jama’, qashar dan qunut subuh – part II

QASHAR


qashar bererti menjadikan solat empat rakaat menjadi dua rakaat, dalam keadaan bermusafir (safar)..


dari Ibnu ‘Umar: “Aku pernah menemani Rasulullah S.A.W dalam perjalanannya dan baginda tidak pernah mengerjakan solat lebih daripada dua rakaat. demikian juga dengan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman R.A.” – [HR Muslim].


berapakah jarak yang ditempuh sebelum kita boleh mengqasharkan solat?


ulama’ berbeza pendapat tentang jarak yang ditempuh.. ada yang mengatakan 85 kilometer.. ini adalah pendapat Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas R.A, Al-Hasan Al-Bashri, Az-Zuhri, Malik, Al-Laits, Asy-Syafi’i, Ahmad, Ishaq, dll..

ada pula yang mengatakan perjalanan selama tiga hari tiga malam dengan unta.. ini adalah pendapat Ibnu Mas’ud, Asy-Sya’bi, An-Nakha’i, Ats-Tsauri dan Abu Hanifah..


ada pula yang berpendapat lebih kurang 5 km.. dari Anas bin Malik, katanya: “Aku solat Zuhur bersama Nabi S.A.W di Madinah empat rakaat dan solat Asar di Dzu Al-Hulaifah dua rakaat.” – [muttafaqun ‘alaihi]. dikatakan jarak antara kedua-duanya adalah tiga mil (lebih kurang 5.5 km)..


namun begitu, ramai ulama’ yang tidak bersetuju dengan pendapat-pendapat di atas, dengan alasan yang dinamakan “safar” itu tidak pernah ditentukan batasnya oleh syara’.. bahkan mereka menyandarkan maksud “safar” kepada ‘uruf (yakni adat kebiasaan setempat).. dengan kata lain, sekiranya jarak yang ditempuh oleh seseorang itu sudah dianggap “jarak musafir” bagi masyarakatnya, maka dia boleh mengqasharkan solatnya dan membuka puasanya..


kata Ibnu Taimiyah R.H: “Dalil yang tepat dan kuat adalah pendapat ulama’ yang membolehkan qashar dan berbuka puasa ketika musafir, dan tiada jarak perjalanan yang khusus. inilah pendapat yang paling shahih.” – [Majmu’ Al-Fatawa].


kata Imam Al-Qasim Al-Kharqi R.H: “Aku tidak bersetuju dengan pendapat yang diutarakan (dalam membataskan jarak musafir) oleh kebanyakan ulama’ fiqh kerana pendapat mereka itu tiada hujahnya. ini kerana terdapat riwayat dari para sahabat yang saling bercanggah. sedangkan tidak boleh berhujah menggunakan dalil yang saling berbeza.” – [Al-Mughni].


kata Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim: “Pendapat yang rajih adalah pendapat yang ketiga (ada pun pendapat pertama yang beliau sebutkan adalah 85 km, pendapat kedua adalah tiga hari tiga malam perjalanan dengan unta), iaitu qashar pada setiap perjalanan yang disebut sebagai “safar”, sama ada safar itu pendek mahu pun panjang, kerana tiada batasan safar menurut bahasa ‘Arab. jadi hal ini dikembalikan kepada kebiasaan manusia. hal ini berbeza-beza menurut perubahan zaman, kerana terjadi perkembangan pesat di bidang pengangkutan.” – [Shahih Fiqh Sunnah].

berapa lama kita boleh mengqasharkan solat?


dari Ibnu ‘Umar R.A, dia bermukim di Azerbaijan selama enam bulan, selama musim salji, dan dia terus solat dua rakaat (mengqasharkan solat). – [HR Al-Baihaqi dan Ahmad dengan sanad yang shahih].


dari Abu Al-Minhal Al-‘Anazi, dia berkata: Aku bertanya kepada Ibnu ‘Abbas: “Aku bermukim di Madinah selama satu tahun kerana tidak kuat untuk berjalan?” Jawab Ibnu ‘Abbas: “Solatlah dua rakaat.” – [HR Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang shahih].


dari Abu Wa’il, katanya: Kami bersama Masyruq di Silsilah selama dua tahun, dan dia seorang pekerja di sana, maka dia mengimami kami dua rakaat sehingga kembali ke negerinya.” – [HR Ibnu Abi Syaibah dan Abdurrazzaq dengan sanad yang shahih].


saya rasa inilah jawapan yang sesuai untuk menjawab pertanyaan di atas.. inilah kefahaman para sahabat yang telah hidup bersama baginda S.A.W, dan belajar daripada baginda.. mungkin riwayat-riwayat yang saya sebutkan ini agak asing (janggal) bagi kita, namun ketahuilah bahawa Rasulullah pernah mengatakan bahawa Islam itu bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaimana ia bermula.. mungkin ini merupakan perkara yang asing bagi kita, namun inilah keadaan Islam sebagaimana ia bermula (yakni sebagaimana yang diamalkan oleh para sahabat R.A)..


wallahu a’lam.. untuk persoalan qunut akan saya jawab dalam entry berikutnya, insya-Allah..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: