adakah anda sudah membaca doa akhir tahun?

saya ada terbaca di salah satu blog mengenai doa akhir tahun dan doa awal tahun.. isi kandungan blog tersebut adalah sebagaimana berikut..

DOA AKHIR TAHUN

Doa ini dibaca 3 kali pada waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir  bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

DOA AWAL TAHUN

Doa ini dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
mungkin sesetengah orang akan bertanya: mengapa saya menulis tentang perkara ini? jawapannya cukup mudah: “Kerana kalimah-kalimah di atas mengandungi kebatilan yang cukup besar.”

saya rasa sesiapa sahaja yang mengkaji sejarah pasti mengetahui bahawa PENENTUAN AWAL TAHUN ISLAM hanya terjadi di zaman pemerintahan saidina ‘Umar Al-Khaththab R.A.. Rasulullah S.A.W tidak pernah menyambut perkara ini, malah mereka yang hanya sempat hidup di zaman khalifah Islam yang pertama (yakni saidina Abu Bakar R.A) pun tidak sempat mengenal apakah itu Awal Muharram..

sekiranya begitu, bagaimana pula boleh muncul suatu doa yang disebarkan kepada masyarakat umum, dan DISERTAKAN KESESALAN SYAITAN apabila dia mendengar umat Islam membaca doa tersebut? pertanyaan saya, “Siapakah yang pernah mendengar keluhan syaitan tersebut, sekiranya ia bukan berasal dari Rasul S.A.W?”
“keluhan syaitan” sebenarnya termasuk benda ghaib, yang tidak mungkin kita akan mengetahuinya melainkan melalui dua kemungkinan.. kemungkinan pertama, kita mendengarnya dari Nabi S.A.W, atau pun kemungkinan kedua, syaitan itu sendiri yang memunculkan diri (sebagaimana yang berlaku kepada Abu Hurairah, di mana syaitan yang mengajarkan beliau untuk membaca ayat Kursi)..
memandangkan kemungkinan kedua sangat jarang berlaku, maka kita akan lebih sentiasa terbayangkan kalimah seperti ini adalah sebahagian daripada sabda Nabi S.A.W.. namun, harus anda ingat, Rasulullah S.A.W bersabda, “Barang siapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka siaplah kedudukannya dalam neraka.”

Telah menjadi suatu keindahan Islam, apabila Allah mengharamkan sesuatu, maka didatangkan suatu yang lain, yang lebih baik sebagai gantinya. Begitu juga dengan hal ini. Baginda Nabi S.A.W telah mengajarkan suatu doa yang dibaca tatkala  melihat anak bulan (pada setiap permulaan setiap bulan baru, bukan hanya pada Awal Muharram).

“Allah  Maha Besar, ya Allah nampakkanlah bulan ini kepada kami dengan mendatangkan keamanan dan kedamaian, kesejahteraan dan keislaman, taufik dan apa-apa yang Engkau sukai serta redhai. Rabb kami dan rabb mu (bulan sabit) adalah Allah.”

HR At-Tirmidzi & Ad-Darimi, lafaz ini adalah milik Ad-Darimi (shahih).


oleh itu, saya ingin mengajak teman-teman supaya tidak menyebarkan lagi artikel-artikel seperti ini.. saya tahu niat anda adalah untuk berbuat baik, namun itu tidak akan menyelamatkan anda daripada neraka Allah, sekiranya anda berdusta atas nama Rasulullah S.A.W.. wallahu a’lam..

    • izan
    • December 31st, 2008

    salam~
    sy kurang paham la pasal post ni..
    bace doa tu boleh ke x?
    ape kaitan dgn org yg menyebar kan artikel2 tu plk?:-/
    maaf..

    • mrblinc
    • December 31st, 2008

    salam..

    sekiranya ditnya: salahkah baca doa?? sy katakan: tiada apa salahnya membaca doa.. malah kita dianjurkan supaya byk berdoa kpd Allah S.W.T..

    sekiranya ditnya: salahkah baca doa yg dipopularkan sbg “doa akhir tahun n awal tahun”?? sy katakan: seboleh2nya elakkan perbuatan trsbt..

    knp?? krn tidak pernah diajarkan oleh Nabi S.A.W utk menetapkan pembacaan doa pd tanggal 1 muharram.. dirisaukan penetapan trsbt termasuk dlm kategori bid’ah..

    mgkn ada yg akan berkata: takkan baca doa pun masuk neraka?? sy katakan: Imam An-Nawawi R.H pernah memfatwakan bid’ah lg sesat bg sesiapa yg mengamalkan solat raghaib..

    mgkn ada yg akan berkata: aik, takkan solat pun masuk neraka?? tidak smua solat membawa kita ke neraka tetapi solat yg tidak pernah diajarkan oleh Nabi S.A.W akan membawa kita ke neraka, kata An-Nawawi.. berikut adalah kata2 beliau..

    “Dalam Kitab Al-Majmu’, Imam An-Nawawi menyatakan: “Solat yang dikenal dengan shalat Raghaib yang berjumlah dua belas rakaat dan dikerjakan antara maghrib dan isya pada malam jumat pertama bulan Rajab, serta solat malam nishfu sya’ban yang berjumlah seratus rakaat adalah BID’AH yang MUNGKAR, tidak boleh seseorang terperdaya oleh karena kedua shalat itu disebut dalam Kitab Qutul Qulub dan Ihya Ulumuddin, atau karena berdasarkan hadits yang disebutkan pada kedua kitab tersebut, sebab semuanya adalah bathil.” – http://ustaz.blogspot.com/2005/09/peringatan-dari-melakukan-bidah-pada.html

    mgkn ada yg cuba memberi alasan: kita cuma nk buat baik.. sy katakan: ada 3 org shbt yg pernah bertnya kpd isteri Rasul S.A.W.. stlh isteri baginda menjawab soalan mereka, kata salah sorg drpd mereka, dia ingin solat mlm selama2nya, kata yg kedua dia berpuasa tanpa berbuka, kata yg ketiga, dia ingin menjauhi wanita n tidak akan berkahwin.. Nabi S.A.W melarang ketiga2nya melakukan perkara2 trsbt.. hadits ini riwayat Al-Bukhari dan Muslim..

    kita katakan: salah ke solat mlm selama2nya?? salah ke kalau puasa tanpa berbuka?? salah ke kalau kita tidak bernikah utk tumpu dlm ibadah?? bukankah ketiga2 ini cara utk LEBIH MENDEKATKAN diri kpd Allah?? Nabi S.A.W larang, jd perkara trsbt tidak disukai dlm agama..

    kesimpulan: elakkan perkara yg tiada ketetapan dr Nabi S.A.W dlm urusan agama.. sabda baginda: brg siapa yg mengada-adakan dlm urusan kami ini (yakni urusan agama), apa2 yg bukan berasal drpdnya, maka ia tertolak. – [HR Al-Bukhari dan Muslim]..

    wallahu a’lam..

    • mrblinc
    • December 31st, 2008

    mgenai persoalan knp sy mengajak teman2 utk tidak menyebarkan artikel trsbt, jwpnnya adalah krn bersama artikel trsbt telah disertakan KELUHAN SYAITAN apabila kita membaca doa trsbt..

    kita smua tahu bhw penetapan tahun Islam dilakukan pd zaman pemerintahan ‘Umar Al-Khaththab.. bagaimana mgkn ada org slain Nabi S.A.W blh mendengar KELUHAN SYAITAN, sdgkn KELUHAN SYAITAN termasuk perkara ghaib?? perkara ghaib tidak mgkn kita blh tahu melainkan dgn perantaraan wahyu, sama ada Al-Quran atau hadits..

    oleh itu, apabila ada pihak yg mendakwa, sekiranya kita membaca doa trsbt syaitan akan berkata spt itu dan spt ini, sy ingin bertanya: dari manakah pihak yg mendakwa tahu bhw syaitan berkata spt yg disebutkan??

    adakah masih ada wahyu yg diturunkan slps kewafatan baginda S.A.W?? atau pun mmg syaitan pernah memunculkan diri di hdpn pihak yg mendakwa dan mengeluh spt itu??

    atas dsr inilah sy menasihatkan smua pihak supaya tidak lg menyebarkan artikel spt ini, krn artikel spt ini menyentuh ttg perkara ghaib namun tidak berlandaskan wahyu.. smoga Allah Ta’ala mengurniakan kita smua kefahaman yg lebih mengenai perkara ini..

    wallahu a’lam..

  1. Assalamu’alaikum wbkth. Sekadar Tambahan utk menenangkan hati dan mungkin memberi sedikit alternatif buat yang rajin berdoa (alhamdulillah)..

    ~Doa Akhir Tahun~

    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyanyang, segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam, Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhainya dan Engkau memang tiada melupakannya (Tuhan tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazab kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.
    Doa ini hendaklah dibaca 3 kali pada akhirnya waktu Asar hari ke 29 atau 30 daripada bulan Dzulhijjah, maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini.

    ~Doa Awal Tahun~

    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyanyang, segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam, Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu maha besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga dari kuncu-kuncunya syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
    Doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali setelah solat Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal dari umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.

    PENJELASAN:

    Pada hakikatnya kedua-dua lafaz doa ini serta fadhilat yang ditetapkan itu tidak pernah wujud dalam mana-mana kitab-kitab hadis dan tidak ada juga hadis walaupun yang bertaraf lemah (dha’if) mahupun palsu (mawdhu’) yang mengkhabarkan tentangnya. Menurut Syeikh Jamaluddin al-Qasimi r.h doa ini ialah doa yang direka dan tidak berasal daripada Nabi s.a.w. tidak juga berasal daripada para sahabat, tabi’in dan tidak diriwayatkan dalam musnad-musnad sehinggakan ianya tidak wujud dalam kitab maudhu’at (iaitu kitab yang memuatkan hadis-hadis palsu). Doa ini hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian. Dan perkataan “berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini” merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya.

    Tetapi sekiranya sesiapa yang hendak membacanya tanpa beri’tiqad seperti yang ada di dalam fadhilat yang direka tersebut silakan, kerana ia termasuk di dalam keumuman doa, dan perlu diingat tidak ada upacara khas atau dibaca beramai-ramai (untuk membaca doa tersebut).

    Hendaklah kita sentiasa berdoa memohon keampunan daripada Allah S.W.T., memohon perlindungan dari hasutan syaitan, memohon perlindungan dari mengerjakan perbuatan maksiat dan memohon agar kita sentiasa terbuka hati untuk mengerjakan amal-amal soleh. Menetapkan doa-doa tertentu, dibaca pada waktu tertentu dengan fadhilat-fadhilat yang tertentu tanpa perintah daripada Allah dan Rasul-Nya merupakan satu perbuatan mencipta hukum syarak yang baru dan perbuatan ini adalah diharamkan. Firman-Nya:
    Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. – al-An’aam (6) : 153

    Selanjutnya Allah S.W.T. menegaskan lagi hal ini melalui firman-Nya:
    Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya-fitrah) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. – al-Rum (30) : 30

    Maksud melakukan perubahan terhadap ciptaan Allah dalam ayat di atas adalah mengubah agama Islam seperti menambah-nambah satu upacara ibadah yang tiada sandarannya dari al-Qur’an dan al-Sunnah iaitu dengan mengamalkan amalan bidaah seperti mengkhususkan amalan-amalan yang tertentu sempena kedatangan tahun baru hijrah. Adalah penting bagi kita untuk memastikan kesahihan sesuatu perkara berkaitan dengan amal ibadah sebelum kita mengamalkannya. Ini adalah kerana setiap amal ibadah yang tidak didirikan atas dalil-dalil yang sah maka ianya terbatal. Ini sebagaimana sabda Rasulullah:

    مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.
    Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2697

    مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.
    Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1718

    Sekiranya sesuatu ibadah itu tidak wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. seperti ibadah tertentu sempena kedatangan bulan Muharram ini pada hakikatnya ia bukan sebahagian dari agama pada masa itu. Sekira ianya bukan sebahagian dari agama pada zaman Rasulullah s.a.w. maka sehingga kini ibadah itu juga dianggap tidak termasuk sebahagian dari Islam. Imam Malik r.h berkata:

    Sesiapa yang membuat bidaah dalam Islam dan menganggapnya baik (hasanah) maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman:

    Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu. – al-Maaidah (5) : 3

    Apa yang pada hari tersebut bukan sebahagian dari agama, maka ia tidak menjadi sebahagian dari agama pada hari ini. – Diriwayatkan oleh Imam al-Syathibi di dalam al-I’tishom, jilid 1, ms. 49.

    -Mohd Yaakub bin Mohd Yunus- (Penulis Majalah I dan artikel2 beliau banyak terdapat di Berita Harian, Utusan dan Metro). Beliau boleh dilawati secara maya di : http://akob73.blogspot.com

    #####################################

    Soalan: Adakah doa-doa khas awal tahun yang dibaca, atau majlis-majlis bacaan khusus sempena awal tahun itu berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w?

    Jawapan: Tidak pernah Rasulullah s.a.w. mengajar lafaz khusus doa bagi awal tahun baru hijrah atau akhir tahun. Apa tidaknya, penentuan tahun hijrah itu sebagai perkiraan kalender kita ditetapkan oleh Amirul Mukminin ‘Umar Ibn al-Khattab bagi memudahkan urusan pentadbiran kaum muslimin. Namun secara umum seseorang boleh berdoa dengan apa-apa lafaz dan untuk apa-apa hajat sekalipun. Selagi mana tidak menyanggahi syarak, termasuklah hajat agar tahun yang dimasuki tersebut dilimpahkan kebaikan. Adapun majlis-majlis khusus untuk doa atau zikir khas bagi tahun baru tidak pernah diajar Nabi s.a.w juga para sahabah baginda. Bahkan Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab yang memulakan perkiraan tahun Islam dengan dengan tahun berlakunya hijrah Nabi s.a.w. itu pun tidak pernah mengadakan majlis ibadah khusus yang seperti itu. Tidaklah kita ini lebih tahu mengenai hal ehwal ibadah melebihi Nabi s.a.w. Sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Rasulullah s.a.w.

    -Dr Asri Zainul Abidin, mantan pensyarah USM dan Mufti negeri Perlis. (http://drmaza.com/home/?p=151)

    • mrblinc
    • December 31st, 2008

    terima kasih sy ucapkan kpd saudari farhani atas komentarnya..

    sy rs mgkn masih ramai yg tidak bersetuju dgn isi kandungan entry ini.. sy katakan, sekiranya anda masih ingin mengamalkan doa trsbt pd tahun hdpn, terpulanglah kpd anda.. tugasan kami di sini bukanlah utk menghalang anda, tp kami skdr memberikan penjelasan mengenai perkara trsbt..

    pilihan trletak di tgn anda.. firman Allah Ta’ala: “Itulah umat yg telah lalu, baginya apa yg telah mereka usahakan dan bagi kalian apa yg telah kalian usahakan, dan kalian tidak akan diminta (pertanggungjawaban) ttg apa yg dahulu mereka kerjakan.” – [Al-Baqarah, 2: 134, 141].

    cubalah sedaya upaya utk mengelakkan diri drpd terjerumus ke dlm perkara2 baru dlm agama atau yg mendekatinya.. sabda baginda S.A.W: “Tinggalkanlah apa yg meragukan kamu kpd apa yg tidak meragukan kamu.” – [HR At-Tirmidzi dan An-Nasa’i].

    wallahu a’lam..

  2. Slm. slow2 bimbing adik2. As for our sis yg bertanya, dia bukan tak setuju, mungkin dalam stage sedikit tkejut dan tergamam lalu keliru. dan dia lega sikit bila diberikan alternatif.

    Tak perlu approve this comment.
    TQ atas perkongsiannya.

    • mrblinc
    • December 31st, 2008

    salam, tak sedar ada komentar baru drpd saudari farhani..

    sbnrnya komentar sy sblmnya bukanlah sy tujukan kpd mana2 pihak scara spesifik, tetapi sy tujukan kpd umum.. sy tahu pasti akan ada pihak yg akan mengkritik entry spt ini, tidak kisah la sama ada pihak trsbt berada di bumi jakarta mahu pun di mana2 shj..

    Allah S.W.T berfirman: “… dan Kami tidak mengazab sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul” – [Al-Isra’, 17: 15].

    dlm ayat trsbt, Allah memberi jaminan bhw Dia tidak akan mengazab mana2 golongan sekiranya blum sampai kpd mereka RasulNya, takkan la kita akan bertindak scara berlebih2an trhdp org yg blum mengenali risalah ini sblm ini.. kita dulu pun sama dgn mereka, bezanya kita mengenali risalah ini lebih awal..

    apa2 pun, thnx atas sokongan saudari n sgala nasihatnya..

    wallahu a’lam..

  3. Oh begitu..
    Maaf seandainya saya tersalah tafsir komentar mr blinc yang seharusnya dilihat dari perspektif yang lebih luas.
    Terima kasih atas pencerahan.
    Semoga anda, saya dan kita semua sentiasa dibimbing ke jalan yang diredhai Allah SWT.

    • budi
    • December 17th, 2009

    mohon izin untuk menyampaikan pada rekan2 yg lain

  4. silahkan akhi

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: