebut adalah terbatal?


Pertama, saya ingin bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan “semua amalan” itu? Sekiranya yang dimaksudkan itu adalah puasa sunat khusus, atau pun selawat khusus, atau pun mana-mana ibadah yang dikhususkan sempena Maulidu Ar-Rasul, saya katakan: Semua amalan itu tidak pernah diajarkan oleh Rasul S.A.W.. Bagaimana boleh wujud ibadah-ibadah khusus Maulidu Ar-Rasul sedangkan Rasulullah sendiri tidak pernah memberitahu kita bilakah tanggal kelahirannya?


Sedangkan kita semua tahu bahawa “Hukum asal bagi setiap ibadah adalah haram..” Berdasarkan kaedah umum ini, tidak boleh seseorang menganggap adanya ibadah khusus pada waktu tertentu, melainkan ibadah tersebut memang diajarkan dalam Al-Quran mahu pun As-Sunnah.. Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi pernah ditanya tentang berpuasa pada tanggal 12 Rabi’u Al-Awwal dengan anggapan bahawa hari tersebut adalah tanggal kelahiran Nabi S.A.W, jawab beliau: Puasa tersebut adalah puasa yang diharamkan.


Ini kerana ibadah adalah satu bentuk pengabdian diri kepada Allah.. Dan tiada siapa yang mengetahui bagaimana bentuk pengabdian yang dituntut oleh Allah, melainkan apa yang disampaikan kepada kita oleh Rasulullah S.A.W..


Allah yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul dari kalangan mereka, membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan mereka dan mengajarkan mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah (Al-Quran dan As-Sunnah)…

[Al-Jum’ah, 62: 2].


Ada pun orang yang memberikan alasan: “Kami cuma nak buat baik.. Takkan puasa pun masuk neraka? Takkan selawat pun masuk neraka?” Saya katakan: Telah ramai orang yang menyangka bahawa mereka berbuat kebaikan, tetapi di sisi Allah, semua itu tertolak..


… Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Tidaklah kami menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sedekat-dekatnya..”

[Az-Zumar, 39: 3].


Lihatlah alasan yang diberikan oleh orang-orang yang sesat ini.. Mereka menyangka bahawa apa yang mereka sembah selain Allah itu akan mendekatkan mereka kepada Allah, tetapi ternyata bukan itu yang menjadi kehendak Allah.. Begitu juga dengan amalan-amalan yang saya sebutkan tadi.. Tidak kita nafikan bahawa puasa adalah amalan yang baik, yang diajarkan oleh Nabi S.A.W, namun sekiranya puasa tersebut telah dilakukan pada waktu yang tidak diajarkan oleh Nabi S.A.W, makanya hukumnya adalah haram..


Ketiga: Bagaimana pula sekiranya 12 Rabi’u Al-Awwal itu jatuh pada hari Isnin atau hari Khamis, adakah kita diharamkan juga untuk berpuasa?


Jawapannya adalah tergantung kepada niat anda.. Sekiranya niat anda berpuasa adalah untuk mendapatkan ganjaran puasa sunat Isnin atau Khamis, maka anda akan mendapat ganjaran tersebut – insya-Allah.. Sekiranya anda berpuasa kerana mengharapkan “ganjaran puasa Maulidu Ar-Rasul” yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi S.A.W, maka hukumnya adalah haram, sebagaimana yang disebutkan oleh Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi..


Namun, sekiranya anda berpura-pura “meniatkan diri” untuk berpuasa kerana hari Isnin, sedangkan niat anda sebenarnya anda adalah “puasa Maulidu Ar-Rasul” (misalnya membisik-bisikkan ke dalam hati bahawa anda sedang berpuasa sunat Isnin, tetapi dalam masa yang sama anda masih mengharapkan pahala puasa Maulidu Ar-Rasul), saya katakan: Sekiranya anda benar-benar yakin bahawa anda boleh menipu Allah, silakan berbuat demikian.. Wallahu a’lam..


Keempat: Sekiranya begitu, apa sahaja yang seharusnya kita lakukan pada hari Maulidu Ar-Rasul?


Antara program yang boleh dianjurkan pada sambutan Maulidu Ar-Rasul adalah mengadakan ceramah tentang pentingnya untuk kembali kepada Sunnah Rasul.. Umat Islam Malaysia khususnya, sudah terlalu jauh terpesong daripada Sunnah Rasul.. Imej Islam di Malaysia sudah lama tercemar.. Agama dipersulit sehingga golongan remaja mula menjauhi agama.. Orang bukan Islam tidak lagi berminat untuk mendekati Islam, tidak seperti di zaman Rasul S.A.W..


Sudah tiba waktunya bagi kita untuk menjernihkan kembali wajah Islam, sebagaimana Islam yang dikenal di zaman Rasulullah S.A.W.. Bid’ah dan khurafat harus dihapuskan daripada masyarakat kita.. Gerakan sunnah harus bangkit kembali dan menjadi arus utama di tanah air kita.. Bak kata seorang ustaz: “Gerakan sunnah sudah lama tidur, bahkan sudah melebihi waktu tidurnya..” Oleh itu, gunakanlah kesempatan ini, di kala momentum umat cukup tinggi untuk menyampaikan risalah dari langit ini kepada seluruh insan yang bergelar Muslim.. Wallahu a’lam..


-mrblinc-

jakarta barat

    • ingin tahu
    • March 5th, 2009

    terima kasih atas post kali ini. saya cuma bingung tentang tarikh kelahiran Nabi s.a.w. benarkah tidak ada sebarang bukti yang mengatakan 12 Rabiulawal merupakan hari kelahiran baginda? yang saya tau yang sering didebatkan ialah tentang sambutan Maulidur Rasul yang tidak pernah diajar oleh Nabi s.a.w & para sahabat baginda. harap dapat dijelaskan. saya rasa masih ramai yang keliru.

    p/s:kepada mereka yang rasa x dapat nak terima,cuba r utk terima…kebenaran memang PAHIT!

  1. kata Al-Qaradhawi: As for the second part of the question, the exact date of the Prophet’s birth is controversial, but it is most likely to be on Monday, 9th Rabee` Al-Awwal (20th or 22nd of April, 571 AC), the same year in which the invasion of the Elephants took place against the Ka`bah.

    sumber: http://www.islamonline.net/

    * * * * *

    Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini (Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-261)

    sumber: http://www.darulkautsar.com/

    wallahu a’lam..

  2. btw, alang2 saudara/i “ingintahu” sudah muncul kembali, sy berharap saudara/i dpt menjelaskan sesuatu yg pernah ditanyakan oleh salah seorang pengunjung blog ini, memandangkan sy sndiri tidak dpt menjawab pertanyaan trsbt.. saudara/i “bukan pelajar pondok” pun dah lama tidak muncul.. jd, mgkn org yg plg dekat utk menjawab pertanyaan trbst adalah saudara/i.. thnx..

    [sila klik di sini]

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: