Apabila Serban itu Digigit Dengan Geraham

Kerana memegang teguh akan prinsip Islam dia rela dipenjara!


Kerana serban seorang pelajar sekolah Pondok (selepas ini dinamakan dengan istilah pondokius – peringatan: bkn semua, tetapi sebahagian) rela dipenjara 2 hari.


Dia mahu menyatkan kepada dunia, kepada pemimpin, kepada polis dan kepada undang-undang bahawa dia rela mati kerana mempertahankan sunnah Rasulullah – serban di kepala!


Dia beriman bahawa Rasulullah S.A.W telah mewasiatkan kepada umat manusia ketika ajal sedang menjemput baginda, baginda memesan agar umat ini meggigit sunnah kerana akan datang satu hari nanti manusia akan cuba menarik sunnah dari pegangan umat Islam. Sehinggakan kalau digigit dengan incisivus, pasti sunnah itu akan tercabut lantaran kuatnya tarikan manusia yang memusuhi sunnah. Kerana itu Rasul menyuruh kita menggigitnya, dengan kuat, menggunakan gigi geraham, agar nanti bila ditarik pasti sunnah itu tak  terlepas.

“Suatu hari setelah solat subuh, Rasulullah saw menasihati dengan satu nasihat yang begitu mendalam, hingga air mata kami pun mengalir dan hati-hati kami pun bergetar, kemudian berkatalah seseorang: “Sungguh ini adalah nasihat orang yang mahu berpisah, lalu apa yang akan engkau pesankan kepada kami wahai Rasulullah saw? ” beliau pun bersabda “Aku wasiatkan kepada kalian untuk bertaqwa kepada Allah, untuk mendengar dan taat kepada pemimpin, walau pun yang memimpin kalian adalah seorang hamba dari Habasyah, karena sesungguhnya sesiapa antara kamu yang masih hidup selepas daripada aku, dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah para khulafa rasyidin (para sahabat) yang mendapat petunjuk, gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham kalian (pegang erat-erat jangan sampai terlepas), dan berhati-hatilah kalian dari perkara-perkara baru yang diada-adakan dalam agama ini (bid’ah), karena setiap bid’ah adalah kesesatan.” (HR Abu Dawud dan At-Tirmidzi. At-Tirmidzi berkata hadits ini Hasan shahih)


Dia mahu mengamalkan hadith tersebut lalu dia memakai serban dan dia rela untuk dijatuhkan hukuman hanya kerana serban.


Sungguh dia di puncak keimanan!


Kemudian para pondokius pun berkata:

“Lihat, kenapa penganut Gurdwara Sahib boleh memakai serban dan dibenarkan menunggang motorsikal tanpa disaman, walhal saudara kami yang sanggup untuk menuntut ilmu agama di sekolah pondok disaman dan didenda!


Ini tidak adil malah undang-undang negara ini tidak menyebelahi agama Islam yang dikatakan sebagai agma rasmi!


Lalu adakah ini bukti Malaysia sebuah negara Islam sedangkan aturan Islam ditentang dan dizalimi?


Ibarat kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Islam ditentang dan agama Sikh  diberi laluan”


Kemudian dia tersenyum ketika dia di “escort” ke lokap. Sebuah senyuman “kemenangan” walau pun Islam makin tertindas di bumi Malaysia. Sebuah isyarat bahawa manusia Muslim harus memperjuangkan Islam walau dikenakan hukuman! Islam adalah kehidupan yang sempurna! – ini pesanan pada sebuah senyuman.


Saya tidak tahu, apakah akan ada siri demonstrasi oleh para pondokius, tapi saya yakin isu ini akan menjadi modal para penceramah agama untuk menentang kerajaan Muslim Malaysia.


Menurut pihak polis; pemakaian serban itu boleh mengancam nyawa ketika menunggang motosikal jika penunggang atau pemboncengnya terhumban jatuh.


Sebaliknya topi keledar itu mampu menyelamatkan otak dan kepala kita dari berkecai, kerana hentakan ketika kemalangan boleh menghancurkan kepala kita, rempuhan itu seperti dikenakan tekanan seberat 80 kg.


Polis tidak pernah melarang orang tua yang telah ke Mekah, atau guru agama, kerana mereka ini selalunya membawa motor seperti siput; dengan hati-hati, atau kadang-kadang rabun yang memaksa mereka memperlahankan kelajuan.

Begitu juga polis tak pernah menangkap pak haji yang memakai serban di dalam sebuah kereta. Atau bas. atau lori. atau kapal terbang.


Jauh sekali para jemaah solat yang sedang bersantai atau bersolat di masjid!


Yang polis lakukan hanyalah melarang selain dari pak haji, guru agama, ustaz, dari memakai serban – kerna ia mengancam nyawa kepada penunggangnya!


Lalu apakah wajar polis dan kerajan dikatakan menentang Agama Islam dan memberikan kelebihan kepada penganut agama lain?


Saya fikir ini adalah fikiran dangkal dari para pondokius. Kenapa dikatakan dangkal lantaran pemikiran jenis ini tak ada dasar dan selalu bersimpang siur. Satu ketika mereka akan menentang sunnah dan pada satu ketika yang lain mereka akan berpegang pada sunnah – walhal ia bukanlah sunnah syariah.


Ini biasa berlaku kepada pondokius lantaran mereka tidak mahu mengimani agama dengan benar. Tidak mahu memahani agama dengan pintu dalil dan pembuktian. Mereka merasa cukup dengan taqlid buta dan sentimen agama. Nenek moyang mereka adalah hujjah kepada mereka! Nenek moyang mereka adalah Nabi yang diutus, dan guru mereka adalah ma’sum!


Kerana itulah bangsa kita ini masih duduk dalam tempurung, kerana minda kelas pertama – minda yang selalu bertanya akan dalil – tak penah dihidupkan dalam pendidikan kehidupan kita.


Sahabat-sahabat;


Persoalannya ada 2 dalam kes “Penjara Serban” ini.


Persoalan Pertama:


Saya mahu bertanya, Apakah kalian setuju bahwa telah tsabit bahawa Rasulullah S.A.W dan para sahabat menunggang unta dalam kehidupan seharian, berperang menaiki unta dan  kuda, berdagang dengan unta?


Lalu setujukah kalau saya katakan begini: “Menaiki unta dalam kehidupan seharian adalah sunnah – dapat pahala. Menaiki Unta dan kuda dalam berperang juga sunnah – mendapat pahala dan Insyaallah akan menang. Mungkin kekalahan kita selama ini adalah kerana kita tak menunggang unta dan kuda! Dan adalah sunnah kita menunaikan haji dengan unta!”


Adakah kalian setuju dengan kenyatan saya ini?!


Kenyatan saya ini berasas, lahir dari riwayat yang mutawair tentang Unta! Lantas kenapa kalian mahu menolaknya?


Justeru bila kita amati, kehidupan baginda terbahagi kepada 2, iaitu kehidupan sebagai manusia dan kehidupan sebagai rasul.


Sebagai manusia, Muhammad saw akan berperilaku sebagai manusia lainnya; baginda ada cara jalnannya, cara mengurus dirinya, mahu makan, ada makanan kegemaran, mahu membeli pakaian &  makanan.


Maka dalam hal ini yang bersifat manusia, maka sahabat baginda tak mengikuti baginda kerana mereka semua mengerti akan hakikat kemanusian Muhammad saw. Kerana itulah telah tsabit hadith “Mengacuk kurma” ketika baginda berkata “kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu”. Malah dalam beberapa hadith kita dapati bahawa sahabat bertanyakan kepada bagnda: “Apakah ini wahyu atau pandangan anda semata-mata?”


Dan sebagai Rasul, baginda menyampaikan perintah Allah dan larangan. Maka dalam hal ini setiap manusia wajib untuk mengikutinya tanpa alasan. Kerana itu Rasulullah bersabda : “Dalam hal Agama, serahkan padaku”.


Inilah yang lebih terangkum dalam hal-hal ubudiyah – jalan menghambakan diri kepada Tuhan, yang dimulai dengan aqidah; keimanan tentang Tuhan dan segala hal-hal ghaib, kenabian, kitab-kitab, malaikat dan semua yang berkaitan.


Lalu kepada manusia, tak ada ruang bagi kita untuk menambah, mengurang atau menafikan hal-hal ini!


Dan hal inilah yang Baginda wasiatkan untuk digigit dengan gigi geraham!


Kerana itulah dalam hal serban ini, menunjukkan bahwa tiada satu pun dalil yang sah menunjukkan bahwa serban termasuk dalam bahagian agama!


Yang nyata bahwa serban adalah pakaian bangsa arab, dan Muhammad saw secara pasti adalah seorang Arab. Lalu baginda memakai pakaian kebiasan bangsanya!


Lalu kita minta kepada pondokius untuk membawakan sebuah hadith yang tarafnya sah tentang galakkan memakai serban!


Kalau sekadar  membawakan sejumlah hadith yang palsu dan lemah, lalu ada yang membuat kesimpulan “Walau palsu dan dhaif, namun maknanya mutawatir sudah boleh digunakan”.


Saya mahu bertanya; “Kaedah disiplin ilmu hadith manakah kalian gunakan sehingga mampu menyimpulkan hal tersebut?”


Justeru seandainya tiada hujjah, maka terimalah dengan hati terbuka. Kepada semua manusia, kita janganlah mencaci pakaian orang lain selagi mana ia memenuhi tuntutan agama, tambahan pula pakaian Rasulullah saw.


Maknanya serban adalah satu kebudayaan bukan keagaman. Tetapi kebudayaan boleh diberi pahala jika kita niatkan kepada agama; seperti memakai “baju melayu” lalu kita menbaca doa dan dengan niat untuk menutup aurat, dan digunakan untuk menunaikan solat.


Tuan-tuan Pondokius; boleh mengertikah?


Persoalan Kedua:


Dari sekian banyak sunnah, antara sunnah serban (kalau mereka mengganggap serban sebagai sunnah juga walalupun mereka tak mampu mendapatkan sebuah hadith tentang suruhan dan galakkan serban) dan sunnah aqidah, manakah yang lebih tinggi dan harus dipertahankan?


Semua manusia yang Islamik suka memakai serban, hatta seorang yang beriman tuhan itu berpindah randah dari 1 jasad ke jasad yang lain!


Lalu, dari segi logik, malah sebenarnya dari segi petunjuk yang telah Rasul berikan, yang berupa sunnah, adalah menegakkan aqidah dahulu, menggigit sunnah aqidah dengan kuat terlebih dahulu. Bukan sunnah serban, yasinan, maulidan, bubur asyura, tahlilan dan banyak lagi yang sebenarnya bukan sunnah tapi melanggar sunnah!


Inilah sunnah yang hakiki dan terbesar, sebuah sunnah yang terabai; membersihkan manusia dari keyakinan-keyakinan songsang dan mengisi jiwa mereka dengan keimanan yang shahih! Inilah tugas utama Rasulullah saw dan seluruh Rasul dan nabi!


“Dan sesungguhnya Kami mengutus kepada setiap umat seorang rasul; Hendaklah kalian menyembah Allah dan menjauhi thaghut” (an Nahl 36)


Maka, kita mahu bertanya kepada pondokius yang sering memakai serban dengan keyakinan “ini adalah sunnah, dan harus dipertahankan”; “Apakh kalian telah membersihkan keyakinan kalian dari kesyirikan, kekhurafatan, kebid’ahan?’


“Dan apakah kalian juga setelah itu menyeru dan menyebarkan aqidah yang shahih dikalangan masyarakat”


Lantas kita juga mahu bertanya, berdasarkan hadits wasiat nabi saw tadi: “Apakah kalian telah menghapuskan segala bid’ah ibadah yang kalian ciptakan sebelum ini, dan kembali mengamalkan cara-cara ibadah yang nabi tunjukkan – persis – tak bertambah dan berkurang?”


Jika sudah… tidak ada perkataan yang lebih patut melainkan Alhamdulillah!!


Yang peliknya mereka begitu bersemangat untuk mempertahankan sesuatu yang bukan bahagian dari agama dan bersemangat pula menentang golongan yang mahu mengajak mereka kepada berpegang teguh kepada sunnah Muhammad saw yang asli.


Dan kita juga meminta pondokius untuk tidak mencela Polis dan kerajan. Ini bukannya sunnah Muhammad saw, melainkan sunnah khawarij yang lahir dari pemikiran “adil” Dzul Khuraishi ketika dia menempelak Muhammad saw: “Berlaku adillah Muhammad” ketika dia berasa Nabi Muhammad saw tidak adil dalam pembahagian harta rampasan perang.


Polis dan Kerajaan tidak bersalah, malah mereka mahukan umat Islam selamat dari kemalangan jaln raya. Kerana itulah mereka mewajibkan kita memakai topi keledar, dan membiarkan Sikh. Paham-paham laa sket…


Justeru kalau tuan-tuan pondokius merasakan tuna-tuan lebih mengerti akan agama, lebih memahami nas dari baginda, lebih berfikiran waras dari sahabat maka kalian lebih layak mendapat Wahyu. Maka lebih baik kalian yang  jadi Nabi. Berdoalah kepada Tuhan agar kalian menjadi Rasul Melayu!


Kerana kalian lebih bagus dalam hal agama berbanding Muhammad saw, Si Arab Quraiys!


Mungkin bunyinya agak kasar,tetapi inilah reality masyarakat Malaysia hari ini.


Di mana akidah kita?


Apakah perjuangan kita?

Sekadar renungan….

  1. PERSOALAN: Manakah yang lebih berTAQWA, antara menunggang motorsikal dengan helmet, berbanding menunggang motorsikal dengan serban?

    Kata Ust Hasrizal: “Jawapan saya mungkin tidak popular…”

  2. Ngartos…Betul2.Kalau ye pun nak menegakkan sunnah tetap ada batasnya.Qaradhawi dalam Fiqh Aulawiyyat ada menerangkan dengan terperinci keutamaan dalam Islam..
    ‘Menurut pihak polis; pemakaian serban itu boleh mengancam nyawa ketika menunggang motosikal jika penunggang atau pemboncengnya terhumban jatuh.
    Sebaliknya topi keledar itu mampu menyelamatkan otak dan kepala kita dari berkecai, kerana hentakan ketika kemalangan boleh menghancurkan kepala kita, rempuhan itu seperti dikenakan tekanan seberat 80kg’

    Jelas antara nyawa dan sunnah serban,nyawa lebih dipentingkan…
    Macam kes hisap rokok lar…
    Sengaja mencampakkan diri dalam kebinasaan,AlBAaqarah:195…
    Dalam ertikata yang lain
    “Berserban tanpa topi keledar ketika menunggang motorsikal boleh membawa kepada kebinasaan”

    Dalam ayat provokasinya
    “Ko nak bunuh diri ke???”

    Wallahualam….

  3. terima kasih atas komentar saudara.. n terima kasih atas sokongan saudara..

    p/s: bila nak update blog saudara? ke sibuk dgn tugasan baru? smoga diberi kekuatan utk menunaikan amanah yg saudara pikul..

    • ibrahim
    • January 23rd, 2009

    betol jgk tu…..byk lah larangan die…xle makan maggi,nnt cept dungu la…xle bc tulisan kt batu nisan lah…nnt hafazan bole telupa…. urm…suruh tanya yg lebih tahu..xnak!!

    sy rasakan..salah satu sebab sistem pendidikan sekolah di malaysia x menekankan Pendidikan agama yg sebenarnya adalah kerana Ustaz kt sekolah. Kebanyakan Ustaz nie x mahu menjadikan profesi mereka tu profesional. Mereka lebih suka org tengok diri mereka tu sbg tukang baca doa. Jgn kata Nk OUTREACH plajar2 bukan Islam, yg Muslim pun die xle nk tarik. dtg kelas dahla lambat, dah lambat buat lawak bodoh pulak.

    benda nie mmg berlaku..kt kursus perkahwinan, hatta kt kursus haji sekalipun, walaupun sy x pernah melalui kahwin ataupun haji.

    Pokoknya, sistem pendidikan kne ubah. Jgn nk dekat exam je Ustaz panggil bc Yassin.. sebelum exam x penah pun ajar sy tajwid dgn jawi.makanya sy dapat A2 dlm SPM dulu. kahkah

  4. owh kiranya saudara ibrahim ni blum kawin n blum pegi haji lg la ni?? takpe2.. bgus2.. iA, suatu hr nnti..

    • bukan pelajar pondok
    • January 23rd, 2009

    Salam,

    Saya tak senang hati bila saudara menghina pelajar2 pondok sedemikian rupa. jika ada hujah yang hendak ditegakkan, silalakan.. tetapi bukan dengan menghina pelajar pondok (pelajar agama yang memepelajari agama melalui sistem sanad turun temurun yang kalau disemak kebali kembali kepada rasulullah) sedemikian rupa…

    pernah saudara mendampingi mereka? menyertai majlis ilmu mereka?

    memang benar, bukan semua orang maksum, hatta ada sebahagian pelajar pondok yang kadangkala tidak elok sahsiahnya, tapi boleh saya katakan mereka nih semuanya pecinta ilmu… tiada yang salahnya dalam sistem pendidikan pondok… saya tak faham kenapa sistem pembelajaran secara bersanad sebegitu perlu diubah…

    penulis mengatakan pegangan mereka daripada kaum mu’tazilah…

    persoalan saya… buktikan…

    walahua’lam

  5. salam..

    kata saudara: “memang benar, bukan semua orang maksum, hatta ada sebahagian pelajar pondok yang kadangkala tidak elok sahsiahnya..”

    kata teman sy: “selepas ini dinamakan dengan istilah pondokius – peringatan: bkn semua, tetapi sebahagian”

    wallahu a’lam..

    • mr.taciturn
    • January 23rd, 2009

    Terima kasih kepada rakan yg telah menjelaskan.cuma saya menjelaskan dari pengalaman mendampingi & mengikuti majlis ilmu mereka.

    sbb itu sejak awal lagi saya telah bold kan ayat “peringatan: bkn semua, tetapi sebahagian”

    sebagai tambahan…

    • bukan pelajar pondok
    • January 23rd, 2009

    Salam,

    saudara menulis “bkn semua, tetapi sebahagian”,

    tetapi tulisan saudara mengenai institusi pondok seolah-olah menghina institusi pondok secara keseluruhan,

    persoalan saya masih belum terjawab…

    • mr.taciturn
    • January 23rd, 2009

    Saya menulis secara umum & adalah sesuatu yang sangat tidak wajar untuk saya memunculkan nama-nama pondok yang dikritik.

    Perbaikan masih boleh dilakukan.

    Tentang soalan saudara…mungkin suatu contoh yang paling mudah dan selalu berlaku apabila saya berdamping dengan pelajar-pelajar ini adalah dalam perkara menta’wilkan sifat-sifat Allah seperti turunnya Allah itu dita’wilakn sebagai rahmat atau tagan Allah itu sebagai kekuasaan yang mana ayat-ayat mutasyabihat tersebut telah jelas dalam surah Ali Imran bahawa Allah sahaja yang mengetahui maksudnya dan kita sebagai Mukmin,beriman bahawa semuanya itu hanya dari Allah.

    Wallau a’lam.

    • Dzihnun
    • January 23rd, 2009

    salam,

    pendapat saya, penulis cuba untuk menyampaikan kekurangan yg ada di kalangan teman2 yg belajar di sekolah pondok dan pelajar2 agama yang lain.

    Kelabihan dia sudah tentu ada.🙂

    Memang betul, mereka belajar bertalaqi dari ustz, tp mereka sebahagiannya hanya mendengar dan menerima pendapat ustaz mereka shj.

    Kurang menganalisa pendapat2 lain dan tidak kritis dalam menerima ilmu yg disampaikan. Kalau ada yg salah drpd apa yg disampaikan pun tetap ditrima ia dari agama.

    Jadi mungkin apa yang penulis cuba sampaikan ialah institusi agama di malaysia sngt rigid kepada satu pendapat dan seolah2 mengongkong…

    Sehingga sanggup ke penjara kerana berserban yg dianggap sunnah yg perlu mereka pertahankan.( Saya bukan anti orang berserban!!)

    dan terakhir, kepada penulis: seorang pendakwah harus lembut dalam berhujjah tp tetap teguh dengan prinsip…

    walahualam.

    • bukan pelajar pondok
    • January 23rd, 2009

    Salam,

    mengenai pentakwilan, bagaimana saudara boleh katakan itu pendapat mu’tazilah?

    sedangkan ulama’-ulama’ telah banyak membahaskan tentang perbezaan kaedah pentakwilan antara ulama’ salaf dan ulama’ khalaf yang rata-ratanya dibincangkan di dalam kitab-kitab tauhid yang mu’tabar seperti:

    1.Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin,
    – bagi Al’alim Al’alamah AsSyaikh Zainul ‘Abidin b. Muhammad AlFathani.

    2.Kitab Tuhfatul Murid, Hasyiah A’la Matni Jauharatit Tauhid,
    – bagi AsSyaikh AlAlamah Ibrahim b. Muhamad AlBayjuri,

    3.Kitab Hasyiah Tahqiqul Maqam A’la Kifayatil Awam Fi Ilmil Kalam,
    – bagi AsSyaikh Muhammad Al-Fudali.

    4. Kitab Nuruzzalam Syarah ‘ala Aqidatil Awwam,

    5. Kitab Fathul Majid Syarhun ‘Alad Durril Farid Fi ‘Aqaidie Ahlit Tauhid,

    6. Kitab Mirqatu Su’udit Tasdiq Fi Syarhi Sullamit Taufiq Ila Mahabbatillahi ‘Alat Tahqiq,
    – bagi AsSyaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, AlBanteni At-Tanari.

    7. Kitab AsySyarhul Qawwim Fi Halli Al-Fazi Assiratil Mustaqim,

    8. Kitab Bughyatut Talib Li Ma’rifatil Ilmid Diniyyil Wajib,

    9. Kitab Sarikhul Bayan Fi Raddi ‘Ala Man Khalafal Quran,

    10. Kitab Al-Mathalibul Wafiyyah Syarhul ‘Aqidatin Nasafiyyah,
    – bagi Sheikh Abdullah Al-Harari AlMa’ruf Bil Habasiyyi.

    11. Kitab Tuhfatur Raghibin Fi Bayani Haqiqati Imanilmu’minin Wama Yufsiduhu Min Riddatil Murtaddin,
    – bagi AsSyaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari.

    12. Kitab Mabahis Fi ‘Aqaidie Ahlissunnah AlMusamma AlMuhannad ‘Ala Mufannad,
    – bagi AsSyaikh Khalil Ahmad As Saharanpuriyyi AlHindiyyi.

    13. Kitab Mursyidul Ha’ir Fi Hallil Al-Fazi Risalah Ibni Asakir,

    14. Kitab Al-As’ilatul Mubassathah ‘Ala Syarhi Risalah Ibni Asakir,
    – bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jam’iyyah Al-Masyari’ AlKhairiyyah AlIslamiyyah, Bairut Lubnan.

    15. Kitab Muzakkiratut Tauhid Wal Firaq,
    – bagi AsSyaikh Hasan As Sayyid Mutawalliyy.

    16. Kitab Al-Ajwibatul Ghaliyyah Fi ‘Aqidatil Firqatin Najiah,
    – bagi Al-‘Allamah Ad-Da’ie Ilallah Al-Habib Zainul ‘Abidin Al-‘Alawiyyi.

    17. Kitab Ahlus Sunnah Al-Asya’irah Syahadatu ‘Ulama’il Ummah Wa Adillatuhum,
    – bagi Asy Syaikh Hamad As Sinan dan Asy Syaikh Fauzi Al-‘Anjariyyi.

    Yang mana jika saudara teliti pada Kitab

    Tuhfatul Murid, Hasyiah A’la Matni Jauharatit Tauhid,
    oleh AsSyaikh AlAlamah Ibrahim b. Muhamad AlBayjuri,

    pada bab yang membincangkan ‘Nas yang mengandungi keserupaan harus ditakwil atau ditafwidh’, ada diterangkan tentang approach ulama’ pada surah al-imran ayat 7….

    ulasan nya saudara boleh baca di blog saudara aljohory ini…

    http://www.anwaraljohory.com/?p=146

    wallahua’lam… moga Allah memimpin kita ke jalan yang lurus…

  6. Kepada ‘bukan pelajar pondok’..
    Rasa2nya penulis sudah bernada lunak dalam hal ni dalam menegur institusi pondok…
    Cuma kadang2 dalam pemahaman mealui tulisan semata,banyak bnda boleh disalah tafsir…
    Ayat bertanya dikatakan marah,
    Ayat menegur dikatakan memaki hamun…
    Mungkin boleh terus berkomunikasi untuk meleraikan masalah ni..

    Dan pasal pondok jugak,rasanya penulis boleh mengkaji dan menulis serba sedikit tentang sistem pondok @pesantren..
    Ceritakan pasal sejarah pondok seperti Pondok Sungai Durian,Pondok Moden ,Pondok Lubuk Tapah yang masih terus mekar di Kelantan..
    Ceritakan tentang tok2 guru di sana..
    Tanyakan Tokoh seperti Dr Abdul Basit di Pondok Sungai Durian…
    Ceritakan tentang Alfiyah dan lain2 kitab menjadi hidangan rasmi di pondok..

    Semuanya ada pro dan kontra…
    Menegur kita kerana sayang..
    Kritik kita demi ISLAM..

    Wallahualam…

  7. Lupa untuk mr blinc..

    Ana tengah adjust dengan jawatan baru ana..
    Schedule hidup pun agak tidak terurus minggu ni..

    Dapat penyakit acute ‘dapat jawatanisme’..

    Semoga Allah memberikan kemudahan dan petunjuk😉

  8. menegur kerana sayang, mengkritik kerana Islam..

    hmm, kalimah-kalimah yang tersusun dengan cukup bagus.. buat saudara Max, seandainya saudara memerlukan sebarang bantuan daripada pihak kami, janganlah segan untuk berbuat demikian.. Insya-Allah, kami akan cuba membantu sedaya upaya..

    Al-Maidah, 2: Dan bantu membantulah dalam kebajikan dan taqwa..

    • mr.taciturn
    • January 24th, 2009

    Kepada bukan pelajar pondok,saya memohon maaf atas keterlambatan menyiarkan komen saudara kerana atas dasar-dasar ilmiah,kitab-kitab yang saudara senaraikan itu perlu lah diteliti dahulu semampu saya.memandangkan lokasi dan masa tidak mengizinkan,hanya 1-2 shj yg mampu saja semak.

    saya katakan,banyak kitab2 yag saudara senaraikan,tak pernah saya dengar atau mengenali penulis-penulisnya.secara jujur saya kagum dengan saudara yang telah mempelajari kitab-kitab tersebut.

    tetapi saya ingin membawakan kepada saudara satu pendapat daripada seorang ilmuwan yang tidak asing dalam dunia umat Islam,iaitu Ibnu Kathir.

    Dalam kitab tafsirnya yang yang masyhur,yakni Tafsir Quran Al-Azim,ketika menafsirkan “bersemayam di atas Arasy” ayat 54 pada surah Al-A’raf beliau telah berkata :

    “kami menempuh jalan para ulama salafus shalih iaitu Imam Malik,Al-Auzai’,Ats-Tsauri,Al-Laits b Saad,as-Syafie,Ahmad,Ishaq b Rahawaih dan imam-imam lainnya baik yang terdahulu maupun yang hidup pada masa berikutnya.Mereka membiarkan seperti apa yang ada padanya tanpa ada takyif,tasybih,dan ta’thil.Setiap makna zahir yang terlintas pada benak orang yang musyabbihat,makna tersebut terjauh dari Allah”

    Maknanya pada zaman Ibnu Kahtir,sudah ada org yang menyamakan Allah dengan makhluk,tetapi beliau tetap membiarkan makna tersebut seperti adanya tanpa memberi ta’wil kepada ayat tersebut walaupun dengan alasan “untuk menyucikan” kerana Allah dengan jelas telah berfirman “Tidak ada sesuatu pun yg serupa dengannya”

    Saya lebih yakin dengan pendapat ulama-ulama mu’tabar yg menolak utk menta’wil kan sifat Allah,bahkan Alllah terlebih dahulu talah berfirman tentang sifat-sifat yg Dia sendiri telah sifatkan utk diri-Nya.

    Sebagai komentar,beberapa kitab yg saudara senaraikan sebagai rujukan terutama

    Kitab Al-Mathalibul Wafiyyah Syarhul ‘Aqidatin Nasafiyyah,bagi Sheikh Abdullah Al-Harari AlMa’ruf Bil Habasiyyi

    pada pandangan beberapa ulama ahlu sunnah wal jamaah,adalah bermasalah.Terutama penulis kitab tersebut.saudara boleh lah melihat beberapa komentar ulama-ulama hari ini,antara lain Dr Wahbah Az Zuhaily berkenaan Sheikh Abdullah Al-Harari AlMa’ruf Bil Habasiyyi.

    Wallahu ‘Alam.

  9. salam….

    terima kasih kepada mereka2 yang sudi berkomentar. saya dapat menjangkakan dari awal isu ini pasti akan menimbulkan kontroversi. saya katakan begini, kalau serban adalah sunnah sila bawakan hadis tentangnya. setakat ini saya belum lagi bertemu dengan hadis tentang serban. cukuplah selama ini kita hanya mengikut tanpa mengetahui dalilnya. Islam agama wahyu bukan agama ikut-ikutan. janganlah rosakkan agama ini dengan perkara2 yang tidak ada nas dalam Al-Quran mahupun Hadis. sekian buat kali ini. wasalam.

  10. buat saudara ‘bukan pelajar pondok’,

    saya menghormati ilmu yang ada pada saudara sehingga mampu mempelajari kitab2 tersebut. namun hal seperti mentakwilkan Allah termasuk dalam perkara aqidah yang tida boleh dipandang remeh. Allah bersemayam di atas Arasy telah termaktub dalam Al-Quran. tidak perlulah kita membahas dengan panjang lebar tentang perkara ini. beriman dengan ayat tersebut bukan bermakna kita menyamakan Allah dengan makhluk. tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk, turunnya Allah tidak sama dengan turunnya makhluk. cukuplah kita beriman dengan perkara tersebut. Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah membincangkan tentang perkara ini walaupun baginda lebih mengetahui. janganlah kita cuba untuk memandai2 dalam beragama. wallahu’lam.

    • ibrahim
    • January 25th, 2009

    wow…. mcm perdebatan ala- Parlimen. Saya rasa semua yg ada di sini perlu dikasi Yang Berhormat. Contohnya.. YB Taciturn,YB Blink, YB fulan dan fulan. Sebabnya semua pun dah pandai berhujah.

    Inilah BLOG. Singkatan dari WEB + LOGBOOK. Jadi seumpama diari yg ditunjukkan kpd umum. Sekiranya dulu masalah di pondok hanya diceritakan kpd “pondokius” dan “guru pondokius”, sekarang semua dh boleh membaca dan boleh tahu. Hatta Buddha,Hindu pun bole jd tahu.

    Jadi selagi ada referensi, itulah yg dikatakan perbincangan ilmiah.

    • luvIslam
    • January 26th, 2009

    حدثنا أبو أحمد بن محمد بن أحمد بن عبد الله المزني ، ثنا أبو خليفة القاضي ، ثنا أبو الوليد ، ثنا عبيد الله بن أبي حميد ، عن أبي المليح بن أسامة ، عن ابن عباس ، رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « اعتموا تزدادوا حلما » « هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه

  11. terima kasih kpd saudara/i “luvIslam” atas hadits di atas.. berikut sy bawakan maksud hadits di atas..

    “Pakailah serban, kerana ini menambahkan kesantunan..”

    brdsrkn komentar yg disertakan, dikatakan bhw hadits trsbt adalah hadits shahih.. namun, stlh sy mencari status hadits trsbt, dan ternyata hasilnya adalah sebaliknya..

    hadits trsbt adalah riwayatkan oleh bbrp org imam, antaranya Al-Hakim dlm Al-Mustadrak.. krn itu kita mendapati kalimah berikut: ولم يخرجاه

    mskdnya adalah “dan kedua2nya (yakni imam Al-Bukhari dan Imam Muslim) tidak mengeluarkannya..” dan mmg inilah tujuan Al-Hakim menulis kitab Al-Mustadrak, iaitu kitab yg memuatkan hadits shahih menurut syarat Al-Bukhari mahu pun Muslim, tetapi tidak tercantum dlm kedua2 kitab Shahih trsbt..

    namun, para ulama’ telah mereview kembali kitab Al-Hakim ini, antaranya Adz-Dzahabi, dan mendapati bhw byk hadits yg dimasukkan dlm Al-Mustadrak sbnrnya tidak shahih.. ini tidak menghairankan krn Al-Hakim telah menulis kitab trsbt dlm usia yg agak lanjut, sehingga dikatakan bhw ramai perawi yg pernah Al-Hakim dha’ifkan suatu ketika dahulu, tiba2 dishahihkan oleh beliau dlm Al-Mustadrak..

    اعتموا تزدادوا حلمًا

    وأخرجه الحاكم في اللباس من طريق عبيد الله بن أبي حميد، عن أبي المليح، عن ابن عباس وقال الحاكم: صحيح، ورده الذهبي، وقال عبيد الله تركه أحمد وغيره اهـ. واورده ابن الجوزي في الموضوع

    kata Al-Hakim: Shahih, namun Adz-Dzahabi menolak pndpt trsbt, dan katanya: ‘Ubaidullah itu ditinggalkan (haditsnya) oleh Ahmad dan selainnya..

    hadits ini juga dikatakan sbg hadits maudhu’ oleh Imam Ibnu Al-Jauzi..

    selain itu, hadits ini juga diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani..

    اعتموا تزدادوا حلما

    رواه البزار والطبراني، وفيه عبيدالله بن أبي حُميد، وهو متروك، وفي إسناد الطبراني عمران بن تمام ضعفه أبو حاتم بحديث غير هذا، وبقيه رجاله ثقات. المجمع (5/120) فيض القدير(1/555 )

    pd sanadnya ‘Ubaidullah bin Abi Humaid, dan dia adalah perawi yg matruk (perawi yg ditinggalkan haditsnya).. dan pd isnad Ath-Thabrani, smua perawi adalah dipercayai (tsiqah), kecuali seorg lelaki yg didha’ifkan oleh Abu Hatim, iaitu: عمران بن تمام

    wallahu a’lam..

    • ingin tahu
    • January 27th, 2009

    salam..
    alhamdulillah..menarik sgt post kali ini..ana tertarik dgn benda yg diketengahkan..memberi byk manfaat kpd para da’ie..terima kasih kpd saudara penulis..

    saudara..
    ana ingin memberi saran..bisa ga jikalau entry yg akan dtg penulis menulis bagaimana salaf menjaga hijab?makna ana,bagaimana pergaulan para salaf diantara lelaki dan wanita?
    apakah dibenarkan becouple sblum berkahwin?keluar berdating?sms2 selalu tanpa tujuan melainkan rindu?

    bagi ana,masalah ini kian meningkat dikalangan para da’ie..apakah perkara ini tidak akan menimbulkan fitnah dlm dakwah?

    setahu ana,rmai yg tinggalkan coupling2 ini selepas menyertai dakwah tetapi “ade segelintir atau kebanyakkan bukan kesemuanya” para da’ie yg sibuk memperjuangkan hadis dan quran,menetapkan hukum itu dan ini(katanya harus ada neraca quran dan hadis) tetapi keluar berdating..ramai yg confius dgn keadaan ini..

    bagaimana penulis dan teman-teman penulis?mungkin topik ini lebih menarik kali..ana menunggu respon dr penulis..

    wallahu a’lam

  12. salam..

    terima kasih atas usulan anda.. sbgmnn yg pernah sy jelaskan sblm ni, bukannya kami tidak mahu membincangkan psl ni, tetapi kami sendiri kekurangan tenaga penulis.. lgpn ada bbrp entry yg seharusnya kami post, tetapi masih berada di tahap “editing”..

    kami berharap agar saudara bersabar krn tajuk yg saudara cadangkan itu agak menarik dan perbincangannya luas, sehingga memerlukan rujukan yg pelbagai, krn ulama’ juga membahaskan perkara ini, spt Imam Ibnu Al-Jauzi dlm kitabnya, “Dzammu Al-Hawa”.. insya-Allah, kami akan cuba utk membawakan perbahasan para ulama’ salafu ash-shalih ttg mslh trsbt..

    wallahu a’lam..

    • bukan pelajar pondok
    • January 27th, 2009

    Salam,

    maaf kerana ana memanjangkan perbahasan ini lagi,

    ana menghormati pendirian sahabat2 sekelian yang mengambil langkah tidak mentakwil makna ayat mutasyabihat…

    tetapi ulama’ salaf telah berpesan, jika tidak mentakwil, maka jangan pula mentakyinkan (mengkhususkan) maknanya kerana hanya Allah sahaja yang tahu akan maksudnya… itulah yang disyarahkan oleh imam bajuri di dalam tuhfatul murid…

    adapun pendekatan ulama’ khalaf yang mentakwilkan maknanya dengan maksud yang sesuai dengan sifat Allah ta’ala, maka jangan dikeji… kerana kedua-dua ulama’ salaf dan khalaf berusaha menyucikan Allah ta’ala daripada diserupakan oleh manusia bersamaan dengan makhluk…

    cuba kita perhatikan..

    Di dalam kitab Jauharatutauhid karangan Syekh Ibrahim Al-Laqoni dan disyarah oleh Syekh Ibrahim Al-Bajuri di dalam kitab tuhfatul murid pada membicarakan mengharuskan kaedah takwil bagi Nas daripada al-quran yang maksudnya mengandungi keserupaan Allah dengan makhluk. Di dalam bait yang ke 40, dinukilkan.
    وَكُلُّ نَصِّ أَوْهَمَ التَّشْبِيْهَا . أَوِّلْهُ أَوْ فَوِّضْ وَرُمْ تَنْزِيْهَا

    “Dan tiap-tiap nas yang memberi sangka akan keserupaan, maka takwilkanlah dia atau serahkan (kepada Allah) dan maksudkanlah untuk mensucikan.”

    Bermula syarah Syekh Ibrahim Al-Bajuri,

    Yang dimaksudkan dengan Nas (نَصِّ ) di sini adalah sesuatu yang melawani qias dan ijma’ dan dialah dalil dari Al-quran.

    Perkataan musannif (pengarang) dengan أَوْهَمَ التَّشْبِيْهَا maksudnya : yang menjatuhkan di dalam persangkaan akan kesahihan qaul dengannya berdasarkan zahir. (yakni, maksud zahir nas yang seolah-olah menyerupai makhluk sehingga menimbulkan keraguan akan sahih nya qaul yang telah disepakati)

    Perkataan musannif dengan أَوِّلْهُ maksudnya : Bawalah dia kepada menyalahi zahirnya serta menerangkan kepada maksud yang dikehendaki (yakni tidak mengambil makna ayat tersebut secara zahir tetapi menerangkan kepada makna yang dikehendaki). Maka yang dikatakan takwil di situ adalah takwil tafshili bahawa ada padanya penjelasan terhadap makna yang dikehendaki sebagaimana ia adalah mazhab khalaf. (kaedah ini diguna pakai ulama’ khalaf)

    Perkataan musannif dengan أَوْ فَوِّضْ maksudnya : Bahawa sesudah takwil ijmali yakni memalingkan lafaz dari zahirnya, serahkanlah makna yang dikehendaki dari nas yang memberi persangkaan itu kepada Allah Ta’ala sebagaimana dia adalah mazhab salaf.(ini dinamakan takwil tafwidhi yang diguna pakai oleh ulama’ salaf yakni menyerahkan sepenuhnya maknanya kepada Allah tanpa mempersoalkan bagaimana)

    Mazhab khalaf adalah lebih memberikan pengetahuan dan lebih memastikan kerana ada padanya tambahan penjelasan dan penolakan atas orang-orang yang membantah dan dialah yang lebih rajah, kerana itu musannif mendahulukannya.

    Sedangkan mazhab salaf adalah lebih selamat kerana ada padanya keselamatan dari penentuan makna yang kadangkala bukan itu yang dimaksud oleh Allah Taala

    Perkataan musannif dengan وَرُمْ تَنْزِيْهَا ertinya : Dan bermaksudlah untuk mensucikan Allah Ta’ala dari apa – apa yang tidak layak dengannya beserta menyerahkan ilmu perihal maknanya yang dikehendaki. (hendaklah mensucikan Allah ta’ala daripada apa yang tidak layak ke atasNya). Maka nampaklah dari apa yang telah ditetapkan adanya kesepakatan dari ulama’ salaf dan khalaf atas takwil ijmali kerana mereka memalingkan nas yang member persangkaan dari makna zahirnya yang mustahil atas Allah Ta’ala. Akan tetapi mereka berselisih pendapat sesudah yang demikian itu dalam hal menentukan makna yang dikehendaki dari nas tersebut atau tidak menentukannya.

    bagaimana kita boleh menentukan perkataan yad itu sebagai tangan sedangkan ulama’ salaf tidak mentakyinkan maksud yad itu dan menyerahkan bulat-bulat maknanya kepada Allah.. itulah yang cuba disampaikan oleh musannif yang dimaksudkan dengan takwil tafshili…

    • ingin tahu
    • January 31st, 2009

    salam..
    alhamdulillah…sangatlah jelas penjelasan bukan pelajar pondok diatas..nak buat kesimpulan kena tunggu moderatorlah..tapi memang jelas dan sangat bermanfaat..

    jazakallah ya akh/ukhti..

    • dzihnun
    • February 1st, 2009

    salam

    “Perkataan musannif (pengarang) dengan أَوْهَمَ التَّشْبِيْهَا maksudnya : yang menjatuhkan di dalam persangkaan akan kesahihan qaul dengannya berdasarkan zahir. (yakni, maksud zahir nas yang seolah-olah menyerupai makhluk sehingga menimbulkan keraguan akan sahih nya qaul yang telah disepakati)”

    saudara/i bukan pelajar pondok, saya tidak faham maksud perenggan di atas.

    – apakah ayat al-quran boleh diragukan jika ada maksud zahirnya seolah2 menyerupai makhluk?
    bukankah al-quran itu kalam Allah dan dia maha tahu tentang diriNya?apa yg perlu diragukan?
    – apakah perkataan “yad” atau dalam bahasa melayunya “tangan” akan menyebabkan kita berfikir allah juga mempunyai tangan spt kita?
    tangan yg digunakan untuk makan/tulis dll…
    -kita harus beriman yg Allah mempunyai tangan atau yad sbgmn yg difirmanNya tanpa bertanya apa,bgmn. Krn semua itu ilmu ghaib yg hanya Allah yg mengetahuinya.

    “Perkataan musannif dengan أَوِّلْهُ maksudnya : Bawalah dia kepada menyalahi zahirnya serta menerangkan kepada maksud yang dikehendaki (yakni tidak mengambil makna ayat tersebut secara zahir tetapi menerangkan kepada makna yang dikehendaki). Maka yang dikatakan takwil di situ adalah takwil tafshili bahawa ada padanya penjelasan terhadap makna yang dikehendaki sebagaimana ia adalah mazhab khalaf. (kaedah ini diguna pakai ulama’ khalaf)”

    seterusnya perenggan di atas,

    – tidak mengambil secara zahir ttp menerangkan kpd makna yg dikehendaki.
    – apakah yg dimaksudkan dengan “makna yg dikehendaki”?
    -persolannya siapa yang menentukan makna yg dikehendaki tu? Allah dan rasul tidak menjelaskannya melainkan yg zahir. jadi adakah manusia yg menetapkan “makna yg dikehendaki” td?
    -bukankah dengan menukarkan kpd makna yg dikehendaki itu telah menafikan firman Allah dlm A-Quran? Allah kata tangan kita kata kuasa. kita telah menafikan satu sifat Allah yg Allah sifatkan sendiri di dalam Al-Quran.
    -sekali lagi ilmu ghaib ini milik Allah. kita beriman sesuai dengan apa yg difirmankanNya dan dari apa yg disabdan nabi Muhammad s.a.w.

    -ulama’ salaf membiarkan makna perkataan “yad(tangan)” kpd Allah kerana Dialah maha mengetahui apa yg disifatkan pada dirinya.

    wallahu’lam

    mohon penjelasannya.

    mungkin saudara/i “ingin tahu” juga boleh menjelaskan kpd saya krn di atas, saudara/i ” ingin tahu” sudah faham dengan sangat jelas tentang perkara ini.

    jzkkallah. moga kita semua diberi pentunjuk…

    • Holyprince
    • February 3rd, 2009

    Assalamualaikum, mantap sungguh sahabat2 sunnah kita ni menjawab post2 dan membangkitkan isu-isu yg mengajak ummah kembali kepada jalan sirat al-mustaqim yakni jalan yang ditempuh oleh nabi dan para sahabah. Kepada bukan pelajar pondok yang mungkin pro-pondok, anta bawa nama ulama’2 yang pelik dan hanya dikenali oleh pondokius. Ulama’2 yang telah masyhur dengan kitab yg disepakati muktabarnya pulak dibawak oleh ustaz2 professional (yg sedang belajar perubatan). Memang ini zaman kebangkitan Islam supaya keluar dari ala-fikir pondokius. Kepada sahabat2, kalau nak berbahas dgn BPP (Bukan Pelajar Pondok), bahasa Inggerisnya mungkin Non-Hut Student… mungkin sampai post ni berjela-jela pun tak sudah. So, serahkanlah kepada ALLAH, mudah2an kita semua dapat hidayah… Salam

    • not Holyprince
    • February 5th, 2009

    salam wbt

    bukan soal siapa benar siapa salah di sini.

    tapi melihatkan cara perbincangan yg tidak bakalan akan habis ini ana syorkan kepada moderator atau penulis ..hentikanlah mengeluarkan isu2 yang mmg jelas isu khilafiyah.

    masih banyak nun di luar sana kebenaran yg harus ditegakkan dan kemungkaran yg harus dibendung oleh antum semua.sedangkan isu khilaf ni ulama2 sendiri pun mempunyai hujah masing2..

    seharusnya isu2 masalah umatlah yg harus antum semua tekankan disini,contohnya apa yang diutarakan oleh saudara/i “ingintahu”
    eg:isu kapel atau pun fiqh pergaulan.

    isu ini mungkin dilihat “common” oleh sestgh orang,tapi sekiranya kita kembali kpd persoalan pokok apakah yg menyebabkan ini semua?semuanya adalah dari HATI yang didalamnya ada PENYAKIT HATI.so bila kita kembali kpd hati kita akan kembali kepada persoalan aqidah dan mengimani Allah dgn cara yg sebenar2.

    masalah umat yg kian byk melanda umat kini harus sama kita fikirkan bagaimana mau menyelesaikannya,bukan asyik nak berjidal.masing2 pasti nak menang ,bahawasanya hujah2 kamilah yg paling benar..

    sifat saling menjatuhkan ini lah yg sering merosakkan umat,hakikat kewujudan byk institusi atau aliran atau manhaj yg menjadi platform untuk generasi muda masa kini sememangnya meninggalkan kesan kepada kita semua.apabila ketaksuban kepada suatu kelompok wujud dan membawa hujah2 untuk memenangkan diri shj timbul tanpa memikirkan
    baik buruk dari segi waqi’ masyarakat kita,maka akan timbullah rasa ingin marah,benci,tak suka kepada individu atau kelompok2 yg k0Nonnya tak sama aliran,tak sama institusi,tak sama manhaj ngn kita ataupun tak sama pendapat dgn kita.Walhal perjuangan adalah sama ,iaitu menegakkan agama Allah dimuka bumi.

    amat menyedihkan apabila kelompok2 bijakpandai agama sperti antum semua hanya melihat perspektif agama dari cabang yg furu’ dan bukan yg pokok..

    PUT 1ST THING 1ST,mungkin kata2 dari non-muslim ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita,baik sbg manusia,pelajar perubatan,pelajar pondok, dan yang terutama sebagai daie.

    to:mr.taciturn ,kalu nak tegur sebaiknya diusahakan dgn cara yg lebih berhikmah wal mauizotul hasanah..elakkanlah dari membahas isu2 yg seumpama ini yg kadang boleh melukakan hati yg lain.

    sekadar coretan rasa dari yg sentiasa mengikuti laman ini untuk menambah ilmu dan kefahaman.

    wallahualam.
    ~setiap kata2 manusia lain boleh ditolak melainkan kata2 Rasulullah yg maksum.~

    • mr.taciturn
    • February 5th, 2009

    Pertama sekali saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya kerana terlepas pandang akan beberapa ayat “kurang enak” ketika menyiarkan komen saudara holyprince tnp diedit sebelum ini.

    Kedua, saya mengucapakan terima kasih kepada saudara/i not Holyprince sentiasa mengkuti blog ini untuk menambah ilmu dan kefahaman. Memandangkan entry ini adalah entry yang plg byk “view” di dalam blog ini & merupakan entry yg plg byk dikomen, mungkin menyebabkan saudara/i not Holyprince tersalah faham. Sebenarnya entry ini bkn disiarkan utk menyelar atau menjatuhkan mana-mana pihak, tetapi lebih untuk menonjolkan kekeliruan dlm beberapa prinsip berpegang pada sunnah. Diharapkan saudara/i dpt membaca ulang entry ini, supaya maksd sebenarnya dpt dicapai & saudara akan melihat perbahasan entry ini adalah mengenai masalah prinsip/usul/pokok dalam agama. Semoga pemahaman saudara/i bertambah.

    Ketiga, kalau saudara/i not holyprince lebih teliti, saudara sepatutnya sedar bahawa perbahasan yg saudara katakan sebagai “jidal” antara pihak kami & saudara bkn pelajar pondok adalah berkenaan dgn “menta’wilkan sifat Allah” & tidak ada kaitan lgsg dgn masalah serban. dan saya yakin saudara bkn pelajar pondok setuju dengan apa yg dikatakan sebagai “sunnah jibiliyah” itu.

    Keempat, sebagaimana yang tertulis dlm entry ini, bawakan hadith atau mana-mana pendapat ulama untuk menyokong kata-kata anda bahawa isu serban ini adalah masalah khilafiyyah. Sekadar menambah pengetahuan ttg khilaf anda boleh layari

    http://abuumair1.wordpress.com/2009/01/04/panduan-berinteraksi-dengan-khilaf-ulama/

    dan

    http://abuumair1.wordpress.com/2009/02/01/tidak-boleh-ingkar-masalah-khilaf/

    Kelima, mungkin kerana komen yg byk, saudara tidak menyedari akan jwpn sahabat saya, mrblinc ttg isu kapel. Insyaallah akan diusahakan secepatnya kerana waktu skrg yg agak sibuk dengan kuliah & ujian.

    Keenam, hanya sebagai komentar umum. Mana-mana pihak yg memberi komen, kami menyiarkan komentar-komentar anda atas dasar ilmiah. diharapkan anda dpt bersikap lebih bertanggungjawab terhadap apa yang anda komentari. sekiranya ada pihak yang tidak faham & meminta penjelasan yang lebih, anda sedia & mampu utk menjelaskan supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Dan sekiranya anda org yg benar-benar jujur dlm mencari & berkongsi ilmu, diharap dpt menyertakan alamat e-mail yg benar supaya perbincangan kita dpt diteruskan di luar dari “comment box”

    Wallahu ‘alam.

  13. Asslmkm wbkth.

    Sekadar pendapat dan bukanlah ulasan ilmiah. Saya berpendapat entry ini bukanlah bertujuan untuk membangkitkan perkara khilaf (walaupun saya tidak begitu pasti di mana khilaf yg dimaksudkan), tapi ia lebih kepada teguran kepada SESETENGAH golongan agamawan/pondokius yang tidak mahu membebaskan diri daripada cengkaman kejumudan dan kekakuan dalam berfikiran dan beragama, dalam erti kata lain, ia merupakan satu ajakan kepada semua penganut agama Islam untuk bergerak melayari bahtera perubahan minda.

    Kalau bukan kita yang memulakannya, bagaimana dengan generasi anak2 kita dan generasi selepas ini? Adakah kita rela timbulnya satu lagi titik extreme dalam beragama yang sudah menampakkan benihnya di Malaysia dan sudah mulai subur di bumi Indonesia, iaitu suatu bid’ah pemikiran: Islam liberal, lantaran diri anak2 muda+golongan cerdik pandai yang kecewa dan rimas dengan kongkongan/cengkaman seumpama ini.

    Minda Melayu Islam perlu berubah, kembali kepada Islam yg tulen satu2nya cara untuk mengubah pemikiran kita, justeru tidak timbul persoalan kenapa umat Islam lewat kebelakangan ini agak mundur. Memalukan.

    Adapun kewujudan institusi pondok, ia bukanlah sesuatu yang pantas untuk dipandang sebelah mata, kita mengakui bahawa mereka banyak sumbangan2 nya dalam perkara2 tertentu, namun, kita dan pelajar2 pondok juga tidak harus berhenti mengaji setakat di pondok, pondok2 yg sedia ada perlu diislahkan, menarik kalau kita sama2 dapat share pengalaman dan perjalanan maulana asri yusoff (permata dari pondok yg akhirnya memilih jln ahli hadis) ni:
    http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=121307&mode=thread&order=0&thold=0

    last but not least, hargailah nyawa anda dan orang2 yang tersayang di sisi anda. Jika ditanya antara memakai serban dan topi keledar ketika menunggang motosikal: mana yang lebih sunnah, sudah tentulah jawapannya memakai topi keledar.

    • SESETENGAH
    • February 7th, 2009

    gunakan bahasa yang tepat dalam berdakwah. berhikmah lah sikit. jangan main redah je. aku stuju la kalo kata SESETENGAH org pondok ni kurang arif tentang hadis2 nabi y shahih. tapi memberi gelaran PONDOKIUS adalah satu peng’anjingan’ y harus diperbetulkan. isu ni bagus untuk dijelaskan supaya msyrkat paham Fiqh Awlawiyat.

    contohilah Dr Asri dalam penulisan blog. y patut dia meng’anjing’ seperti Kezaliman Pemerintah, Ulama Cari Makan dsb dia sindir. kalo bab taksub mazhab ke, ibadah shahih xshahih ke, dia bagi hujah jelas.

    • mr.taciturn
    • February 7th, 2009

    Tahukah saudara SESETENGAH bhw penambahan -us pada suatu perkataan adalah gaya bahasa latin untuk menjadikan suatu verb kepada noun dan ia diterima pakai dalam bahasa inggeris?
    e.g:medic (perubatan) mejadi medicus (pengamal perubatan)

    tentang “menganjingkan” itu saya serahkan kepada ratusan pembaca artikel ini untuk menilai.

    • gigit geraham
    • February 7th, 2009

    memang la bahasa latin. tapi org boleh dapat tangkap Mood tulisan ni.

    yg menilai menganjing atau xmenganjing itu adalah Allah. ratusan pembaca bagi rating 5bintang pun, Allah shj tetap tahu niat saudara. serahkan kepada Allah, barulah mengikuti Sunnah.

    belajarlah daripada penulis2 blog y pro dalam menganjing org y patut kita sindir.

    • mr.taciturn
    • February 7th, 2009

    tapi org boleh dapat tangkap Mood tulisan ni <– intepertasi subjektif dari tulisan ini,saya tidak boleh menghalang.

    yg menilai menganjing atau xmenganjing itu adalah Allah. ratusan pembaca bagi rating 5bintang pun, Allah shj tetap tahu niat saudara. serahkan kepada Allah, barulah mengikuti Sunnah <– makanya itu adalah urusan saya dgn Allah.Serahkan pada Dia.Pembaca hny boleh menilai dari akal & ilmu kita yang terbatas.

    belajarlah daripada penulis2 blog y pro dalam menganjing org y patut kita sindir <– adakah saudara mengatakan saya mmg berniat merendah-rendahkan pelajar pondok?tidak kah niat saya itu adalah dalam pengetahuan Allah semata?

  14. sy pernah tegur ttg perkara ini sblm ini.. sy berharap agar smua pihak menjaga bahasa anda dlm meninggalkan apa2 komentar di blog ini..

  15. saya rasa penulis tidak bermaksud untuk meng’anjing’kan sesiapa. istilah ‘anjing’ itu sendiri x sesuai. gelaran pondokius itu sekadar gelaran kpd mrk2 yang pernah mengikuti sistem pembelajaran pondok. bukan semua pondokius seperti yg dimaksudkan penulis. ramai juga yg x terikat dgn institusi pondok semata2. mereka rela meninggalkan pendapat guru mereka bila bertemu dgn dalil yg lebih sahih. malangnya ramai pondokius yg lbh berpegang dgn pendapat guru mereka walaupun dihidangkan dgn puluhan hadis sahih yg bertentangan dgn pendapat guru mereka.
    kepada gigit geraham:sy rasa anda srg je yg tangkap mood ngan tulisan tersebut.

    • dr. mofaz
    • February 8th, 2009

    salam..terima kasih atas post ini..sudah lama saya membaca tentang post ini.tapi baru hari ini terpanggil untuk post comment.

    1. saya adalah antara yg menerima bahaw a memakai serban bukan suatu sunnah(yang perlu diikuti) kerana saya masih belum lagi mendengar hadith yang menyuruh@menggalakkan kita berserban..

    sedangkan hadith اعتموا تزدادوا حلما(“Pakailah serban, kerana ini menambahkan kesantunan..”) itu ditolak,dhaif,ditinggalkan atau pun maudhu'(seperti yang telah diterangkan oleh mrblinc).

    2. saya tidak merasakan perbincangan ilmiah yang tidak mungkin habis ini dihentikan kerana mereka mengeluarkan fakta-fakta yang dapat dipertanggungjawabkan.(tapi kesian kat moderator yang terpaksa menyumbangakan masa mereka utk ikut terlibat dalam perbincangan ilmiah ni..huhu..xpe..insyaAllah akan dapat ganjaran kalo niat kita baik. honestly, saya kagum dengan perbincangan dlm post ni smpai ade komen-komen yang saya x phm n nama2 kitab yang saya x penah dengar. tapi walau ape pun kalo moderator dah x larat nak jawab nak wat cmne kn..)

    3. saya tidak merasakan pun isu ini, isu khilaf kerana saya belum berjumpa lagi dengan perbahasan ulama yang menggunakan dalil yang jelas dan shahih mengatakan serban itu sunnah dan juga perbahasan ulama yang menggunakan dua dalil shahih yang saling bercanggah tentang serban. terima kasih atas link tentang khilaf yang mr.taciturn berikan.

    4. saya setuju bahawa masalah umat yang kian banyak melanda umat kini dan harus sama kita fikirkan bagaimana mahu menyelesaikannya dan bukan asyik nak berjidal.(baguslah dalam post ni xde sape yang berjidal dan masing2 memkirkan masalah umat..)

    5. betulkah dakwaan bahawa tuan-tuan moderator adalah satu kelompok yang hanya melihat perspektif agama dari cabang yg furu’ dan bukan yang pokok?

    6. alhamdulillah, setakat ini, saya masih belum pernah terguris dengan kata-kata yang mungkin bagi orang lain tidak sesuai. tapi kalau betul ada yang terguris dengan bahasa moderator, saya rasa tidak salah pihak tuan moderator cuba untuk menggunakan bahasa yang lebih baik memandangkan saya dapat merasakan pengunjung blog ini semakin banyak berdasarkan komen-komen yang diberikan dalam blog ini.(bak kate org sesuai dgn kehendak pengguna..hehe..)

    7. betul kata mr.blinc, jaga bahasa.(cadangan saye, moderator edit je lah perkataan pondokius tu..gne singkatan PSP(pelajar sekolah pondok)..)

    8. setuju dengan holyprince.serahkan kepada Allah..mudah-mudahan kita semua mendapat hidayah Allah..

    Salam..

    • wira alfatah
    • February 14th, 2009

    salam..tak sangka..selama 2minggu saya ke rumah sakit Angkatan Laut,begitu byk entry yg saya sepertinya tidak sempat utk mengikuti..takpelah..if ade org yg terasa hati dgn istilah pondokius,saya cadang moderator tukar jelah kpd PSP sebagaimana yg disaran oleh Dr MOFAZ..secara jujur, masih byk nama2 yg saya tidak kenali dalam blog ini kerana masing2 cenderung meggunakan nick name..cuma teguran saya ni bersifat umum..seandainya ade ayat yg tak disenangi oleh sebahagian pembaca dalam entry ini,saya harap dpt mengunakan ayat yg sopan kerana itu mencerminkan akhlak kita sendiri..saya amat berbesar hati utk mengkikuti perbincangn ini bila mana kita berhujah dgn cr ilmiah..bkn dgn hawa nafsu..wallahuta’la a’lam

    • saya
    • February 18th, 2009

    isu ni dah jadi macam siapa lebih sunnah?sebab apa?

    Sebab pengarang cuba membangkitkan pemikiran yang mengatakan pihak tersebut tidak mengamalkan sunnah dalam hal ni dan dengan memakai helmet lebih sunnah. Sudah berjumpa dengan mereka untuk dapat penjelasan? Kerana yang dituduh tu adalah pelajar pondok, maka yang lain juga akan terpalit. Saya tahu saudara belajar medik, istilah kan kadang-kadang mewujudkan percanggahan. Cakap nak bersatu, nak tegakkan kebenaran, macam mane nak buat tu bro? Istilah pun bagi kami yang kolot ni susah nak paham. Kan senang letak istilah yang kamu paham, saya paham. (merujuk : pondokius)

    Dalam hal ni, bila orang bangkitkan pemikiran pondok sebagai pemikiran tradisional yang dianggap kolot, empunya blog ni patutlah menegur. Bukankah itu yang sebaiknya? Bukan kita duk jawab orang yang dikatakan “pro-pondok’ saja.

    Dan akhirnya serban bukan sunnah? harap check balik ye. saya hormati saudara tak pernah jumpa dalil. Ni saya petik dari Ust Mazlee Malik yer..

    “Kesimpulannya, kedudukan serban sebagai sunnah Rasulullah S.A.W. adalah tidak boleh disangkal. Jika seseorang memakai serban dengan niat untuk mencontohi Rasulullah S.A.W. maka dia akan memperolehi pahala sunat. Jika dia memakainya kerana adat dan kebiasaan, hukumnya adalah harus sahaja. ”

    Jadi bagi mengadakan perbincangan yang ilmiah, pergilah menuntut ilmu dengan mereka yang beramal dengan serban ini. Tanya diorang. Jumpa ulama-ulama pondok.

    Wallahu ‘alam

  16. salam.. terima kasih buat saudara/i “saya” krn telah memberikan komentar utk entry ini.. insya-Allah, sy akan cuba utk menjawab sdkt sbyk kesalahfahaman yg berlaku..

    pertama, saudara/i “saya” bukanlah org yg pertama menegur mengenai penggunaan kalimah “pondokius”.. sekiranya penggunaan ini mengguris perasaan mana2 pihak, sy dgn rendah hati ingin memohon jutaan kemaafan..

    kedua, mengenai ungkapan saudara/i “saya” sbgmn berikut: “Cakap nak bersatu, nak tegakkan kebenaran, macam mane nak buat tu bro?” — mcm mana nk buat? jwpnnya mudah shj, sila rujuk surah Ali ‘Imran ayat 103..

    “Dan berpegang teguhlah kalian smua pd tali Allah dan jgn bercerai berai…” – [Ali ‘Imran, 3: 103].

    inilah pesanan Allah utk kita: 1) berpegang pd tali Allah, 2) jgn berpecah.. knp disebutkan berpegang pd tali Allah dulu, kmdn diikuti dgn jgn berpecah? jwpnnya cukup mudah..

    “Dan jgnlah kalian mnjd spt org2 yg bercerai berai & berselisih stlh sampai kpd mereka keterangan yg jelas…” – [Ali ‘Imran, 3: 105].

    brdsrkn ayat 105, Allah menyebutkan bhw apabila sampai kebenaran dr sisi Allah, mereka mula berpecah.. knp? krn mereka tidak berpegang teguh pd tali Allah..

    kembali kpd kes ini, bukannya niat kami utk menimbulkan perpecahan, tp apabila ada golongan yg mendakwa sesuatu yg bukan berasal dr agama sbg sbhgn drpd agama & menyalahi manhaj Islam, kita perlulah mengutamakan pesanan Allah yg pertama, iaitu “berpegang pada tali Allah..” wallahu a’lam..

    ttg petikan yg saudara ambil dr Ust Maszlee Malik, berikut sy sertakan link supaya para pembaca blh membaca artikel trsbt secara lgkp..

    http://al-qayyim.net/web/index.php?option=com_content&task=view&id=580&Itemid=65

    cuma di sini, sy ingin mengutip juga bbrp ayat Ust Maszlee yg blh kita baca dlm artikel yg sama..

    [ 1 ] Bagi umat Islam pula, PEMAKAIAN SERBAN BUKANLAH SESUATU YANG WAJIB. Hatta Ayatollah-Ayatollah di Iran yang menjadi marja’ sekalipun tidak pernah mengatakan serban adalah wajib bagi setiap umat Islam. Pemakaian serban ketika menaiki motor di kalangan umat Islam adalah LEBIH KEPADA KEBIASAAN DAN ADAT SESUATU TEMPAT DEMI MENGEKALKAN PENAMPILAN MENGIKUTI SUNNAH TERSEBUT hatta ketika menaiki motor sekalipun.

    [ 2 ] Yang menariknya TIDAK TERDAPAT SATU pun hadis yang sahih mahupun yang hasan menunjukkan bahawa RASULULLAH S.A.W. MENYERU ATAUPUN MENGGALAKKAN UMATNYA memakai serban.

    [ 3 ] Jika dilihat dalam keseluruhan hadis-hadis lain pula, BAGINDA TIDAK PULA MEMAKAINYA SELALU dan mewajibkannya. Ada waktu bagainda hanya memakai penutup kepala sahaja (Ibn al-Qayyim, ibid. j.1, hal. 43), ada waktu baginda tidak memakai apa-apa di kepala pun sehinggakan para sahabat dapat melihat fesyen rambut baginda S.A.W. (lihat: al-Tarmidhi, ibid. hal.105-107)

    [ 4 ] Kesimpulannya, kedudukan serban sebagai sunnah Rasulullah S.A.W. adalah tidak boleh disangkal. Jika seseorang memakai serban dengan niat untuk mencontohi Rasulullah S.A.W. maka dia akan memperolehi pahala sunat. Jika dia memakainya kerana adat dan kebiasaan, hukumnya adalah harus sahaja.

    — inilah petikan yg saudara/i “saya” kutip di atas.. brdsrkn point2 di atas, sy ingin bertanya suatu soalan: sekiranya Rasul S.A.W tidak pernah menggalakkan pemakaian serban, & baginda sendiri kdg2 tidak memakainya, mengapakan Ust Maszlee msh mengatakan bhw pemakaian serban ini sunnah? pd point di bwh akan sy berikan jwpn kpd persoalan ini..

    [ 5 ] Jadi jelaslah kepada kita bahawa PEMAKAIAN SERBAN DI DALAM ISLAM ITU HUKUMNYA HANYALAH HARUS, namun jika pemakainya berniat hendak mencontohi Rasulullah S.A.W. maka ianya bertukar menjadi sunat (ini berdasarkan hadis: “Sesuatu amalan itu dikira berdasarkan niatnya, hadis riwayat Omar di dalam al-Bukhari dan Muslim). PADA WAKTU ITU PEMAKAIAN TERSEBUT AKAN TERMASUK DI DALAM KATEGORI SUNNAH FADHAIL (kelebihan-kelebihan), iaitu sunnah yang didapati dengan mencontohi perkara-perkara yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. YANG TIDAK BERSIFAT TASYRI’ (hukum).

    — utk pengetahuan saudara/i, point ke-5 adalah perenggan yg betul2 berada di bwh point ke-4.. di sinilah Ust Maszlee memberikan jwpnnya.. ada pun sunnah yg dimksdkn oleh Ust adalah “Sunnah Jibiliyyah”, iaitu perbuatan Nabi S.A.W yg tidak berbentuk syari’at.. krn itu kita akan dpti bhw kdg2 baginda tidak memakainya (rujuk point 3), malah baginda sendiri tidak pernah mengalakkannya (rujuk point 2).. baginda memakainya krn mmg itu pakaian bangsa arab.. (rujuk entry ini bermula dr perengan “Justeru bila kita amati, kehidupan baginda terbahagi kepada 2, iaitu kehidupan sebagai manusia dan kehidupan sebagai rasul.”)

    [ 6 ] Untuk menjustifikasikan tindakan mereka sekaligus menyembunyikan kemalasan mereka, maka DICARILAH HELAH-HELAH UNTUK MEMBELA DIRI. Maka sunnah Nabi S.A.W. lah yang dijadikan alasan.

    — ini menunjukkan sikap tidak bersetujunya Ust Maszlee dlm mslh ini..

    [ 7 ] Tidak kurang juga ada sesetengah umat Islam mempunyai pemahaman yang salah terhadap pemakaian topi keledar dan serban. Bagi mereka pemakaian serban adalah sesuatu yang mengundang rahmat dan penjagaan Allah. Jika mereka memakai serban maka Allah akan melindungi mereka sepanjang perjalanan. Mereka akan terlindung dari bahaya yang bakal menimpa, perjalanan akan lebih cepat, selamat dan mendapat pahala yang lebih. PENDEKATA JIKA MEMAKAI SERBAN KETIKA MENAIKI MOTORSIKAL, SESEORANG ITU AKAN MENDAPAT “KARAMAH”, “MA’UNAH” MALAH KESAKTIAN SEPERTI CERITA PUTERI GUNUNG LEDANG!

    — inilah suatu sindiran drpd Ust Maszlee kpd golongan yg “mempunyai pemahaman yang salah terhadap pemakaian topi keledar dan serban.” (lihat point ini diletakkan olehnya bwh judul “Pemahaman yang salah”)..

    [ 8 ] Yang pertamanya, pemakaian serban adalah sunat hukumnya dan bukannya wajib pada waktu-waktu biasa jika diniatkan untuk mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W. Persoalannya JIKA PEMAKAIAN TERSEBUT MENGUNDANG BAHAYA KEPADA NYAWA DAN KESELAMATAN PEMAKAINYA IANYA TIDAK LAGI MENJADI SUNAT, MALAH BOLEH MENJADI HARAM.

    [ 9 ] Berkait dengan menunggang motorsikal pula, segala perbuatan yang membahayakan diri seperti TIDAK MEMAKAI TOPI KELEDAR, memakai selipar Jepun ketika menunggangnya, memandu dengan laju, tidak menggunakan lampu “signal” ketika membelok dan yang seumpamanya adalah HARAM DI SISI SYARAK.

    [ 10 ] Undang-undang jalan raya seperti yang terdapat di Malaysia, walaupun ciptaan manusia, namun jika ianya bertujuan untuk menjaga maslahat umum termasuk di dalam kategori “Masalih Mursalah” di dalam ilmu Usul Fiqh yang DALAM BEBERAPA KEADAAN MEMBAWA KEPADA HUKUM WAJIB UNTUK DIPATUHI JIKA IANYA BERKAITAN DENGAN MASLAHAT UMUM.

    [ 11 ] Baginda telah menyuruh beliau mengikat dahulu tunggangannya dan kemudian bertawakal kepada Allah, itulah konsep tawakkal yang sebenarnya.Dalam kes ini HENDAKLAH PARA PENUNGGANG MEMAKAI TOPI KELEDAR, memastikan motorsikal selamat ditunggang, lengkap berlampu, lengkap dengan stiker pantul cahaya, berdoa dan KEMUDIANNYA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH. Inilah BARU DINAMAKAN SUNNAH dan bukan hanya pada serban sahaja!

    [ 12 ] Dakwaan memakai serban ketika menunggang motorsikal adalah sunnah adalah DAKWAAN YANG DIWARNAI DENGAN EMOSI TANPA HUJAH DAN DALIL YANG KUAT.

    [ 13 ] Adalah SATU JENAYAH TERHADAP SUNNAH apabila kita melakukan sesuatu yang dilarang baginda dan kemudiannya menjustifikasikannya di atas nama sunnah.

    [ 14 ] Umat Islam HARUSLAH MELIHAT DALIL-DALIL DI DALAM HUKUM-HAKAM SYARAK SECARA KESELURUHAN DAN BUKANNYA SECARA SERPIHAN-SERPIHAN. Pemahaman Islam juga hendaklah melalui ruh tasyri’ (falsafah Syariah) dan juga objektif syariah itu sendiri dan bukan semata-mata dengan kaca mata emosi dan taksub kepada sesetengah individu.

    [ 15 ] Perlu diingat juga artikel ini BUKANLAH BERTUJUAN UNTUK MENGHINA SERBAN, tetapi lebih kepada mengingatkan umat Islam agar tidak memburukkan imej berserban KERANA KEJAHILAN KITA SENDIRI.

    [ 16 ] Nyawa kita amat bermakna untuk Islam dan umat Islam, janganlah sia-siakannya dengan MENGAMALKAN SESUATU YANG KITA SANGKAKAN DARI ISLAM, tetapi sebenarnya BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM itu sendiri.

    wallahu a’lam..

    p/s: sy stuju dgn kata2 saudara/i “saya”: “Tak ilmiah kalau kita duk kutip sikit kata orang kat web, then buat kesimpulan.” skdr nasihat buat para pembaca, sekiranya anda ingin memetik kata2 sesiapa pun, tlg la berlaku adil.. jgnlah anda memetik sbhgnnya lalu membuat kesimpulan anda sendiri yg bertentangan dgn mksd asal penulis trbst..

    p/s2: sorry sbb jwpn ni trlalu pnjg..

    p/s3: bg teman2 yg akan exam esok, lusa & tulat, Good Luck sy ucapkan.. usahakan yg terbaik, kmdn bertawakkal (rujuk point 11)..

    p/s4: slmt liburan buat teman2..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: