Archive for October, 2008

TAHU tapi TIDAK SEDAR

kebelakangan ini saya ada mendengar suatu berita tentang salah seorang junior angkatan baru (angkatan 2008).. beberapa orang yang boleh saya percayai menceritakan bahawa tatkala junior perempuan ini ingin menunaikan solat ‘idu al-fitri tanggal 1 Syawal yang lalu, kebetulan pada waktu tersebut dia tidak mengenakan telekung, dia telah disuruh untuk berada di belakang.. mendengarkan kisah ini, saya hanya menggelengkan kepala.. ternyata, ramai sungguh orang yang TAHU tapi TIDAK SEDAR..


apakah yang dimaksudkan dengan TAHU tapi TIDAK SEDAR? jawapannya cukup mudah.. dalam kes ini misalnya, saya rasa sekiranya ditanyakan kepada pihak yang menyuruh junior tersebut solat di belakang, “adakah telekung menjadi syarat sah solat?”, pasti dia akan menjawab TIDAK.. cukuplah sekadar menutup auratnya, itulah syarat sah solat.. dia TAHU bahawa telekung bukanlah menjadi syarat sah solat, namun dalam keadaan TIDAK SEDAR, dia telah menjadikan pemakaian telekung sebagai satu syarat sah solat.. satu konsep yang cukup mudah.. TAHU tapi TIDAK SEDAR..


banyak lagi contoh lain yang boleh saya sebutkan di sini.. misalnya, bab imsak di bulan Ramadhan.. sekiranya ditanyakan, apakah pengertian PUASA dari segi syara’? pasti ada yang akan menjawab: menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa, bermula dari TERBITNYA FAJAR sehingga terbenamnya matahari.. namun, sekiranya ada teman kita yang terlewat bangun untuk bersahur, sekadar beberapa minit sebelum azan Subuh, kita lantas menghalangnya daripada makan dan minum dengan alasan: “waktu imsak dah masuk..”


cuba anda bayangkan, anda menghalang seseorang daripada mendapatkan berkah sahur dan mengamalkan sunnah Nabi S.A.W hanya kerana waktu imsak yang tidak pernah disyari’atkan dalam agama.. sayang sekali, anda bukannya tidak TAHU bahawa puasa dimulai dengan terbitnya fajar, anda cuma TIDAK SEDAR tentang perkara tersebut..


tidak lupa juga golongan yang mengakui Muhammad sebagai Rasul mereka, namun dalam masa yang sama, mereka telah meletakkan kata-kata ustaz mereka melebihi kata-kata Rasul tersebut, seolah-olah kata-kata ustaz mempunyai autoriti untuk membatalkan syari’at Nabi Muhammad S.A.W.. golongan seperti ini tidak ubah seperti kaum kristian yang telah meletakkan kata-kata St. Paul melebihi kata-kata Jesus.. janganlah kita mengikuti kaum kristian.. saya rasa tiada antara kita yang ingin menjadi seperti kaum kristian, namun dalam keadaan tidak sedar, kadang-kadang kita mengikuti jejak langkah mereka.. kita bukan tidak TAHU bahawa Muhammad adalah Rasul kita, cuma mungkin kita “TIDAK SEDAR”..


pengajaran daripada entry ini adalah kita hendaklah SEDAR tentang perkara yang kita TAHU.. perbaiki diri kita, marilah kita saling menasihati antara satu sama lain.. janganlah bersikap TAHU tapi TIDAK SEDAR kerana sikap ini benar-benar akan merugikan kita.. saya akhiri entry kali ini dengan sebuah pantun..


Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Walau pun kami dah lama belajar,

Kalau salah tolong betulkan..


– mrblinc –

jakarta barat

Advertisements

isu babi: bagaimana menyikapinya??

beberapa minggu kebelakangan ini saya ada mendengar tentang isu babi yang dikaitkan dengan salah satu kedai makan berhampiran dengan kampus.. pada awalnya, saya hanya mendiamkan diri.. tetapi segala-galanya berubah siang tadi.. ketika saya menghampiri kedai tersebut untuk makan tengah hari, ada seorang teman menghampiri saya dan bertanya adakah saya masih berani untuk makan di kedai tersebut.. saya katakan kenapa perlu takut.. tiada bukti yang ditunjukkan kepada saya untuk membuktikan kebenaran dakwaan itu.. namun, kelihatannya teman saya ini benar-benar ragu untuk melangkahkan kakinya ke kedai tersebut.. kerana itulah saya mengambil keputusan untuk menulis artikel ini.. semoga anda dapat mengambil manfaat daripada entry kali ini..

Panduan Daripada Al-Quran dan As-Sunnah

terjemahan: Wahai orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kalian seseorang yang fasiq dengan suatu perkhabaran, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan satu kaum kerana kejahilan, yang akhirnya kalian akan menyesal atas apa yang kalian lakukan. – [Al-Hujurat, 49: 6].

terjemahan: Dan jangahlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu ketahui. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan nurani, semua ini akan diminta pertanggungjawabannya. – [Al-Isra’, 17: 36].

terjemahan: Dari Abu Hurairah R.A, katanya: Nabi S.A.W bersabda: Cukuplah kebohongan seseorang apabila dia menceritakan segala sesuatu yang didengarnya. – [HR Muslim].

Pengajaran Daripada Dalil-Dalil Tersebut

berdasarkan ketiga-tiga dalil yang saya kemukakan di atas, dapat kita simpulkan bahawa Al-Quran dan As-Sunnah melarang kita untuk mempercayai dan menyebarkan segala perkhabaran yang sampai kepada kita sebelum kita memeriksanya terlebih dahulu.. dibimbangi ada pihak yang rugi dengan tersebarnya perkhabaran tersebut sekiranya memang perkhabaran itu tidak benar.. lihatlah betapa Islam benar-benar memelihara perkara-perkara seperti ini..

Isu Babi di Kedai Makan: Bagaimana Menyikapinya?

janganlah dengan mudah kita mempercayai berita tersebut tanpa melihat bukti terlebih dahulu.. jujur saya katakan, sehingga sekarang saya belum melihat bukti dakwaan yang mengatakan kedai tersebut menyajikan hidangan daging babi.. bagaimana saya harus mempercayainya dan menyebarkan berita tersebut kepada yang lain?? saya tidak mahu menyebabkan kedai tersebut mengalami kerugian atas sesuatu yang tidak jelas bagi saya.. sekiranya anda ingin saya percaya tentang dakwaan tersebut, bawakan buktinya, insya-Allah saya akan percaya.. ini bukan perkara kecil, ini melibatkan perkara yang diharamkan oleh Allah Ta’ala dalam kitabNya.. seandainya dakwaan ini benar, marilah kita sama-sama memboikot kedai tersebut.. tetapi bagaimana pula sekiranya dakwaan ini palsu?? mungkin sahaja ini hanyalah gurauan pihak-pihak tertentu.. mungkin juga ini adalah satu usaha untuk mensabotaj kedai tersebut.. siapa tahu..

Keyakinan Tidak Tertolak dengan Syak

saya ingin menyebut tentang satu kaedah; keyakinan tidak tertolak dengan syak.. suatu perkara yang menjadi keyakinan kita tidak akan terbatal dengan sesuatu yang kita ragu-ragu tentangnya.. saya bawakan beberapa contoh.. seseorang yang sedang menunggu azan isya’, namun dia tidak pasti sama ada wudhu’nya masih sah atau tidak, tidak perlu lagi berwudhu’ kerana dia yakin bahawa dia pernah berwudhu’ (untuk solat maghrib) tetapi dia ragu-ragu sama ada wudhu’nya masih sah atau telah batal..

keyakinan (dia pernah berwudhu’ untuk solat maghrib)

tidak tertolak dengan

ragu-ragu (adakah wudhu’nya sudah terbatal)

begitu juga dengan orang yang baru keluar dari tandas, sekiranya dia tidak pasti adakah dia telah berwudhu’ kembali selepas selesai membuang air, maka dia hendaklah berwudhu’ kerana dia yakin wudhu’nya telah terbatal (kerana dia telah membuang air), tetapi dia ragu-ragu sama ada dia sudah berwudhu’ kembali atau pun belum..

keyakinan (dia telah membuang air, dan wudhu’nya telah terbatal)

tidak tertolak dengan

ragu-ragu (adakah dia sudah berwudhu’ kembali)

dalam kes ini, perkara yang sama juga perlu dilakukan.. bagi saya, perkara yang saya yakini adalah saya tidak pernah melihat adanya menu atau hidangan babi di kedai tersebut, sedangkan perkara yang syak bagi saya adalah adakah kedai tersebut menyedaikan hidangan seperti yang didakwa.. berdasarkan kaedah ini, saya tidak perlu meninggalkan perkara yang saya yakini (iaitu kedai itu tidak menyajikan hidangan daging babi) hanya kerana wujudnya perkara yang saya ragui (iaitu dakwaan tersebut), melainkan perkara yang diragui ini pula yang menjadi suatu keyakinan (dengan kata lain, memang sudah terbukti bahawa dakwaan tersebut benar)..

Kita Hanya Menghukum Secara Zahir

mungkin ada pula pihak yang berkeras supaya diperiksa dapur kedai tersebut untuk memastikan bahawa daging babi benar-benar tersimpan di sana.. saya katakan, kenapa anda perlu menyusahkan diri anda?? tidakkah anda lihat lauk pauk yang tersedia?? bagi saya, yang saya lihat hanyalah ayam, ikan, telur dan sayur-sayuran.. setahu saya, ikan dan babi memang tidak sama bentuknya.. begitu juga dengan sayur-sayuran.. mengenai ayam, rasanya paha ayam pasti jauh bezanya dengan paha babi, dan kita juga tahu babi tidak mungkin mempunyai kepak seperti ayam.. bagaimana pula dengan telur?? adakah babi bertelur??

pokoknya, bagi saya, semua yang terhidang di kedai tersebut langsung tidak menyerupai rupa bentuk babi.. tidak mungkin ada pihak yang sanggup memproses daging babi menjadi bentuk paha atau kepak ayam.. jadi ayam yang saya makan adalah ayam yang benar-benar ayam dan bukannya babi.. begitu juga dengan hidangan lain.. kalau begitu, yang mana satu yang didakwa sebagai daging babi??

namun, sekiranya anda masih berkeras untuk memeriksa, silakan.. tapi jangan lupa juga untuk memeriksa ayam-ayam yang tersimpan di dapur.. hendaklah diperiksa sama ada ayam tersebut telah disembelih sesuai dengan syari’at Islam atau pun tidak, kerana sekiranya tidak, ayam tersebut dianggap bangkai dan hukumnya haram untuk dimakan.. setelah anda pasti bahawa ayam tersebut disembelih mengikut syari’at Islam, anda harus memeriksa cara penjagaan ayam tersebut.. adakah sepanjang ayam tersebut hidup ia pernah disuntik dengan bahan-bahan yang haram?? bagaimana pula dengan makanan yang diberikan?? perkara ini penting dalam memastikan bahawa ayam yang kita makan benar-benar halal..

jangan lupa juga untuk memeriksa kedai-kedai makan yang lain sekitar Tawakal dan Tomang Tinggi.. maklumlah, mungkin sahaja kedai-kedai lain tidak menyajikan babi, namun siapa tahu mereka menyajikan ayam-ayam yang tidak disembelih mengikut syari’at Islam..

semua ini hanyalah kerja yang memenatkan dan sia-sia.. bagi saya, tidak perlulah anda periksa dapur setiap kedai yang ada di sekitar Tawakal dan Tomang Tinggi kerana kita tidak perlu menghukum sesuatu melainkan pada zahirnya sahaja.. tidakkah cukupkah anda melihat lauk pauk yang diletakkan di atas para-para?? kenapa perlu bersusah payah melakukan semua perkara tersebut semata-mata kerana nafsu anda?? tidakkah anda pernah membaca permulaan ayat terakhir surah Al-Baqarah: Laa yukallifullahu nafsan illa wus’aha.. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.. sesungguhnya kita memang tidak mampu untuk melakukan perkara ini, melainkan sekiranya perkara ini benar-benar jelas di depan mata kita.. oleh itu, kenapa kita perlu bersusah payah untuk memeriksa semua lauk pauk yang dihidangkan setiap kali kita ingin makan??

Kesimpulan

1. menyampaikan sesuatu perkhabaran tanpa memeriksanya terlebih dahulu adalah tindakan yang bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.. malah Nabi S.A.W mengatakan kita dianggap berbohong sekiranya kita menceritakan semua berita yang sampai kepada kita tanpa usul periksa..

2. hendaklah kita benar-benar berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, kerana kedua-dua sumber ini akan menjamin keharmonian hidup seharian kita.. dalam kes ini, sekiranya kita benar-benar berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, sudah pasti kita tidak akan menyebarkan berita seperti ini (sebelum benar-benar terbukti) yang tidak mustahil boleh menimbulkan suasana kelam kabut..

3. perkara yang diyakini tidak akan tertolak dengan perkara yang ragu-ragu.. janganlah biarkan keragu-raguan mengongkong kehidupan anda, kerana mungkin hari ini hanya perkara ini yang membuatkan anda berasa ragu-ragu.. siapa tahu di masa akan datang akan lebih banyak perkara yang meragu-ragukan anda sehingga anda berasa seolah-olah anda berada dalam dunia yang terlalu sempit..

4. hukumlah sesuatu sesuai dengan zahirnya.. ingatlah, tidak mungkin Allah akan membebankan kita atas perkara yang tidak mampu kita lakukan.. adalah mustahil bagi kita, selaku mahasiswa perubatan yang selalu sibuk, untuk melakukan kajian dengan sedetail-detailnya tentang setiap lauk yang ingin kita beli, hanya untuk memastikan bahawa lauk tersebut benar-benar bebas daripada perkara yang diharamkan..

5. ingatlah pesanan Nabi S.A.W: Yassiruu wa laa tu’assiruu.. Permudahkan dan jangan mempersulit.. – [HR Al-Bukhari].. agama ini mudah.. janganlah kita membebankan diri kita dalam perkara yang tidak pernah dibebankan atas diri kita..

6. janganlah anda berada bimbang untuk makan di kedai tersebut selagi tiada pihak yang maju untuk membuktikan kebenaran dakwaan tersebut.. seandainya dakwaan tersebut sudah terbukti kebenarannya, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk menyampaikan perkara ini kepada yang lain, supaya kita semua tidak terjebak dengan perkara-perkara yang haram..

wallahu a’lam..

– mrblinc –

puasa syawal

dari Abu Ayyub Al-Anshari R.A, katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Barang siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian dia mengiringinya 6 hari daripada bulan Syawal, maka seperti dia berpuasa sepanjang tahun. – [HR Muslim].


ulama’ berbeza pendapat tentang persoalan bolehkah didahulukan puasa 6 Syawal sebelum melakukan puasa qadha’.. ada yang mengatakan boleh dan ada pula yang mengatakan tidak.. namun, pendapat yang lebih kuat adalah pendapat yang mengatakan tidak boleh didahulukan puasa Syawal sebelum puasa qadha’..


antara hujahnya adalah berdasarkan matan (teks) hadits tersebut, “Barang siapa yang berpuasa Ramadhan…”, seseorang itu tidaklah dikira telah berpuasa Ramadhan sekiranya masih mempunyai “hutang” puasa.. oleh sebab itu, hendaklah dia melunaskan “hutang” tersebut, barulah dia dikira telah “berpuasa Ramadhan”..


bagaimana pula dengan persoalan menggabungkan niat, iaitu niat puasa qadha’ dan puasa 6 Syawal? tidak dibolehkan untuk menggabung niat (yakni tidak akan mendapat ganjaran yang telah Rasulullah S.A.W janjikan) kerana kedua-duanya jenis puasa tersebut harus dilakukan secara berasingan.. hendaklah menyempurnakan puasa Ramadhan terlebih dahulu, diikuti dengan puasa 6 hari di bulan Syawal.. sekiranya kedua-dua jenis puasa ini dilakukan secara bersamaan pada hari yang sama, syarat “kemudian dia MENGIRINGINYA 6 hari daripada bulan Syawal” itu tidak dipenuhi.. oleh itu, hendaklah kedua-dua puasa ini dilakukan pada hari yang berbeza..


adakah puasa 6 hari ini perlu dilakukan secara berturut-turut? memandangkan hadits yang shahih dari Nabi S.A.W diucapkan secara umum tanpa ada ketentuan hari, maka dibolehkan untuk berpuasa 6 Syawal secara terpisah (tidak perlu berturutan)..


wallahu a’lam..

– mrblinc –

1 Syawal 1429H

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin

“Taqabbalullah minna waminkum”