Benarkah Sumayyah tidak solat?

Selepas daripada membicarakan tentang sejarah tamadun islam minggu lalu,ada yang bertanya, “betul ke Rasulullah S.A.W dah solat masa pemulaan Islam?”

Saya katakan,dari sumber-sumber sejarah & dalil hadith,YA.

Di dalam “Rahiq Maqtum” karangan Syaikh Shafiyyur Rahman Al-Mubarakfury beliau telah memetik kata-kata Ibnu Hajar :

“Sebelum peristiwa Isra’,Rasulullah S.A.W secara PASTI telah melakukan solat,demikian pula para sahabatnya.

Juga dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahihnya bahawa Rasulullah S.A.W pada malam Isra’ apabila beliau sampai di Masjid Al-Aqsa,beliau telah masuk ke dalamnya dan melakukan solat 2 rakaat.Ini berlaku sebelum beliau naik ke langit.

Begitu juga di dalam Sirah Ibnu Hisyam menyebutkan bahawa Abu Thalib pernah melihat Nabi S.A.W solat bersama Ali.Abu Thalib meninggal pada tahun ke 10 kenabian sedangkan menurut Ibnu Kathir dalam Tafsir Al-Quran Al-Azim peristiwa Isra’ paling mungkin berlaku 10 bulan sebelum hijrah,bermakna pada tahun ke 13 kenabian.

Sebagaimana yang kita sedia maklum,solat 5 waktu hanya difardhukan pada malam Isra’ & M’iraj.Namun yang menjadi perbahasan di kalangan ulama’ sudahkah ada kewajiban solat sebelum adanya kewajiban solat 5 waktu?

Ada yang mengatakan bahawa berdasarkan ayat 55 dari surah Al-Mu’min,shalat yang diwajibkan sebelum daripada solat 5 waktu adalah solat 2 rakaat sebelum terbitnya matahari & sebelum terbenamnya matahari.

Wallahu ‘alam.

    • blossom
    • November 20th, 2008

    salam…
    nak bertanya…
    macam mana pulak cara Rasulullah solat?
    bukan ke cara kita solat sekarang Rasulullah ambil dari cara malaikat solat semasa peristiwa israk mikraj…maaf kalau saya salah faham

    • ingintahu
    • December 1st, 2008

    Benarkah Sumayyah tidak solat?

    salam.maaf.kepada saudara,perlukah persoalan ini ditnyakan?
    persoalan2 seperti ini tidak perlu dipersoalkan karena kita sedia tahu dakwah nabi adalah secara berperingkat2.dan dalam sirah jelas menyatakan fokus utama zaman dakwah di mekah adalah kepada pembinaan akidah dan pembentukan nilai manusiawi.lantas,pada zaman daulah di madinah mulailah turun ayat2 berkaitan ibadah dan cara hidup.adalah baik sekiranya kita lebih byk berbincang soal masalah umat yg kian byk di luar sana dari sering berbincang persoaln2 seperti ini.mhon maaf jika mengguris.wallahualam

    • mr.taciturn
    • December 2nd, 2008

    kepada ingintahu,tujuan entry ini adalah ats prinsip yg sgt mudah “soalan & isu ditimbulkan,maka soalan & isu itu dijawab”.

    memandangkan jumlah yg bertanya adalah ramai & saya tidak mampu utk menerangkan secara personal,maka blog ini menjadi sarana saya utk menjawab soalan itu.

    sekian.

    • mrblinc
    • December 2nd, 2008

    skdr menambahkan, sbnrnya blog ni ditubuhkan utk menjawab persoalan2 yg berlegar di sekitar kampus.. isu “sumaiyah” solat tak solat ni mmg berkaitan dgn isu sekitar kampus.. dgn kata lain, kami cuba mnjwb sbrg penyalahgunaan nama sumaiyah dlm memahami agama ini..

    mmg kita akui fokus fase di makkah adalah aqidah dan dalam fase di madinah barulah ditekankan soal ibadah, namun ada segelintir org cuba memutarbelitkan perkara ini, sehinggakan mereka menganggap hanya aqidah sahaja yg penting dan mereka seolah-olah mengabaikan soal ilmu dan ibadah..

    hakikatnya, kita bukan lg berada di fase makkah spt zaman Nabi S.A.W dahulu, yg mana tiada lg kewajipan puasa dll.. agama ini telah lengkap dan mmg seharusnya setiap aspek dlm agama ini menjadi penekanan kita.. bukannya menekankan aspek aqidah semata-mata tanpa menyentuh aspek ibadah.. sekiranya kita lgsg tidak menyentuh aspek ibadah, adakah kita dianggap telah benar aqidahnya??

    wallahu a’lam, maafkan sy juga seandainya jwpn ini mengguris perasaan sesiapa.. bukan niat utk mengapi-apikan mana-mana pihak, cuma skdr meluahkan ketidakpuasan hati trhdp pihak-pihak yg telah memutarbelitkan isu ini..

    • ingintahu
    • December 2nd, 2008

    nampaknya mrblinc tidak menjawab persoalan yg dikemukan,malah cuba menuduh yg lain pula memutarbelitkan perkara.

    “namun ada segelintir org cuba memutarbelitkan perkara ini, sehinggakan mereka menganggap hanya aqidah sahaja yg penting dan mereka seolah-olah mengabaikan soal ilmu dan ibadah..”

    anda mengemukakan tanpa bukti yg sahih ‘mereka’ yg dimaksudkan ini mengabaikan persoalan ilmu dan ibadah.

    apa yg sy cuba maksudkan dlm komentar sy sebelum ini adalah bagaimana Rasulullah mendidik umatnya supaya benar2 memahami aQidah dan memahami agama (zaman mekah),kemudian apabila kefahaman itu telah dicapai ,sudah pasti kesungguhan dalam mencari ilmu itu pasti datang dgn sndiri.(zaman daulah dan pembinaan tamadun)

    mmglah agama kita sudah lengkap zaman lengkap sekarang,dan kita alhamdulillah dilahirkan dlam ISLAM,namun jika kita lihat masyarakt dan dunia sekeliling kita amatlah byk manusia berbuat kemaksiatan dan x ubah seprti zaman jahilyah iaitu tidak memahami agama walau diri bergelar ISLAM.

    apalah guna kita mengajarkan ibadah kpd org yg tidak mahu memahami ISLAM terlebih dahulu,makanya usaha utama kita adalah mengajak lebih ramai manusia supaya memahami agama itu sendiri.sudah pasti dgn ALQURAN DAN ASSUNNAH serta Panduan dari ulama’2 yg memudahkan pemahaman kita yg tidak mencapai taraf imam mujtahid ini.

    apepun,persoalan sy hanyalah kepada perlukah persoalan2 semcm ini dipersoalkan.

    Walaubagaimanapun ,terima kasih atas perkongsian ilmu ini,jazakallah akh.

    “Setiap orang boleh dipakai atau ditolak kata2nya melainkan kata2 org yg maksum iaitu Rasulullah SAW.”
    ~imam malik~

    wasalam.

    • estrange
    • December 2nd, 2008

    slm..thanx kt abg2 Jakarta cam abg min,abg ucup,abg jai n hamdi..thanz a lot cz they all byk bagi kesedaran kt sy tntg islam ni sndri..
    personally,sy rse penghayatan n pemahaman 2 la lg pnting dr kita dok blaja ilmu menggunung..kalo kte xmnhayati xguna gak…tgok,ade jek org islam mnum arak..die tahu arak 2 haraam dlm islam..tp nape die minum gak?xkan die xblaja?sbb die xde pghayatan tntg islam2 sndri..

    bout sumayyah..ape kpntingan kte thu die solat ke x?mne lbih pnting kte thu die solat ke x or keimanan dan penghayatan die tntg islam..rsenye klu die xde pghayatan islam2,msti die xsggup disula kn?

    bg sy la mr.blinc,pasl sumayyah ni xpyhla dibhas..byk lg dr sumayyah ni kte leh amk iktibar..keimanan die..akhlak die…kepatuhan kpd agama..

    no big deal la bnde camni..wat org gado je..isu umat lg pntingla mr blinc..

    akhir kalam…gajah dpan mata xnmpak..kuman sbrang laut nmpak lak..

    wallahualam

    • mr.taciturn
    • December 2nd, 2008

    utk estrange saya ingin bertanya,bagaimanakah yg dikatakan menghayati islam itu menurut pandangan anda?boleh huraikan?

    utk pertanyaan “ape kpntingan kte tahu sumayyah solat ke x?” mmg tak menjadi isu.tp bila ada pihak ke sana sini menjaja cerita ttg sumayyah tak solat,saya rasa menjadi tanggungjawab saya utk menerangkan fakta sejarah yg telah dimanipulasi itu.

    tetang keimanan sumayyah mmg takde siapa boleh mempertikaikan hal itu,Allah telah menjamin syurga utk keluarga yassir.

    isu umat hari ini, hny boleh diselesaikan apabila kita memahami ilmu-ilmu islam seperti mana yg telah difahami oleh para sahabat & salafussoleh.islam dtg dgn paket ilmu & amal.tidak mgkn kedua itu dapat dipisahkan.ilmu & kefahaman ttg islam itu mesti dimenifestasikan dalam bntk amalan.itulah pendapat saya ttg “menghayati islam”

    • estrange
    • December 2nd, 2008

    k..mr.taciturn..

    jadi,kne study fikah,tauhid,tajwid dan tasawwurla bru sy ley paham islam?camtue ke?

    sy xckp pun ilmu xpnting…tp sejauh mne ilmu 2 mmbuatkan kite fhm pd islam yg pnting…

    dlu Rasulullah xde plak ajar fekah or tasawwur ke kt sahabat2…tp didik kefahaman mereka..cmne mr taciturn?

    ade ke yg ckp bout sumayyah xsbyg ke sne ke mari?xpnah dgr pun…bce blog ni bru dgr…

    ptutla mse orientasi hr2 ustaz tuan ismail( pgawai agama) ckp kt kteorg sruh ht2…

    sy suka dgr kte2 sorg abg nie..
    “kte pjuangkan islam…sedarkn org…bgunkn org…supaya thu mane arah tuju hdup dia..”

    wallahualam

    p/s = kalo rase manhaj dkwah mr taciturn dan mr blinc dpat bri kefahaman kt org tntg islam..go on la..sy & mmber2 lain akn truskan…pjuangan kami utk islam..kefahaman org bkn mlik kami…smua dr DIA…ngee!

    • mr.taciturn
    • December 2nd, 2008

    1st,jgn terkecoh dgn perkataan ILMU.semua bnd yg dipelajari adalah ilmu.ada ilmu yg berguna ada yg x berguna bahkan haram mempelajarinya seperti ilmu sihir.

    fikah,tauhid,tajwid dan tasawwur tu pecahan subjek2 pendidikan islam sekolah rendah & menengah juga adalah ilmu.

    Ilmu yg plg basic & plg penting diketahui dlm islam adalah akidah islam.kefahaman tu laa yg Nabi S.A.W tekankan kt para sahabat,akidah.utk kita pn sama juga.dh mantap,dh kukuh,dh clear ttg akidah baru pg pada bidang2 lain mcm fikh,jihad,khilafah etc.

    maka manhaj yg sama kami perjuangkan,iaitu penekanan utk bg clear konsep2 akidah islam seperti mana kefahaman akidah para sahabat dan salfussoleh.mgkn skrg anda tidak nmpk perjuangan kpd khilafah,jihad etc tp ke depan setelah akidah itu kukuh,insyaallah anda akn melihat usaha & penekanan ke arah itu,dan usaha itu akan menjadi lebih mudah.itulah manhaj rasulullah s.a.w

    x penah dgr sumayyah ni,bgs laa.klau lps ni dgr,at least dh ada hujjah utk tolak dakwaan tak benar tu.klau xde yg ckp,amik sbg pengetahuan ttg sejarah.nk baca dari kulit ke kulit sirah ibn hisham or raheeq maktum mgkn tak sempat kan…klau sempat cuba teliti blk,mcm mana diceritakan ttg pembunuhan sumayyah.betul ke dia disula?

    dan semoga kita tak lupa,arah tuju hidup kita adalah akhirat yg kekal.

    • mr.taciturn
    • December 2nd, 2008

    soalan ulangan utk estrange,mcm mana yg dikatakan “menghayati islam” bg pendapat anda,boleyh huraikan?i noticed u haven’t answered that question.

    • estrange
    • December 2nd, 2008

    slm..
    insyaallah smpt bukak…xsbr nk blik mlysia sem break nnt…nak share dgn mmber2 ISK yg abg2 bg..baru tersedar matlamat hidup adalah Allah…

    mr taciturn, kalo mr blinc kata hakikatnya, kita bukan lg berada di fase makkah spt zaman Nabi S.A.W dahulu, yg mana tiada lg kewajipan puasa dll.. agama ini telah lengkap dan mmg seharusnya setiap aspek dlm agama ini menjadi penekanan kita.. BUKANNYA menekankan aspek aqidah semata-mata tanpa menyentuh aspek ibadah.. sekiranya kita lgsg tidak menyentuh aspek ibadah, adakah kita dianggap telah benar aqidahnya??

    ini mr taciturn plak yg kate..maka manhaj yg sama kami perjuangkan,iaitu penekanan utk bg clear konsep2 akidah islam seperti mana kefahaman akidah para sahabat dan salfussoleh.mgkn skrg anda tidak nmpk perjuangan kpd khilafah,jihad etc tp ke depan setelah akidah itu kukuh….

    sometimes xclear what’s actly u guys nk smpaikan..thanx abg…bru dpt ISK…tgh fresh..

    wallahualam

    • mrblinc
    • December 2nd, 2008

    skdr menjawab komentar saudara/i “ingintahu”..

    pertama, maafkan saya krn tidak menjawab persoalan yg dikemukakan.. “perlukah persoalan ini ditanyakan?” jwpn bg persoalan ini ada pd pihak yg bertanya, bukannya pd kami sbg pihak yg menjawab pertanyaan ini..

    kedua, sy tidak menuduh.. sy pernah menghadiri satu program yg mana penceramah trsbt telah membawakan perbandingan antara Sumaiyah dgn imam Asy-Syafi’i.. dua bandingan yg tidak sepadan.. katanya sumaiyah yg tidak solat dijamin masuk syurga sdgkn Asy-Syafi’i yg begitu hebat tidak pernah dijamin syurga.. mmg logik, krn Rasulullah S.A.W sudah lama wafat sblm kelahiran Asy-Syafi’i.. tiada lg wahyu utk menjamin Asy-Syafi’i atau pun mana-mana individu stlh itu..

    penceramah trsbt juga telah menekan isu aqidah, dan kelihatannya seolah-olah memperlekehkan ilmu Asy-Syafi’i.. perkataan penceramah trsbt masih segar di ingatan saya.. Asy-Syafi’i tidak ada da’wah aqidah yg blh dilakukan, krn itu beliau menulis kitab fiqh.. lebih kurang begitu bunyinya.. namun saya katakan, dgn ilmunyalah Asy-Syafi’i sbnrnya telah mengajarkan kita aqidah yg benar, iaitu semua urusan agama (aqidah, ibadah, dll) harus dikembalikan kpd Allah dan RasulNya..

    ramai org mula terhakis aqidah ini dlm diri mereka sehingga mereka mula mereka-reka perkara baru dlm urusan mereka.. dan antara perkara baru yg agak besar adalah apabila ada golongan yg cuba mengharamkan mana-mana pihak drpd keluar drpd mazhab setempat, sdgkn perkara ini tidak pernah diharamkan oleh Allah mahu pun Rasul.. namun, dgn kejahilan mereka, mereka mengatakan brg siapa yg keluar drpd mazhab setempat adalah golongan sesat..

    berbeza dgn Asy-Syafi’i, beliau tidak pernah menyuruh org lain taksub kpdnya, tetapi mengajak org supaya kembali berpegang pd Al-Quran dan As-Sunnah, sekali pun dalil Al-Quran dan As-Sunnah trsbt tidak disebut oleh beliau sendiri.. dari sini dpt kita lihat pentingnya ilmu dlm memahami aqidah..

    ketiga, mmg saya mengemukakan tanpa bukti yg shahih.. alasannya? krn saya tidak terfikir para pembaca tahu kelompok mana yg saya maksudkan.. namun, perkara ini bersifat umum yg mana setiap org boleh menjadikannya satu pengajaran.. saya tidak pernah menyebut kelompok mana yg saya maksud, sama ada mereka itu pelajar Adelaide atau pun pelajar Manchester atau pun di mana sahaja.. perkara ini blh berlaku di mana-mana sahaja.. maafkan saya sekiranya “ingintahu” berada di salah satu tempat yg saya sebutkan di atas, saya tidak bermaksud utk membuka rahsia mana-mana pihak..

    keempat, kata “ingintahu”: “kemudian apabila kefahaman itu telah dicapai, sudah pasti kesungguhan dalam mencari ilmu itu pasti datang dgn sndiri. (zaman daulah dan pembinaan tamadun)”.. dlm bab tafsir misalnya, kita ambil cth tafsir Ibnu Katsir.. beliau byk mengambil pndpt drpd Ibnu ‘Abbas, Ibnu ‘Umar dll.. sdgkn sahabat R.A tidak sempat hidup sehingga zaman daulah dan pembinaan tamadun.. mereka hidup pd fase Makkah dan fase Madinah.. ini bererti ilmu harus dimulai pd fase awal lg, kerana tanpa para sahabat kelangsungan ilmu tidak akan berlaku..

    begitu juga dlm ilmu hadits.. byk hadits yg mengajarkan kita aqidah, ibadah dll.. semuanya haruslah diriwayatkan drpd sahabat R.A, dan tidak dikira hadits sekiranya sesuatu kenyataan mula disebut oleh para tabi’in atau pun selepasnya.. bak kata imam Malik: “Setiap orang boleh dipakai atau ditolak kata2nya melainkan kata2 org yg maksum iaitu Rasulullah S.A.W”.. ini bererti kata-kata yg dtg selepas kewafatan baginda (yakni selepas fase Makkah dan Madinah) ada yg blh diterima dan ada pula yg blh ditolak.. berbeza dgn sabda-sabda Rasul (yg sudah pasti hanya diucapkan pd fase Makkah atau pun Madinah) semuanya tidak blh ditolak..

    utk pernyataan ini: “kemudian apabila kefahaman itu telah dicapai, sudah pasti kesungguhan dalam mencari ilmu itu pasti datang dgn sndiri.” saya bersetuju tp ternyata tidak semua org termasuk dlm golongan ini.. saya pernah mendengar seorang pelajar yg telah mengikuti salah satu tarbiyah, saya kurang pasti sama ada setahun atau dua tahun, ketika ditanyakan kpdnya apakah yg dimaksudkan dgn ahli kitab, dia lantas menjawab org-org yg membaca kitab fiqh atau kitab tafsir.. dan kalau begitulah definisinya, maka saya termasuk salah seorang drpd ahli kitab..

    dan sekiranya saya adalah ahli kitab bererti saya kafir, krn Allah menyebutkan perkara ini dlm surah Al-Baiyinah ayat 1, org-org kafir dr kalangan ahli kitab dan musyrikin.. dan saya juga tertanya-tanya kenapa imam-imam terdahulu (An-Nawawi, Ibnu Hajar, Ibnu Katsir, Ibu Qudamah, dll) sanggup menulis kitab-kitab dan membiarkan kita membacanya sehingga kita akhirnya termasuk golongan ahli kitab?

    aneh? cukup aneh.. inilah pertama kali saya mendengar perkataan “ahli kitab” didefinisikan sbgmn yg disebutkan oleh seorang pelajar yg telah mengikuti tarbiyah (dgn anggapan saya sudah pasti dia mencapai kefahaman, maklumlah sudah setahun atau dua tahun mengikuti tarbiyah).. namun syg, kesungguhan mencari ilmu itu belum tercapai.. atau pun, stlh setahun atau dua tahun mengikuti tarbiyah dia masih belum mencapai kefahaman, mgkn sahaja.. wallahu a’lam..

    kelima, “ingintahu” menyebutkan ttg kondisi umat hari ini, ISLAM tp spt jahiliyyah.. saya sgt bersetuju dgn “ingintahu”.. saya brpndpt mereka berkelakuan spt itu krn mereka tidak tahu apakah itu ertinya dia menjadi seorang muslim.. krn itu, saya dan bbrp org teman melakukan usaha utk menyedarkan umat ttg perkara ini.. misalnya kami mengadakan ta’lim di tmpt kami, yg mana kami mulakan dgn melontarkan persoalan knp kita memilih ISLAM dan bukannya agama lain walau pun agama lain juga menjanjikan syurga di sisi Tuhan.. kita bahas satu persatu dgn hrpn pelajar tidak lg ragu-ragu dlm menjawab pertanyaan “why i became a muslim?”

    drpd keyakinan trhdp Islam inilah timbulnya kesedaran dlm jiwa mereka bahawa agama ISLAM yg mereka pilih ini milik Allah, hanya Allah yg berhak menentukan hukum-hakam, kenapa kita harus tunduk sepenuhnya kpd Allah, dll..

    keenam, kata “ingintahu”: “apalah guna kita mengajarkan ibadah kpd org yg tidak mahu memahami ISLAM terlebih dahulu”.. alhamdulillah, kami telah lama menyedari hakikat ini.. kerana itu kbykn program yg kami anjurkan tidak disebarkan kpd org ramai.. hanya yg selalu mengikuti da’wah kita sahaja yg biasa akan hadir.. alhamdulillah, mereka semakin hari semakin faham ttg Islam, walau pun mgkn masih byk kekurangannya.. bak kata “ingintahu”, sekiranya kefahaman sudah tercapai, kesungguhan utk menuntut ilmu akan dtg dgn sendirinya..

    kami pernah mengadakan program sifat solat Nabi S.A.W, dan alhamdulillah yg hadir adalah org-org yg sedar ttg hakikat perlunya mereka mengikuti Rasul dlm sebarang bentuk ibadah.. itulah aqidah yg cuba kami tanamkan, urusan agama kembalikanlah kpd Allah dan Rasul..

    saya rasa komentar ini cukup utk menjelaskan kembali komentar saya di atas, yg mgkn kurang jelas sehingga membuatkan “ingintahu” terpaksa bertanya sekali lg utk mndptkn penjelasan.. walau bagaimana pun, terima kasih saya ucapkan atas komentar-komentar “ingintahu”, suatu masukan utk pihak kami juga.. wallahu a’lam..

    • mrblinc
    • December 2nd, 2008

    utk “estrange”, sy skdr memberikan komentar trhdp komentar anda..

    pertama, anda menyebutkan: “sy xckp pun ilmu xpnting…tp sejauh mne ilmu 2 mmbuatkan kite fhm pd islam yg pnting..” saya bersetuju dgn kalimat ini.. dan inilah yg cuba kami sampaikan selama ini.. kepentingan ilmu dlm memahami aqidah yg sbnr.. tanpa ilmu, aqidah tidak dpt dibentuk dgn sempurna krn kita tidak akan tahu apakah yg menjadi aqidah kita melainkan kita harus mencari tahu trlbh dahulu..

    misalnya, kesialan yg ada dlm bulan Safar.. Rasulullah S.A.W mengatakan tiada sial pd bulan Safar (Shahih Al-Bukhari), namun atas kejahilan masyarakat dahulu, mereka melakukan amalan mandi Safar utk membuang sial.. sial apakah yg perlu dibuang dlm upacara mandi Safar sdgkn Nabi S.A.W mengatakan sial pd bulan Safar? namun, stlh waktu berlalu, masyarakat mengetahui ttg perkara ini, mereka akhirnya tidak lg melakukan perkara trsbt..

    kedua, anda juga mengatakan: “dlu Rasulullah xde plak ajar fekah or tasawwur ke kt sahabat2”, skdr membetulkan, mgkn maksud anda Rasulullah tidak mengajarkan fiqh dlm bentuk spt hari ini.. mgkn kalimah anda kurang tepat, krn tidak logik apabila Rasul tidak mengajarkan cara utk solat, sdgkn Islam memerintahkan kita utk solat.. fiqh sudah pasti diajar, tp bukan dlm bentuk modul-modul sbgmn yg wujud pd hari ini..

    ketiga, anda mengatakan: “kalo rase manhaj dkwah mr taciturn dan mr blinc dpat bri kefahaman kt org tntg islam..go on la..sy & mmber2 lain akn truskan…pjuangan kami utk islam..kefahaman org bkn mlik kami…smua dr DIA…” utk ayat anda yg ini, tiada perkataan lain yg layak saya ucapkan melainkan SAYA BERSETUJU DGN ANDA..

    hidayah milik Allah, kpd org yg Rasulullah syg pun Allah tidak berikan hidayah.. drpd apa yg saya lihat, alhamdulillah hasil perkembangan da’wah kami cukup memuaskan walau pun tidak begitu ramai yg mengikut.. kalau mmg tidak dpt menjaga kuantiti, nak buat macam mana, tp kualiti harus sentiasa dijaga..

    dlm hadits riwayat Al-Bukhari, Rasulullah pernah menyebutkan bahawa dibentangkan kpd baginda nabi-nabi terdahulu.. ada nabi yg bersama sekelompok manusia, ada nabi yg berdua sahaja (nabi dan seorang pengikutnya), ada yg bersendirian.. ternyata kuantiti bukanlah ukuran kemenangan..

    kami juga sedar ttg perkara ini, kita hanya menyampaikan, biar umat yg berfikir dan memilih.. dan kami rasakan tiada lg manhaj da’wah yg harus diikuti, melainkan manhaj yg dilalui oleh Rasul S.A.W (sbgmn yg disebutkan dlm surah Yusuf ayat 108 – perkataan yg digunakan adalah “hadzihi sabili” yakni dgn kalimah singular, bukannya “haulai subuli” yg membawa maksdu plural) yg tidak takut menyatakan kebenaran walau pun ada kmgknn org ramai akan berpaling drpd da’wah baginda..

    keempat, anda seolah-olah tidak begitu jelas dgn kalimah saya dan kalimah teman sejawat saya.. skdr menjelaskan, saya mengatakan: “BUKANNYA menekankan aspek aqidah SEMATA-MATA tanpa menyentuh aspek ibadah..” dan mr.taciturn mengatakan: “PENEKANAN utk bg CLEAR KONSEP2 AKIDAH ISLAM”..

    pd dsrnya, kalimah-kalimah kami tidak bercanggah.. sbb kita mmg menekankan KONSEP2 AKIDAH ISLAM (sbgmn yg disebutkan oleh mr.taciturn) namun tidak bererti menekankan aspek aqidah SEMATA-MATA tanpa menyentuh aspek ibadah (sbgmn yg saya sebutkan)..

    penekanan trhdp konsep aqidah adalah perlu krn kefahaman trhdp aqidahlah yg akan membuatkan mereka terfikir dan tercari-cari.. Nabi S.A.W solatnya spt apa, puasanya spt apa, larangan baginda dlm peperangan apa sahaja, batasan baginda dlm hiburan sampai ke mana, hubungan suami-isteri pula bagaimana, dll..

    oleh itu, secara ringkasnya, mksd perkataan saya dan mr.taciturn adalah penekanan aqidah adalah fokus utama, di samping aspek-aspek lain sbg fokus sampingan.. saya hrp komentar ini blh memberikan gmbrn yg lebih jelas ttg da’wah kami..

    sekian sahaja dr saya.. terima kasih kami ucapkan kpd mana-mana pihak yg telah berpartisipasi dlm blog ini.. supaya Allah akan memberikan kita kefahaman dlm memahami hakikat deen yg diciptakanNya ini.. wallahu a’lam..

    • bulanbintang
    • January 23rd, 2009

    assalamualaikum.

    xde ke perbincangan ttg fiqh pergaulan?
    skdr demand je..hhe..even tak berkait ngn isu atas.

    sbb ana melihat isu fiqh pergaulan ni penting utk kita kupas.kadang2 dikalangn para duat sendiri pun lantang berbicara soal itu ini..tp kadang lupa soal fqh pergaulan..lupa menjaga batas pergaulan..sehingga dilihat sesuatu yg menjengkelkan bg seorg yg memperjuangkan agama tp memandang remeh soal ini.

    ~masuklah Islam itu secara keseluruhan~

  1. hmm, terima kasih utk masukan tu.. iA akan dipertimbangkan.. mslhnya kita kekurangan kaki-tangan utk menulis ttg tu..

    walau bagaimana pun, terima kasih kami ucapkan..

    • rose
    • January 30th, 2009

    salam..kesian plk saya tgk mr.blinc n mr.taciturn kne marah sebab bahas tentang sumaiyah solat ke tidak.. saya mengaku saya dan beberapa teman ada yang kurang pasti tentang hal ni,jd kami bertanya kepada mereka..kami bertanya atas perasaan ingin tahu je..biasalah manusia,ada sifat ingin tahu..xtau la pulak kalau xblh nk btanya kan..

    n kpd post estrange date 2dec yg b’bunyi “kalo rase manhaj dkwah mr taciturn dan mr blinc dpat bri kefahaman kt org tntg islam..go on la..”., saya rasa Alhamdulillah setakat saya ikut dakwah mereka ni..byk saya bljr n phm tntg islam..walaupun dr saya masih byk kekurangan,tp dakwah mereka mampu membimbing saya ke arah kebenaran,iAllah.. jd saya nk ucap tank u byk2 kpd mereka krn trs mberi n mnyampaikn kpd kami tanpa meminta blsn pon..smoga Allah mbls kebaikan mrk, =)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: