jama’, qashar dan qunut subuh – part III

QUNUT SUBUH


saya rasa ini perbahasan terakhir untuk malam ni, sebelum saya berehat kerana kecapean.. sebenarnya, perbahasan tentang qunut ini bukanlah perkara baru, malah perkara ini telah disebut oleh beberapa orang sahabat R.A..


antaranya, Anas bin Malik R.A pernah ditanya adakah Rasulullah S.A.W pernah melakukan qunut dalam solat Subuh, lantas Anas menjawab: Ya. kemudian ditanyakan lagi adakah baginda berqunut sebelum ruku’, lalu Anas menjawab: sejenak selepas ruku’. – [muttafaqun ‘alaihi].


hadits kedua, dari Anas juga, katanya: Nabi S.A.W tidak pernah meninggalkan qunut Subuh sehingga baginda wafat. – [HR Abdurrazzaq, Ibnu Abi Syaibah, Ad-Daruquthni, Ath-Thahawi, Al-Hakim, Al-Baihaqi, Al-Baqhawi, Ibnu Al-Jauzi dan Ahmad, dari jalan Abu Ja’far Ar-Razi, dari Rabi’ bin Anas, dari Anas bin Malik. Al-Hakim mengatakan sanadnya shahih, dan dipersetujui oleh Al-Baihaqi dan An-Nawawi].


hadits ketiga, dari Abu Malik Al-Asyja’i, dia bertanya kepada ayahnya: “Wahai ayah! Ayah telah solat di belakang Nabi S.A.W, Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan ‘Ali bin Abi Thalib di Kufah selama lima tahun, adakah mereka semua mengerjakan qunut?” ayahnya menjawab: “Wahai anakku! itu adalah bid’ah.” – [HR At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang shahih].


hadits keempat, kata Ibnu ‘Umar: “Aku tidak melihat seorang pun yang melakukannya.” – [HR Abdurrazzaq dengan sanad yang shahih].


hadits kelima, kata Ibnu Mas’ud: “Sesungguhnya baginda tidak qunut dalam solat Subuh.” – [HR Abdurrazzaq dengan sanad yang shahih].


hadits keenam, dari Anas R.A: “Nabi S.A.W tidak pernah melaksanakan qunut kecuali apabila mendoakan (kebaikan) untuk suatu kaum dan mendoakan (keburukan) atas kaum yang lain.” – [HR Ibnu Khuzaimah dengan sanad yang sedikit lemah].


hadits ketujuh, dari Ibnu ‘Abbas R.A: “Rasulullah S.A.W qunut selama sebulan berturut-turut pada solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh pada akhir setiap solat, setelah mengucapkan Sami’allhu liman hamidah pada rakaat terakhir, untuk mengutuk kabilah-kabilah iaitu Bani Sulaim, Ra’i, Dzakwan dan Ushayyah. sementara ma’mum di belakang mengaminkannya.” – [HR Ahmad, Ibnu Al-Jarud, Ibnu Khuzaimah, Al-Hakim, Al-Baihaqi, dengan sanad yang hasan].


cuba anda bayangkan, sekiranya dibentangkan kepada anda hadits-hadits di atas, apakah hukum yang anda rasa paling tepat tentang qunut Subuh? adakah anda akan berpendapat bahawa qunut Subuh adalah sunnah mu’akkad sebagaimana yang dipegang oleh mazhab Asy-Syafi’i dan Malik? atau anda akan mengatakan qunut Subuh sudah dimansukhkan dan melakukannya adalah bid’ah sebagaimana yang dipegang oleh mazhab Abu Hanifah? atau pun anda akan berpendapat bahawa tiada qunut melainkan qunut nazilah (mendoakan kebaikan atau keburukan atas pihak tertentu) sebagaimana yang dipegang oleh mazhab Ahmad?


sekiranya ditanyakan kepada saya pertanyaan di atas, saya akan mengatakan pendapat yang lebih tepat adalah pendapat Imam Ahmad.. alasannya? marilah sama-sama kita ikuti perbahasan tentang masalah ini..


hadits pertama dari Anas tidak boleh dijadikan hujah bahawa Nabi berqunut Subuh sepanjang hayat baginda.. ini kerana Anas juga menyebutkan (hadits keenam) bahawa Nabi S.A.W tidak pernah melakukan qunut kecuali apabila mendoakan (kebaikan) untuk suatu kaum dan mendoakan (keburukan) atas kaum yang lain, walau pun riwayat ini agak lemah.. ternyata, hadits Ibnu ‘Abbas (hadits ketujuh) mendukung hadits keenam, dengan mengatakan bahawa qunut tersebut adalah doa Nabi S.A.W kepada kaum-kaum tertentu..


mari kita bahas pula hadits ketiga.. Abu Malik Al-Asyja’i telah bertanya kepada ayahnya (Thariq bin ‘Ashim), lantas ayahnya juga menafikan perkara tersebut.. ada pihak yang menyanggah kata-kata Thariq dengan mengatakan Thariq sangatlah sedikit meriwayatkan hadits dari Nabi S.A.W, dan mungkin sahaja Thariq tidak solat belakang Nabi sepanjang tempoh sebulan Nabi melakukan qunut..


namun, secara logiknya kita akan mengatakan sekiranya benar Rasulullah S.A.W tidak pernah meninggalkan qunut Subuh sepanjang hayat baginda, kenapa Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan ‘Ali tidak menyambung sunnah Nabi S.A.W? pengakuan Thariq ini juga selari dengan kata-kata Ibnu ‘Umar (hadits keempat) dan Ibnu Mas’ud (hadits kelima) yang turut mengingkari perbuatan qunut Subuh..


jadi, kesimpulan awalnya adalah Nabi S.A.W hanyalah qunut selama sebulan mendoakan kebaikan kepada satu kaum dan keburukan kepada kaum lainnya (hadits keenam dan ketujuh), tidak hanya dalam solat Subuh, tetapi dalam kelima-lima waktu (hadits ketujuh).. dan qunut tersebut dilakukan selepas ruku’ (hadits pertama).. setelah sebulan berlalu, Nabi tidak lagi melakukan qunut dalam mana-mana solat (hadits ketiga, keempat dan kelima).. alhamdulillah, kita telah berjaya menggabungkan enam daripada tujuh hadits di atas..


persoalan berikutnya, bagaimana caranya untuk menggabungkan hadits kedua? hadits ini ternyata bertentangan dengan hadits ketiga, keempat dan kelima.. sebenarnya hadits yang dikatakan shahih oleh Al-Hakim dan dipersetujui oleh Al-Baihaqi dan An-Nawawi ini sebenarnya dipertikaikan oleh ulama’-ulama’ lain.. kerana dalam sanadnya ada seorang perawi yang bernama Abu Ja’far Ar-Razi.. ramai ulama’ mengatakan bahawa Abu Ja’far adalah lemah orangnya, tidak boleh dibuat hujah..


bukan seorang dua ulama’ yang menghukum Abu Ja’far sebagai perawi yang lemah.. kedudukannya dalam sanad tersebut telah menyebabkan hadits ini tidak dianggap shahih.. bagaimana pula sekiranya penilaian Al-Hakim ini tepat (dengan kata lain, hadits ini sebenarnya memang shahih)? Ibnu Hajar Al-‘Asqalani telah menyenaraikan beberapa belas maksud bagi kalimah “qunut”, antaranya khusyu’, dll.. ini bererti, seandainya hadits ini benar-benar shahih, mungkin sahaja yang dimaksudkan dengan “Nabi S.A.W tidak pernah meninggalkan QUNUT Subuh sehingga baginda wafat,” adalah tidak pernah meninggalkan kekhusyu’kan baginda dalam solat Subuh..


wallahu a’lam.. saya rasa sampai di sini sahaja dulu perbahasan untuk malam ini.. semoga ketiga-tiga entry tadi bermanfaat buat semua.. andai kata ada salah dan silap, sejuta kemaafan saya pohonkan.. segala yang benar datang dari sisi Allah, segala yang salah itulah hakikat diri ini sebagai makhlukNya yang tidak pernah akan sempurna..

  1. Saudara, satu penerangan yang cukup mantap. Tapi saya harap saudara boleh sentuh isu yang lebih penting lagi. Isu penyelewengan akidah umat abad ini dari aspek politik ekonomi dan sosial alias muktazilah modern. ws

    • mrblinc
    • November 19th, 2008

    pertama, saya ucapkan trima kasih atas masukan drpd saudara..

    sbnrnya tujuan asal kami mengendalikan blog ini hanyalah skdr utk menjawab persoalan2 yg timbul di sekitar kampus..

    isu babi di kedai makan, menjawab fitnah2 yg dilemparkan oleh pihak2 tertentu, menyebarkan info2 berkaitan dgn program2 tarbiyah, dll..

    inilah antara sbb utama kenapa kami memilih utk menubuhkan wasilah ini.. ada pun perbahasan mengenai aqidah, lebih byk dibahas dlm ta’lim mahu pun dlm halaqah masing2..

    apa2 pun, sy sekali lg mengucapkan trima kasih atas masukan drpd saudara..

    salam perkenalan..

    • mrdaie
    • December 1st, 2008

    salam.
    hebatnya anda menghubungkaitkan hadith2 ini.
    dan membuat kesimpulan fiqh menurut pendpat anda.

    pasti anda telah menguasai bahasa Arab dan nahunya serta telah menguasai usul fiqh yg jitu.
    tahniah saudara.

    • mrblinc
    • December 2nd, 2008

    salam..

    utk saudara “mrdaie”, sbnrnya kesimpulan ini bukanlah saya buat sesuka hati saya.. saya mendengar kuliah-kuliah dan saya merujuk kitab-kitab.. antara lain, shahih fiqh sunnah, nailu al-authar..

    brdsrkn perbahasan-perbahasan yg dikemukakan oleh “pihak yg menganggap qunut subuh adalah sunnah muakkad” & “pihak yg tidak menganggapnya sunnah muakkad”, saya menyimpulkan sebagaimana di atas.. namun semua ini pun bukannya ijtihad saya sendiri..

    telah saya nyatakan di atas, “sekiranya ditanyakan kepada saya pertanyaan di atas…”, maka saya menjawab menurut kefahaman saya.. sekiranya ditanyakan teman saya, mr.taciturn, mgkn jwpnnya berbeza.. mgkn sekiranya ditanyakan kpd anda persoalan ini, saya rasa mgkn jawapan anda berbeza dgn saya..

    tp, adakah ini bererti setiap pndpt yg berbeza dgn kita adalah salah? adakah hanya pndpt asy-syafi’i sahaja yg benar dan mana-mana imam mazhab lain yg berbeza pndpt dgnnya adalah salah? astaghfirullah..

    tidak layak utk saya katakan bahawa saya lebih pandai drpd imam asy-syafi’i, namun dlm masa yg sama, saya juga tidaklah lebih pandai drpd para imam yg lain.. dan saya sendiri tidak dapat menentukan imam manakah yg plg pandai antara keempat-empat imam trsbt..

    hmm, saya rasa saya tidak perlu memanjangkan perbahasan ini.. saya tahu jawapan spt ini akan kdg-kdg menimbulkan kegusaran sbhgn org malaysia dan indonesia yg mgkn agak sebati dgn mazhab asy-syafi’i, namun saya rasa tidak salah sekiranya saya memilih utk berpegang dgn pndpt trsbt, krn saya rasakan bahawa hujah-hujah yg digunakan adalah lebih kuat..

    mohon maaf sekiranya ada salah dan silap.. saya harap entry ini tidak menimbulkan ketegangan antara “pihak yg mendukung pndpt qunut subuh itu sunnah muakkad” mahu pun “pihak yg menolak pndpt trsbt”.. wallahu a’lam..

    • ibnu asmai
    • January 20th, 2009

    salam.saya ingin bertanya bolehkah kita mengikut mazhab2 yang berbeza di tempat yang sama?.sebagai contoh,saya pelajar luar negara dan mendapati sesetengah orang islam di sana tidak melakukan qunut. lalu, saya juga tidak melakukannya.kemudian, bolehkah saya mngamalkannnya(tidak qunut subuh) di tanah air(malaysia) yg fahamnnya mazhab shafie.

  2. salam.. pertama, sy ingin mengucapkan trima kasih kpd saudara krn memberi kepercayaan kpd kami..

    mengenai persoalan saudara: bolehkah kita mengikut mazhab2 yang berbeza di tempat yang sama? jwpnnya adalah YA, tidak menjadi mslh..

    masih ramai umat Islam yg tersalah faham dgn konsep bermazhab.. mereka menganggap seolah2 mazhab adalah agama bg tmpt tertentu.. sdgkn anggapan itu salah.. mazhab adalah salah satu cara bg kita (org awam) utk memahami dalil2 Al-Quran dan As-Sunnah dgn lebih mudah.. oleh itu, mana2 mazhab yg bertepatan dgn Al-Quran dan As-Sunnah boleh kita jadikan sbg pegangan, sekali pun ia bukannya pndpt imam syafi’i..

    hendaklah kita sedar bhw imam syafi’i adalah seorang imam, yg telah berusaha sedaya upaya utk memahami dalil2 Al-Quran dan As-Sunnah, namun beliau tidak terpelihara drpd melakukan kesilapan.. dan beliau sendiri menyedari akan hakikat ini.. buktinya: imam syafi’i masyhur dgn qaul qadim dan qaul jadid.. persoalannya: knp perlu ada qaul jadid?? krn imam syafi’i sndiri merasakan bhw pndpt lamanya itu (qaul qadim) mungkin mengandungi kesilapan..

    selain itu, beliau juga tidak pernah mghalang muridnya (imam ahmad – pengasas mazhab hanbali) utk berbeza pndpt dgn beliau.. malah, imam ahmad sndiri byk mengeluarkan pndpt yg berbeza dgn imam syafi’i sehinggakan apabila dikumpulkan smua pndptnya, satu mazhab baru telah terbentuk..

    sy rasa kalau nk bincang ttg mazhab, pnjg sgt la pulak jadinya.. myb kalau ada waktu nnti, sy akan cuba jelaskan mengenai hal ini, dgn lebih detail, insya-Allah..

    apa2 pun, sekiranya saudara mempunyai sdkt waktu, mgkn saudara blh membaca entry yg pernah sy tulis sblm ini: https://nasirussunnah.wordpress.com/2008/11/30/yang-mana-satu-pilihan-qalbu/

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: