TAHU tapi TIDAK SEDAR

kebelakangan ini saya ada mendengar suatu berita tentang salah seorang junior angkatan baru (angkatan 2008).. beberapa orang yang boleh saya percayai menceritakan bahawa tatkala junior perempuan ini ingin menunaikan solat ‘idu al-fitri tanggal 1 Syawal yang lalu, kebetulan pada waktu tersebut dia tidak mengenakan telekung, dia telah disuruh untuk berada di belakang.. mendengarkan kisah ini, saya hanya menggelengkan kepala.. ternyata, ramai sungguh orang yang TAHU tapi TIDAK SEDAR..


apakah yang dimaksudkan dengan TAHU tapi TIDAK SEDAR? jawapannya cukup mudah.. dalam kes ini misalnya, saya rasa sekiranya ditanyakan kepada pihak yang menyuruh junior tersebut solat di belakang, “adakah telekung menjadi syarat sah solat?”, pasti dia akan menjawab TIDAK.. cukuplah sekadar menutup auratnya, itulah syarat sah solat.. dia TAHU bahawa telekung bukanlah menjadi syarat sah solat, namun dalam keadaan TIDAK SEDAR, dia telah menjadikan pemakaian telekung sebagai satu syarat sah solat.. satu konsep yang cukup mudah.. TAHU tapi TIDAK SEDAR..


banyak lagi contoh lain yang boleh saya sebutkan di sini.. misalnya, bab imsak di bulan Ramadhan.. sekiranya ditanyakan, apakah pengertian PUASA dari segi syara’? pasti ada yang akan menjawab: menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa, bermula dari TERBITNYA FAJAR sehingga terbenamnya matahari.. namun, sekiranya ada teman kita yang terlewat bangun untuk bersahur, sekadar beberapa minit sebelum azan Subuh, kita lantas menghalangnya daripada makan dan minum dengan alasan: “waktu imsak dah masuk..”


cuba anda bayangkan, anda menghalang seseorang daripada mendapatkan berkah sahur dan mengamalkan sunnah Nabi S.A.W hanya kerana waktu imsak yang tidak pernah disyari’atkan dalam agama.. sayang sekali, anda bukannya tidak TAHU bahawa puasa dimulai dengan terbitnya fajar, anda cuma TIDAK SEDAR tentang perkara tersebut..


tidak lupa juga golongan yang mengakui Muhammad sebagai Rasul mereka, namun dalam masa yang sama, mereka telah meletakkan kata-kata ustaz mereka melebihi kata-kata Rasul tersebut, seolah-olah kata-kata ustaz mempunyai autoriti untuk membatalkan syari’at Nabi Muhammad S.A.W.. golongan seperti ini tidak ubah seperti kaum kristian yang telah meletakkan kata-kata St. Paul melebihi kata-kata Jesus.. janganlah kita mengikuti kaum kristian.. saya rasa tiada antara kita yang ingin menjadi seperti kaum kristian, namun dalam keadaan tidak sedar, kadang-kadang kita mengikuti jejak langkah mereka.. kita bukan tidak TAHU bahawa Muhammad adalah Rasul kita, cuma mungkin kita “TIDAK SEDAR”..


pengajaran daripada entry ini adalah kita hendaklah SEDAR tentang perkara yang kita TAHU.. perbaiki diri kita, marilah kita saling menasihati antara satu sama lain.. janganlah bersikap TAHU tapi TIDAK SEDAR kerana sikap ini benar-benar akan merugikan kita.. saya akhiri entry kali ini dengan sebuah pantun..


Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Walau pun kami dah lama belajar,

Kalau salah tolong betulkan..


– mrblinc –

jakarta barat

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: