Archive for February, 2009

Maulidu Ar-Rasul: Bid’ahkah?

Maulidu Ar-Rasul: Bid’ahkah?


Persoalan sama ada sambutan Maulidu Ar-Rasul ini bid’ah atau pun tidak sudah lama berlegar dalam masyarakat, lebih-lebih lagi apabila kita semakin mendekati tanggal 12 Rabi’u Al-Awwal.. Kedua-dua pihak, sama ada pihak yang membid’ahkan sambutan tersebut mahu pun pihak yang cuba mempertahankan amalan tersebut, telah berusaha untuk mengemukakan hujah masing-masing, walau pun memang kita terpaksa akui, sebahagian hujah tersebut tidak dapat diterima.. Berikut adalah pendirian saya terhadap persoalan di atas.. Semoga bermanfaat..


Pertama: Ada dakwaan yang mengatakan bahawa Maulidu Ar-Rasul tidak pernah dikenal oleh generasi awal Islam.. Betulkah dakwaan ini? Sekiranya benar, bagaimana pula boleh diketahui umum bahawa Maulidu Ar-Rasul itu jatuhnya pada tanggal 12 Rabi’u Al-Awwal?

Continue reading

Advertisements

Wanita itu tetap Wanita

Agama Islam adalah agama fitrah, dan manusia diciptakan Allah Ta’ala sesuai dengan fitrah ini, karena itu Allah Subhanahu wa Ta’ala menyuruh manusia menghadapkan diri ke agama fitrah agar tidak terjadi penyelewengan dan penyimpangan. Sehingga manusia berjalan di atas fitrahnya.


Maka, ianya suatu yang bukan lagi menghairankan manusia biasa seperti kita. Di mana setiap kita dianugerahkan dengan sifat kasih sayang dan perasaan cinta. Perasaan ingin memiliki dan dimiliki. Terlalu banyak rangsangan dan faktor yang mengaktifkan apa yang terpendam tersebut bertindak lebih awal. Seluruh pancaindera berfungsi sepenuhnya dengan menyerap kepelbagaian input tersebut. Maka, lubuk naluri dalaman kita dirangsang sama ada dengan dipaksa berfungsi awal atau pun terlaksana sendiri tanpa kawalan yang mengakibatkan jiwa-jiwa dalaman kita membuak-buak.


Kita katakan penyebab cinta adalah nafsu yang secara kebetulan melihat apa yang sesuai dengan tabiatnya lalu dia menganggap baik hal itu dan cenderung kepadanya. Continue reading