ala, SMS je pun…

Walau pun mungkin sesetengah pihak telah menganggap perkara ini sudah “basi”, namun saya rasa tiada salahnya untuk menulis artikel tentang perkara ini. Lagipun, saya benar-benar berharap agar perkara ini tidak lagi berlaku selepas ini.


Berikut adalah satu artikel yang telah saya tulis, atas permintaan saudara YDP PKPMI-CJ untuk talkshow Palestin, 24 Januari yang lalu.


* * * * * * * * * *


“Pemimpin Hizbullah Lebanon, Sayid Hasan Nashrullah meminta seluruh masyarakat muslimin untuk melafazkan ayat Quran berikut: Surah Al-Fath ayat 26-27, Surah Yunus ayat 85, 86 dan 87 pada malam ini. Tolong sebarkan agar Israel hancur. Sebarkan kepada seluruh umat Islam.”


Pernahkah anda menerima SMS seperti ini? Pernahkah anda membaca ayat-ayat tersebut? Pernahkah anda menyebarkan SMS tersebut kepada orang lain? Sekiranya jawapan untuk dua persoalan terakhir tersebut adalah TIDAK, alhamdulillah. Kenapa saya mengatakan sedemikian? Berikut adalah sedikit penjelasan mengenai SMS ini…


Alasan Pertama: Sekiranya kita membaca ayat 143-145 daripada surah Al-An’am (surah ke-6), kita akan dapati bahawa Allah Ta’ala mencela sikap golongan yang menetapkan sesuatu mengikut keinginan mereka sendiri lantas menyandarkannya kepada Allah Ta’ala.


…Adakah kalian menyaksikan ketika Allah menetapkan yang demikian (sebagaimana yang didakwa oleh golongan tersebut) bagi kalian? Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia tanpa pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. [144] Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku…” [145].


Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bahawa penetapan dalam agama tidak boleh berlaku kecuali dengan wahyu ilahi (sama ada Al-Quran atau As-Sunnah). Ada pun golongan yang menetapkan sesuatu tanpa bimbingan wahyu, lalu disandarkan kepada agama, disebut sebagai golongan yang zalim, dan Allah mengatakan bahawa Dia tidak memberi petunjuk kepada golongan yang zalim ini.


Alasan Kedua: Hati-hati dengan dakyah Syi’ah. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa pengaruh Syi’ah mula meresap masuk ke dalam masyarakat Ahlu As-Sunnah Malaysia. Ramai yang tidak mengambil peduli tentang perkara ini kerana menganggap Syi’ah sekadar salah satu mazhab dalam Islam. Namun ramai yang tidak sedar bahawa Syi’ah sebenarnya mempunyai aqidah yang cukup berbeza daripada Ahlu As-Sunnah. Antaranya, mereka mencerca para sahabat Nabi R.A, malah mereka mengkafirkan para sahabat (termasuk Abu Bakar dan ‘Umar). Selain itu, Syi’ah juga menuduh ‘Aisyah R.A sebagai seorang penzina.


Ketahuilah bahawa perbuatan tersebut merupakan larangan Rasul S.A.W. Sabda baginda: “Janganlah kalian mencerca sahabatku.” Dalam hadits yang lain, baginda bersabda, “Mencaci (atau mencela) seorang Muslim adalah fasiq.” Imam An-Nawawi R.H (salah seorang ulama’ dalam mazhab Asy-Syafi’i) menjelaskan hadits ini dengan berkata: “Ketahuilah bahawa mencaci para sahabat R.A adalah KEHARAMAN yang paling keji.” (sila rujuk Shahih Muslim bi Syarh An-Nawawi).


Perbuatan ini jelas dilarang oleh baginda S.A.W, namun perbuatan inilah yang menjadi sebahagian daripada aqidah golongan Syi’ah ini. Tidak hairanlah sekiranya ramai ulama’ besar Ahlu As-Sunnah wa Al-Jama’ah mengatakan bahawa golongan Syi’ah terkeluar daripada Islam, sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Imam Ibnu Hazm Al-Andalusi.


Namun sayangnya, apabila perkara ini tidak didedahkan kepada masyarakat, malah nama Sayid Hasan Nashrullah pula diagung-agungkan, sehingga tokoh tersebut dijadikan sebagai idola masyarakat. Lama kelamaan, umat Islam Malaysia akan semakin mengagumi tokoh tersebut, dan tidak mustahil aqidah Syi’ah akan tersebar ke seluruh pelusuk negara (memandangkan aqidah-aqidah inilah yang diajarkan oleh idola mereka) sekiranya perkara ini tidak dihalang dari awal. Semoga Allah menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kubu kuat Syi’ah.


Alasan Ketiga: Saya kira kita sering mendengar ungkapan ini, “Hidupnya satu bid’ah akan mematikan satu sunnah Nabi S.A.W.” Dan inilah yang dapat kita saksikan sekarang. Petua yang diajarkan dalam SMS tersebut tidak lebih daripada salah satu perkara baru yang disandarkan pada agama (bid’ah). Rasulullah S.A.W tidak pernah mengajarkan kita amalan tersebut. Petua tersebut hanyalah muncul setelah terputusnya wahyu dari langit (yakni berakhir dengan kewafatan baginda S.A.W).


Kata Imam Malik bin Anas (pengasas mazhab Maliki): “Barangsiapa mengada-adakan satu bid’ah dalam Islam, yang ia memandang bid’ah itu baik (hasanah), maka sesungguhnya ia telah menyangka bahawa Muhammad telah mengkhianati risalah Allah, kerana sesungguhnya Allah telah berfirman: “Pada hari ini Aku telah menyempurnakan bagi kalian agama kalian.” Maka apa-apa yang tidak menjadi agama pada hari itu, tidaklah menjadi agama pada hari ini.”


Pasti ada yang tertanya-tanya, sunnah apakah yang “mati” dengan hidupnya bid’ah yang diajarkan dalam SMS ini? Sunnah tersebut adalah bacaan qunut nazilah. Qunut nazilah ialah qunut yang dibacakan untuk mendoakan kebaikan (kemenangan) bagi kaum muslimin, dan mendoakan kecelakaan (kebinasaan) bagi kaum kafir. Inilah yang pernah diajarkan oleh Rasul S.A.W, apabila baginda mahu mendoakan kebinasaan beberapa kabilah yang telah mengkhianati baginda.


Kata Anas bin Malik R.A: Rasulullah S.A.W pernah qunut selama satu bulan, setelah bangkit dari ruku’, yakni mendoakan kebinasaan untuk satu kabilah daripada kabilah-kabilah ‘Arab, kemudian baginda meninggalkannya (tidak melakukannya lagi). [HR Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i dan Ath-Thahawi].


Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengajak kaum muslimin untuk kembali kepada ajaran Islam yang asal. Berpeganglah pada sunnah Nabi S.A.W, iaitu qunut nazilah, dan tinggalkanlah perkara-perkara baru yang tiada asalnya dalam agama. Sesungguhnya baginda telah bersabda: “Barang siapa yang mengada-adakan dalam urusan kami yang ini (yakni urusan agama), apa yang tidak berasal daripadanya, maka ia tertolak.” [HR Al-Bukhari dan Muslim].


Sebagai penutup, saya sekadar memberikan sedikit nasihat kepada para pembaca. Saya tahu ramai antara kita sebenarnya yang ingin menyumbangkan sesuatu untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Namun, ingatlah tidak semua perkara yang baik di mata manusia itu baik di sisi Allah. Di zaman Rasul S.A.W, ada sahabat yang ingin solat malam tanpa tidur, ada yang ingin berpuasa setiap hari dan ada pula yang tidak ingin bernikah. Alasannya adalah supaya lebih mendekatkan diri kepada Allah. Namun, ternyata perkara yang mereka sangka baik itu dilarang oleh Rasul S.A.W. Ini bererti baik atau tidaknya sesuatu perkara bukanlah dinilai berdasarkan pandangan manusia, tetapi kebaikan itu diukur dengan neraca Al-Quran dan As-Sunnah.


SMS ini, walau pun kandungannya berunsur “kebaikan” (mendoakan kebinasaan Yahudi), namun sekiranya ditimbang atas neraca Al-Quran dan As-Sunnah, ternyata SMS hanya mengandung kebatilan. Oleh itu, saya berharap para pembaca sekalian tidak lagi menyebarkan SMS seperti ini lagi di masa depan. Saya berharap setiap perkhabaran seperti ini ditimbang terlebih dahulu dengan neraca Al-Quran dan As-Sunnah sebelum disebarkan kepada orang ramai.


Mohon maaf atas segala kesalahan dalam berbicara. Semoga Allah akan sentiasa membimbing kita untuk berada pada jalanNya yang benar. Wallahu a’lam…


* * * * * * * * * *


-mrblinc-

jakarta barat

    • k.a
    • January 27th, 2009

    owh.
    camtu eh.
    nasib aku tak suke fwd sms apa2 pon
    hehehe

    • k.a
    • January 27th, 2009

    terima kasih atas ilmu ini.

  1. Tu la..Kalau boleh tak payah la forward2 msg yg kite sendiri taktau asal usul dan kesahihan faktanya walaupun bunyinya macam baik…Bukannya salah pun kalau tak forward..

    Tambah pulak golongan intelek yang berilmu dan menuntut di IPT, amat memalukan la kalau buat keje2 macam ni.
    meh tengok ni:
    http://moestoporian.blogspot.com/2008/10/professional-harus-bijak-dalam-menilai.html

  2. Setuju2..Xpayah susah nank tulis artikel pasal ni.Nta dah wat🙂
    Jzkk..

  3. mungkin ramai yg rasa terpanggil utk membantu rakyat Palestin. jadi, apa saja cara digunakan untuk melunaskan hasrat tersebut. namun, pastikan ia benar2 sahih bila berkait dengan agama. Islam agama wahyu bukan agama ikut-ikutan. segala perkara berkaitan agama perlu dipandu oleh Al-Quran & As-Sunnah. janganlah terlalu mengikut emosi dalam beragama. segala yang baik pada pandangan kita tidak semestinya baik pada pandangan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk hamba2nya. wallahu’alam.

    • Mas WarteG
    • January 28th, 2009

    niat tak menghalalkan cara..

    • teruterubuzou
    • January 28th, 2009

    btol2….lg 1 ada dpt sms yg menjatuhkan hukum haram kalo still pkai @ beli barang israel… bley ker manusia ttpkn hukum……x pon aku yg jahil…..

  4. sebenarnye kan kita sendiri keliru produk/syarikat mana yg betul2 menyokong zionis 100 percent. Ni pun kene check betul2 juge.
    Kalau tak salah, zmn Rasulullah SAW dulu, baginda takde putuskan hubungan camni dgn Yahudi kan?

    Tapi, bukanlah saya nak menyokong America dan Israel. Boleh sangat kita ambil inisiatif nak boikot, especially kalau dah benci sgt dgn puak2 tu dan sanggup ke kita tengok saudara kita diperlakukan begitu. Cumanya, boikot secara selektif lah.

    dan ttg hukum tu, mutlakkah ianya haram? Ke tak salah nak berpegang pada pendirian yg sedikit keras ni?
    Fatwa DYQ ttg ni macammana pula?

    • Rizal AbdRahman
    • January 29th, 2009

    Terima kasih atas artikelnya. Kita sama-sama ambil pengajaran.

    • ingin tahu
    • January 29th, 2009

    salam..
    ana kurg berkenan dgn cara saudari hani ni berkata-kata..nk kate laki..xkan name hani..nak kate pompuan..cara menulis xmcm pompuan..kasar sgt…ana slalu jugak mengikuti aitikel2 kt cni..slalu jgak tgok si hani ni komen sana sini..
    harap jaga sikit bahasa ya cik hani..baru manis…
    jgn sibuk2 pasal hukum sana sini tp ilmu duk hukum hakam ni xbentuk fikra h kita..

    sory mr blinc..hilang sabar kejap bace komen2 dr hani ni..ana lari topik..maaf lagi..

    wallahu’ alam..

    • ingin tahu
    • January 29th, 2009

    1 lagi..boikotla selektif…mane cik hani tahu yg cik hani boikot 2 adelah benda2 yang selektif??

    sendiri nampak tentukan barang-barang selektif yang hendak diboikot?silakan..mungkin cik hani lebih arif dan kenal mana barang yg layak diboikot dan layak tak diboikot…

    macam-macam anak dara sekarang ni..ckp xpkai otak kot…

    wallahu’alam..

  5. salam buat saudara/i “ingintahu”..

    pertama, sy ucapkan terima kasih krn sanggup mengikuti artikel2 kt cni..

    kedua, sy agak terkejut dgn komentar saudara/i “ingintahu”, yg menyebutkan bhw cara cik hani menulis “kasar sgt”..

    sy sndiri tidak dpt lihat bhgn manakah yg dikatakan kasar itu.. lgpn sblm “ingintahu” memberikan komentar, sudah ada komentar dari saudara “Rizal AbdRahman”, namun dia tidak menegur cara cik hani yg “kasar sgt” tu..

    mgkn dia sendiri tidak perasan, atau dia mmg tidak menganggap cara penulisan cik hani tu “kasar sgt”.. skdr usulan dari sy sendiri, mgkn “ingintahu” blh detailkan bhgn mana yg dianggap kasar.. adakah bhgn “boikot selektif” tu?

    ketiga, bila sy baca ayat berikut: “macam-macam anak dara sekarang ni..ckp xpkai otak kot…”, sy tertanya2: siapa sbnrnya yg menulis scara “kasar sgt”..

  6. skdr peringatan buat smua..

    sy berharap utk komentar2 yg akan dtg, para pembaca blh menjaga bahasa anda.. sy tidak mahu menjadikan blog ini sbg medan utk “perang mulut”, dll..

    wallahu a’lam..

    • dzihnun
    • January 30th, 2009

    ya, saya juga tertanya-tanya ayat yang manakah yang dikatakan kasar tu. 2-3 kali saya baca, ok je…
    saudara/i ‘ingin tahu’ bgtaula mana ayat yang kasar tu. boleh kita sama2 review…
    dan pasal boikot selektif tu, saya rasa maksudnya pada barang2 yg tidak ada pengganti, ataupun barang2 yg dah kita miliki skrg contohnya laptop(intel), handphone(nokia), dll..
    xkan nak buang lak kan..pakaijela…

    • abu
    • February 1st, 2009

    hoho…

  7. seingat sy, komentar saudara “abu” ni adalah komentar yg plg pendek stakat ini.. apa2 pun, thnx..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: