isu babi: bagaimana menyikapinya??

beberapa minggu kebelakangan ini saya ada mendengar tentang isu babi yang dikaitkan dengan salah satu kedai makan berhampiran dengan kampus.. pada awalnya, saya hanya mendiamkan diri.. tetapi segala-galanya berubah siang tadi.. ketika saya menghampiri kedai tersebut untuk makan tengah hari, ada seorang teman menghampiri saya dan bertanya adakah saya masih berani untuk makan di kedai tersebut.. saya katakan kenapa perlu takut.. tiada bukti yang ditunjukkan kepada saya untuk membuktikan kebenaran dakwaan itu.. namun, kelihatannya teman saya ini benar-benar ragu untuk melangkahkan kakinya ke kedai tersebut.. kerana itulah saya mengambil keputusan untuk menulis artikel ini.. semoga anda dapat mengambil manfaat daripada entry kali ini..

Panduan Daripada Al-Quran dan As-Sunnah

terjemahan: Wahai orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kalian seseorang yang fasiq dengan suatu perkhabaran, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan satu kaum kerana kejahilan, yang akhirnya kalian akan menyesal atas apa yang kalian lakukan. – [Al-Hujurat, 49: 6].

terjemahan: Dan jangahlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu ketahui. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan nurani, semua ini akan diminta pertanggungjawabannya. – [Al-Isra’, 17: 36].

terjemahan: Dari Abu Hurairah R.A, katanya: Nabi S.A.W bersabda: Cukuplah kebohongan seseorang apabila dia menceritakan segala sesuatu yang didengarnya. – [HR Muslim].

Pengajaran Daripada Dalil-Dalil Tersebut

berdasarkan ketiga-tiga dalil yang saya kemukakan di atas, dapat kita simpulkan bahawa Al-Quran dan As-Sunnah melarang kita untuk mempercayai dan menyebarkan segala perkhabaran yang sampai kepada kita sebelum kita memeriksanya terlebih dahulu.. dibimbangi ada pihak yang rugi dengan tersebarnya perkhabaran tersebut sekiranya memang perkhabaran itu tidak benar.. lihatlah betapa Islam benar-benar memelihara perkara-perkara seperti ini..

Isu Babi di Kedai Makan: Bagaimana Menyikapinya?

janganlah dengan mudah kita mempercayai berita tersebut tanpa melihat bukti terlebih dahulu.. jujur saya katakan, sehingga sekarang saya belum melihat bukti dakwaan yang mengatakan kedai tersebut menyajikan hidangan daging babi.. bagaimana saya harus mempercayainya dan menyebarkan berita tersebut kepada yang lain?? saya tidak mahu menyebabkan kedai tersebut mengalami kerugian atas sesuatu yang tidak jelas bagi saya.. sekiranya anda ingin saya percaya tentang dakwaan tersebut, bawakan buktinya, insya-Allah saya akan percaya.. ini bukan perkara kecil, ini melibatkan perkara yang diharamkan oleh Allah Ta’ala dalam kitabNya.. seandainya dakwaan ini benar, marilah kita sama-sama memboikot kedai tersebut.. tetapi bagaimana pula sekiranya dakwaan ini palsu?? mungkin sahaja ini hanyalah gurauan pihak-pihak tertentu.. mungkin juga ini adalah satu usaha untuk mensabotaj kedai tersebut.. siapa tahu..

Keyakinan Tidak Tertolak dengan Syak

saya ingin menyebut tentang satu kaedah; keyakinan tidak tertolak dengan syak.. suatu perkara yang menjadi keyakinan kita tidak akan terbatal dengan sesuatu yang kita ragu-ragu tentangnya.. saya bawakan beberapa contoh.. seseorang yang sedang menunggu azan isya’, namun dia tidak pasti sama ada wudhu’nya masih sah atau tidak, tidak perlu lagi berwudhu’ kerana dia yakin bahawa dia pernah berwudhu’ (untuk solat maghrib) tetapi dia ragu-ragu sama ada wudhu’nya masih sah atau telah batal..

keyakinan (dia pernah berwudhu’ untuk solat maghrib)

tidak tertolak dengan

ragu-ragu (adakah wudhu’nya sudah terbatal)

begitu juga dengan orang yang baru keluar dari tandas, sekiranya dia tidak pasti adakah dia telah berwudhu’ kembali selepas selesai membuang air, maka dia hendaklah berwudhu’ kerana dia yakin wudhu’nya telah terbatal (kerana dia telah membuang air), tetapi dia ragu-ragu sama ada dia sudah berwudhu’ kembali atau pun belum..

keyakinan (dia telah membuang air, dan wudhu’nya telah terbatal)

tidak tertolak dengan

ragu-ragu (adakah dia sudah berwudhu’ kembali)

dalam kes ini, perkara yang sama juga perlu dilakukan.. bagi saya, perkara yang saya yakini adalah saya tidak pernah melihat adanya menu atau hidangan babi di kedai tersebut, sedangkan perkara yang syak bagi saya adalah adakah kedai tersebut menyedaikan hidangan seperti yang didakwa.. berdasarkan kaedah ini, saya tidak perlu meninggalkan perkara yang saya yakini (iaitu kedai itu tidak menyajikan hidangan daging babi) hanya kerana wujudnya perkara yang saya ragui (iaitu dakwaan tersebut), melainkan perkara yang diragui ini pula yang menjadi suatu keyakinan (dengan kata lain, memang sudah terbukti bahawa dakwaan tersebut benar)..

Kita Hanya Menghukum Secara Zahir

mungkin ada pula pihak yang berkeras supaya diperiksa dapur kedai tersebut untuk memastikan bahawa daging babi benar-benar tersimpan di sana.. saya katakan, kenapa anda perlu menyusahkan diri anda?? tidakkah anda lihat lauk pauk yang tersedia?? bagi saya, yang saya lihat hanyalah ayam, ikan, telur dan sayur-sayuran.. setahu saya, ikan dan babi memang tidak sama bentuknya.. begitu juga dengan sayur-sayuran.. mengenai ayam, rasanya paha ayam pasti jauh bezanya dengan paha babi, dan kita juga tahu babi tidak mungkin mempunyai kepak seperti ayam.. bagaimana pula dengan telur?? adakah babi bertelur??

pokoknya, bagi saya, semua yang terhidang di kedai tersebut langsung tidak menyerupai rupa bentuk babi.. tidak mungkin ada pihak yang sanggup memproses daging babi menjadi bentuk paha atau kepak ayam.. jadi ayam yang saya makan adalah ayam yang benar-benar ayam dan bukannya babi.. begitu juga dengan hidangan lain.. kalau begitu, yang mana satu yang didakwa sebagai daging babi??

namun, sekiranya anda masih berkeras untuk memeriksa, silakan.. tapi jangan lupa juga untuk memeriksa ayam-ayam yang tersimpan di dapur.. hendaklah diperiksa sama ada ayam tersebut telah disembelih sesuai dengan syari’at Islam atau pun tidak, kerana sekiranya tidak, ayam tersebut dianggap bangkai dan hukumnya haram untuk dimakan.. setelah anda pasti bahawa ayam tersebut disembelih mengikut syari’at Islam, anda harus memeriksa cara penjagaan ayam tersebut.. adakah sepanjang ayam tersebut hidup ia pernah disuntik dengan bahan-bahan yang haram?? bagaimana pula dengan makanan yang diberikan?? perkara ini penting dalam memastikan bahawa ayam yang kita makan benar-benar halal..

jangan lupa juga untuk memeriksa kedai-kedai makan yang lain sekitar Tawakal dan Tomang Tinggi.. maklumlah, mungkin sahaja kedai-kedai lain tidak menyajikan babi, namun siapa tahu mereka menyajikan ayam-ayam yang tidak disembelih mengikut syari’at Islam..

semua ini hanyalah kerja yang memenatkan dan sia-sia.. bagi saya, tidak perlulah anda periksa dapur setiap kedai yang ada di sekitar Tawakal dan Tomang Tinggi kerana kita tidak perlu menghukum sesuatu melainkan pada zahirnya sahaja.. tidakkah cukupkah anda melihat lauk pauk yang diletakkan di atas para-para?? kenapa perlu bersusah payah melakukan semua perkara tersebut semata-mata kerana nafsu anda?? tidakkah anda pernah membaca permulaan ayat terakhir surah Al-Baqarah: Laa yukallifullahu nafsan illa wus’aha.. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.. sesungguhnya kita memang tidak mampu untuk melakukan perkara ini, melainkan sekiranya perkara ini benar-benar jelas di depan mata kita.. oleh itu, kenapa kita perlu bersusah payah untuk memeriksa semua lauk pauk yang dihidangkan setiap kali kita ingin makan??

Kesimpulan

1. menyampaikan sesuatu perkhabaran tanpa memeriksanya terlebih dahulu adalah tindakan yang bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.. malah Nabi S.A.W mengatakan kita dianggap berbohong sekiranya kita menceritakan semua berita yang sampai kepada kita tanpa usul periksa..

2. hendaklah kita benar-benar berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, kerana kedua-dua sumber ini akan menjamin keharmonian hidup seharian kita.. dalam kes ini, sekiranya kita benar-benar berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, sudah pasti kita tidak akan menyebarkan berita seperti ini (sebelum benar-benar terbukti) yang tidak mustahil boleh menimbulkan suasana kelam kabut..

3. perkara yang diyakini tidak akan tertolak dengan perkara yang ragu-ragu.. janganlah biarkan keragu-raguan mengongkong kehidupan anda, kerana mungkin hari ini hanya perkara ini yang membuatkan anda berasa ragu-ragu.. siapa tahu di masa akan datang akan lebih banyak perkara yang meragu-ragukan anda sehingga anda berasa seolah-olah anda berada dalam dunia yang terlalu sempit..

4. hukumlah sesuatu sesuai dengan zahirnya.. ingatlah, tidak mungkin Allah akan membebankan kita atas perkara yang tidak mampu kita lakukan.. adalah mustahil bagi kita, selaku mahasiswa perubatan yang selalu sibuk, untuk melakukan kajian dengan sedetail-detailnya tentang setiap lauk yang ingin kita beli, hanya untuk memastikan bahawa lauk tersebut benar-benar bebas daripada perkara yang diharamkan..

5. ingatlah pesanan Nabi S.A.W: Yassiruu wa laa tu’assiruu.. Permudahkan dan jangan mempersulit.. – [HR Al-Bukhari].. agama ini mudah.. janganlah kita membebankan diri kita dalam perkara yang tidak pernah dibebankan atas diri kita..

6. janganlah anda berada bimbang untuk makan di kedai tersebut selagi tiada pihak yang maju untuk membuktikan kebenaran dakwaan tersebut.. seandainya dakwaan tersebut sudah terbukti kebenarannya, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk menyampaikan perkara ini kepada yang lain, supaya kita semua tidak terjebak dengan perkara-perkara yang haram..

wallahu a’lam..

– mrblinc –

    • ipin
    • October 11th, 2008

    setuju2. akhirnya ada juga yg sefahaman macam sy. terima kasih kerana bikin isu ni menjadi lebih jelas

    • Wardatul Syauqah
    • October 12th, 2008

    Salam..sekadar pendapat..hmm..tidak kh kita terlalu m’permudahkan agama? n m’gapa perlu menuggu org lain yg m’yiasat dan bknya diri sdri..bknkh kita juga turut di kurniakan akal fikiran..wauallahualam…

    • mrblinc
    • October 17th, 2008

    salam buat wardatul syauqah..

    atas bbrp mslh yg sdg kami hadapi, kami tidak dpt menjawab persoalan ini skrg.. insya-Allah, kami akan cuba utk menjawab persoalan anda secepat mgkn.. terima kasih atas pndpt anda..

    • mrblinc
    • October 19th, 2008

    salam..

    menjawab pertanyaan wardatul syauqah, adakah kita dianggap mempermudahkan agama, pd pndpt saya dlm hal ini, kita tidak dianggap mempermudahkan agama.. bukannya kita tidak mahu menyiasat dan skdr menunggu orang lain, tp tindakan utk menyiasat tu seolah-olah terlalu memberat-beratkan pulak..

    spnjg pemerhatian saya, sbgmana yg saya sebutkan di atas, tidak jelas bg saya bhw kedai trsbt menyediakan hidangan babi.. melihatkan lauk pauk yg diletakkan di atas para-para, membuatkan saya tertanya, yg mana satu yg bentuknya paling hampir dgn daging babi?? adakah yg berkepak?? atau pun yg bentuknya spt ikan?? ataukah yg berwarna putih dan di tgh-tghnya berwarna kuning (telur)?? atau pun yg berbentuk silinder berwarna hijau (kacang pnjg)??

    bg saya, tidak mgkn ada hidangan babi di situ.. lalu bilakah hidangan babi akan diletakkan di atas para-para?? adakah slps saya keluar dari kedai trsbt?? atau pun di tgh mlm?? wallahu a’lam, saya juga ada kehidupan saya sendiri sehinggakan saya tidak sanggup utk berjaga di kedai itu utk menunggu bilakah hidangan babi akan dihidangkan..

    persoalan berikutnya, knp tidak dibawakan bukti utk kes ini?? kalau sistem ini tidak diterapkan nescaya semua pihak pun blh mendakwa apa shj yg dikehendaki.. mgkn hr ini kita hanya mendengar isu babi di kedai trsbt.. siapa tahu, perkara ini akan berulang dan melibatkan kedai-kedai lain.. perkara ini hanya menimbulkan ketakutan di kalangan kita sehingga akhirnya kita sendiri akan merasakan bhw dunia kita sempit.. kedai ni tak blh, kedai tu pun tak blh.. jd, kedai mana je yg blh??

    tidak saya nafikan soal babi ini cukup besar.. pengharamannya disebutkan di bbrp tmpt dlm Al-Quran.. namun, atas urusan yg kita tidak mampu, sama-sama kita berdoa agar Allah mengampuni kita.. bukannya niat saya tidak mahu menyiasat, tp kita tidak mahu dipermainkan oleh sesetengah pihak..

    lgpn menurut hukum Allah, adakah seorang hakim perlu menyiasat adakah seorang wanita itu telah berzina hanya krn ada pihak yg mendakwa, atau pun pihak yg mendakwa itu yg perlu membawakan bukti mereka?? seandainya tiada bukti yg perlu disertakan dgn setiap dakwaan, nescaya byk pihak yg akan dizalimi, sdgkn Islam menjaga keadilan dan hak semua pihak..

    saya kira itu shj komentar utk kali ini.. mohon maaf atas segala silap dan salah.. wallahu a’lam..

  1. i cant agree more.. (baca: setuju!)..hoho

  2. Sila Klik: Kita Hanya Menghukum yang Zahir

    Semoga bermanfaat.

    • hambaingintahu
    • May 10th, 2009

    salam…
    bagaimana pula kalau kes di mana seseorang yg berpindah ke rumah bekas orang cina yg meninggalkan pinggan mangkuk (perkakas dapur) di rumah tersebut?
    adakah perlu kita menyamak pinggan mangkuk yang ditinggalkan di rumah itu jika kt mahu menggunakan pinggan mangkuk tersebut?

    • mr.taciturn
    • June 2nd, 2009

    Sepertimana yg dijelaskan oleh Imam An-Nawawi dlm Majmu’ Syarh Al-Muhazzab,Hadis berikut yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud (Kitab pemakanan, Bab makan dalam perkakas Ahl al-Kitab) menjadi rujukan:

    Abi Tsa’labah al-Khusyani radhiallahu ‘anh berkata,

    saya bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

    “Sesungguhnya kami bertetangga dengan Ahl al-Kitab.

    Mereka biasa memasak daging khinzir di dalam periuk mereka

    dan meminum khamar di dalam gelas mereka

    (lalu bolehkah kami menggunakan periuk dan gelas tersebut?)”

    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab:

    “Jika kalian dapat menggunakan perkakas yang lain maka makan

    dan minumlah dalamnya. Jika kalian tidak dapat perkakas yang lain maka

    cucilah ia dengan air kemudian makan dan minumlah.”

    Jawapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan bahawa perkakas yang bersentuhan dengan daging khinzir tidak perlu disamak tetapi memadai dibasuh dengan air sahaja. Wallahua’lam.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: