Apa teras kita?

Nabi Kita Muhammad S.A.W, seorang yang mulia dan manusia paling sempurna di muka bumi Allah.


Beliau menda’wahkan aqidah selama lebih kurang 13 tahun. Menghantar utusan ke sana sini atas tujuan pemurnian aqidah. Menyembah Tuhan yang satu dan meninggalkan segala bentuk kesyirikan.

Nabi Nuh A.S juga menda’wahkan aqidah, menyeru kepada Tuhan yang satu. Mengajak manusia meninggalkan segala bentuk kesyirikan. Da’wahnya ditolak oleh majoriti manusia, namun tetap teguh walaupun sehingga 950 tahun lamanya berusaha keras.

Berbeza dengan kebanyakan para pengaku da’i zaman sekarang. Kalau boleh semuanya mahu segera. Semuanya mahu ekspress.

Mahu negara Islam segera dibina. Daulah Islam segera ditegakkan. Namun sayangnya, da’wahnya kosong daripada nilai aqidah yang murni. Objek da’wah yang sekian banyak, dididik dengan cara yang tidak pernah dicontohkan oleh Nabi S.A.W. Hasil karya tokoh-tokoh dibicarakan, lebih daripada membicarakan firman Allah & sabda RasulNya. Bukan tahap kita, kata mereka. Aqidah ditolak ke belakang dahulu. Ditangguhkan untuk cerita kemudian. Tidak hairan apabila graduan-graduan keluaran daurah & ceramah mereka sangat dangkal pemikirannya. Kata-kata tokoh mereka, kata-kata pimpinan mereka, itulah kata-kata mereka. Lidah-lidah mereka kelu daripada mengucapkan firman Allah & sabda Rasulnya, yang lancar hanya “ustad kata itu & ini..” atau “tuan guru kata harus begitu & begini..”

berbeza dengan Nabi S.A.W. Di kala orang kafir Quraisy menawarkan jawatan (kuasa pemerintahan), harta, dan pelbagai lagi kemewahan, baginda menolaknya dan tidak hairan dengan semua itu. Ini adalah kerana aqidah ummat tidak selesai lagi. Mana mungkin manusia boleh menerima perkataannya tanpa ada pemahaman yang benar dan da’wah yang shahih. Maka, kuasa tidak akan bermakna, tidak akan utuh tanpa penyatuan atas asas yang tepat.

Berbeza dengan kebanyakan masyarakat Islam zaman sekarang. Berbeza dengan pengaku da’i zaman ini. Mereka mahu diberikan jawatan terlebih dahulu, mengalahkan Musa dan Harun yang menghadapi Fir’aun. Seolah-olah da’wahnya lebih hebat daripada da’wah Musa dan Harun kepada Fir’aun.

Mereka fikir, dengan jawatan, mereka akan mampu mengislamkan manusia. Memurnikan aqidah manusia. Jawabannya mungkin “Ya”. Itu mungkin dari satu sudut pandang sahaja. Hakikatnya? Mahu raih jawatan pun sudah menggadai prinsip Islam. Mengungkap fitnah & dusta seakan menjadi zikir membasahkan lidah, mengisi waktu senggang. Di mana saja ada yang mahu menadah telinga untuk mendengar, lagu-lagi cerca dimainkan. Inikan pula bercakap mahu menegakkan hukum Islam. Logikkah?

Fikir-fikirkanlah… Kalau nak membina sebuah bangunan KLCC itu pun menghabiskan masa selama 2 hingga 3 tahun hanya untuk pembinaan dasarnya (foundation/piling). Di mana tempohnya lebih lama daripada membina puncaknya. Inikan pula mahu membina kelompok umat Islam yang cemerlang dan sempurna. Maka, pembinaan dan penerapan asas tarbiyah dan tasfiyyahnya perlulah tepat dan memerlukan kesabaran  atas niat yang ikhlas serta akidah yang jelas.

Ingatlah, da’wah bukan diukur dengan berapa banyaknya pengikut dan terbinanya sebuah wilayah atau negara. Tetapi, ia adalah sebagai tanggungjawab. Mengajak manusia untuk beriman kepada Allah dan meninggalkan segala kesyirikan. Memurnikan segala bentuk penyelewengan aqidah. Beribadah hanya kepadaNya dengan cara yang paling shahih sebagaimana yang dibawa oleh utusanNya, Muhammad S.A.W. Hambar di dunia, semoga syurga di akhirat. Ingatlah, sekian banyak para sahabat Rasul S.A.W syahid di permulaan Islam. Mereka ini, langsung tidak dapat melihat kejayaan Islam, namun syurga itu telah tetap buat mereka.

Disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari, ada Nabi yang berda’wah hanya berjaya membawa beberapa pengikut, dan ada pula yang langsung tidak memiliki sebarang pengikut.

Apa yang penting adalah… Prinsip tetap prinsip. Kalau prinsip digadai, di mana hendak kita hadapkan muka nanti?

– dipetik dengan sedikit pengubahsuaian dari an-nawawi.blogspot.com

    • mrblinc
    • January 1st, 2009

    dah jadi cam sesi curhat la pulak, huhu..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: