Kembalikan Fokus Al-Quran

saya fikir, kisah Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha sudah cukup popular di kalangan kita.. malah di sesetengah tempat, nama kedua-duanya disatukan dalam satu doa yang dibacakan kepada para pengantin yang baru berkahwin.. “Allahumma allif bainahuma kama allafta baina Yusuf wa Zulaikha..” lebih kurang begitulah bunyinya doa tersebut menurut salah satu laman web yang saya temui.. ada pun bacaan sebenarnya, wallahu a’lam, saya sendiri tidak tahu dan tidak berharap untuk tahu..

kenapa?? hendaklah kita tahu bahawa Nabi Allah Yusuf A.S adalah satu watak yang namanya disebutkan dalam Al-Quran, malah dinamakan satu surah (surah ke-12) sempena namanya ini.. orangnya cukup hebat.. dengan ketampanannya, kesabarannya, dll.. berbeza dengan Zulaikha, namanya tidak pernah muncul dalam mana-mana ayat dalam surah tersebut, dari ayat pertama sampai ayat 111.. malah, seandainya anda mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 13 kali pun, tidak akan anda dapati nama tersebut termaktub dalam kitab suci yang terakhir ini..

pasti ada yang akan bertanya: kalau begitu dari manakah munculnya watak tersebut?? saya katakan watak seorang wanita yang menggoda Yusuf A.S, dan dengan tipu muslihatnya telah menyebabkan Yusuf terpaksa meringkuk di dalam penjara memang disebut oleh Al-Quran, namun namanya tidak pula dirakamkan oleh Allah.. sumber yang mungkin dijadikan rujukan, sehingga nama “Zulaikha” mula disandarkan kepada wanita tersebut, adalah sumber-sumber yang berasal dari Bani Israil atau kita sebut sebagai Israiliyyat.. tentang Israiliyyat, saya kira sudah banyak pihak yang bangkit untuk memberikan peringatan mengenai riwayat-riwayat Israiliyyat.. di sini saya sertakan beberapa rujukan bagi sesiapa yang ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut.. [sila klik di sini “Utusan Malaysia: Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Ahmad”, “Utusan Malaysia: Nidzamuddin Zakaria”, “Minda Mufti: SS Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin”, “Almanhaj: Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin”]

jujur saya katakan, pada awalnya bagi saya tiada apa-apa masalah dalam hal tertentu kita menggunakan sumber Israiliyyat, misalnya pada nama-nama tokoh yang disebutkan dalam Al-Quran.. antaranya Zulaikha (wanita sezaman dengan Nabi Yusuf), Balqis (pemerintah negeri Saba’, sezaman dengan Nabi Sulaiman), dll.. namun, ada beberapa perkara yang tidak patut diberikan ruang kepada sumber Israiliyyat untuk mengambil tempatnya.. kisah perkahwinan Nabi Yusuf dan Zulaikha misalnya, tidak pernah termaktub dalam Al-Quran dan tidak tsabit pula (yakni tidak shahih) dari Rasulullah S.A.W tentang perkara ini..

namun sayang seribu kali sayang apabila kisah yang tidak shahih ini pula yang diperbesar-besarkan.. maka, muncullah pula satu golongan yang mula menentang perkara ini, bahkan mereka berlebih-lebihan dalam penentangan ini.. katanya: “Zulaikha adalah seorang wanita yang keji kerana telah menggoda Yusuf A.S.. bagaimana mungkin kita mendoakan pengantin-pengantin baru supaya Allah menjadikan mereka seperti Yusuf dan Zulaikha??” maka kedua-dua pihak pun berbalah sesama sendiri; antara pihak yang mengatakan Yusuf mengahwini Zulaikha (selepas Zulaikha bertaubat kepada Allah) dan pihak yang menentang riwayat ini..

saya katakan: sesungguhnya umat semakin dipalingkan daripada Al-Quran.. tindakan pihak yang mengatakan Yusuf mengahwini Zulaikha sememangnya tidak tepat kerana tidak tsabit dari Al-Quran mahu pun Rasul.. pihak yang menentang mereka secara berlebih-lebihan juga tidak tepat dalam hal ini, kerana Al-Quran dan hadits tidak pernah menceritakan kepada kita adakah “Zulaikha” ini sempat bertaubat atau tidak.. satu perkara yang pasti, “Zulaikha” telah mengakui kesalahannya yang telah menggoda Yusuf, sebagaimana yang dapat kita lihat dalam surah Yusuf (surah 12), ayat 51..

oleh itu, anda tidak boleh mendakwa “Zulaikha” sebagai seorang wanita yang keji kerana telah menggoda Yusuf, sedangkan anda sendiri tidak pasti adakah dia sempat bertaubat atau tidak.. ramai orang melakukan kesalahan dan dosa, tetapi setelah mereka bertaubat Allah telah mengangkat kedudukan-kedudukan mereka.. sebahagian daripada para sahabat, sebelum menerima Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W, merupakan penyembah-penyembah berhala.. Allah berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 48 dan 116 bahawa dosa syirik tidak akan diampunkan oleh Allah.. dengan kata lain, inilah dosa yang paling besar.. namun setelah mereka memeluk Islam, adakah anda masih boleh mengatakan mereka adalah orang-orang yang keji, hanya kerana mereka pernah menyembah berhala?? begitu juga dalam kes ini, kita tidak tahu adakah “Zulaikha” sempat bertaubat atau tidak, oleh itu janganlah kita mengatakan sesuatu yang tidak kita ketahui..

tidak saya nafikan bahawa tidak pernah tsabit doa pengantin baru itu dari Rasulullah S.A.W, itu adalah perkara yang diada-adakan.. namun tindakan anda menyerang habis-habisan seorang individu yang disebut perihalnya dalam Al-Quran secara tidak jelas bukanlah sesuatu perkara yang baik.. perkara yang lebih baik adalah apabila anda menghuraikan maksud di sebalik kisah tersebut, misalnya keteguhan Yusuf dalam menjaga dirinya apabila berhadapan dengan suatu godaan.. bayangkan, seorang lelaki yang bersendirian dengan seorang wanita yang kata, yang menggodanya untuk melakukan perbuatan zina, boleh menolak godaan tersebut, malah lebih sanggup untuk memilih penjara.. bukankah perkara-perkara seperti ini yang lebih layak untuk ditonjolkan kepada para pendengar??

kisah baginda tidak berakhir begitu sahaja.. malah disebutkan ketika berada di dalam penjara baginda mula berda’wah kepada teman-teman sepenjaranya.. mengajarkan mereka aqidah yang menyembah Tuhan yang satu.. seharusnya perkara inilah yang lebih diberikan penekanan ketika berbicara tentang Nabi Allah Yusuf A.S.. bukannya sama ada baginda berkahwin dengan Zulaikha atau tidak, sama ada Zulaikha sempat bertaubat atau tidak.. saya katakan, seandainya kita benar-benar dapat membuktikan bahawa Yusuf benar-benar berkahwin dengan Zulaikha, nescaya perkara tersebut tidak akan memberikan pengajaran apa-apa kepada kita, melainkan kepada mereka yang telah terkena penyakit “angau yang tidak berkesudahan”.. bagi golongan seperti ini, sudah pasti kisah Yusuf dan Zulaikha akan menjadi sebutan mereka sehari-hari..

namun bagi golongan yang masih “waras”, hendaklah kita mencari pengajaran-pengajaran yang penting daripada Al-Quran.. jangan sampai fokus kita terhadap Al-Quran dipesongkan.. turunnya Al-Quran bukanlah semata-mata untuk menceritakan kisah-kisah silam, tetapi untuk dijadikan panduan hidup.. sayangnya perkara ini disalahfahami oleh segelintir umat lantas mereka menjadikan perkara-perkara sampingan sebagai pokok perbahasan utama dan meninggalkan penekanan aqidah yang cuba disampaikan oleh Al-Quran..

saya bawakan satu contoh lain; Nabi Ayyub A.S.. telah termaktub dalam Al-Quran bahawa Ayyub A.S menderita suatu penyakit, namun apabila sampai riwayat Israiliyyat yang membawa kisah kononnya badan Ayyub berkudis dan berkulat, dan dagingnya gugur sehingga yang tinggal hanyalah tulang, ternyata ramai juga umat Islam yang turut sibuk membicarakan perkara itu.. tidak cukupkah bagi kita membicarakan sesuatu yang disebut dalam Al-Quran, misalnya membicarakan mengenai kesabaran Ayyub A.S dalam menghadapi situasi seperti itu, sikapnya yang tidak berputus asa dari rahmat Tuhannya.. bukankah perkara ini lebih utama untuk dibincangkan berbanding membicarakan mengenai ulat-ulat dan kudis-kudis di kulit baginda??

oleh itu, nasihat saya kepada semua, tidak kira sama ada anda penceramah-penceramah, biro-biro agama di mana-mana institusi, abang-abang atau kakak-kakak usrah, kembalikanlah fokus Al-Quran yang sepatutnya.. kembaliknalah fungsi Al-Quran sebagai panduan hidup kita, bukan sekadar kitab yang menceritakan kisah umat terdahulu.. perkara-perkara yang tidak disebut oleh Al-Quran dan As-Sunnah, maka ketahuilah bahawa perkara tersebut kurang penting berbanding perkara yang disebut..

kita tidak terlalu mementingkan nama wanita yang bersama Yusuf tetapi kita mementingkan nilai kesabaran Yusuf apabila digoda wanita tersebut.. kita tidak terlalu mementingkan bilangan Ashhabu Al-Kahfi tetapi kita mementingkan keberanian mereka mencabar kaum mereka supaya membawakan bukti bahawa adanya Tuhan selain Allah.. kita tidak terlalu mementingkan siapakah nama wanita bersama Sulaiman A.S, tetapi kita mementingkan kelembutan hatinya untuk menerima da’wah Sulaiman.. kita tidak terlalu mementingkan apakah penyakit yang dihadapi oleh Ayyub A.S, tetapi kita mementingkan kesabarannya.. kita tidak terlalu mementingkan kayu jenis apakah yang dilempar oleh Musa A.S sehingga berubah menjadi ular, tetapi kita mementingkan sikap berlemah lembut dalam da’wah yang diajarkan oleh Allah kepada Musa..

saya percaya, sekiranya perkara-perkara ini yang lebih diberikan perhatian, insya-Allah fungsi Al-Quran sebagai petunjuk dan panduan akan dapat dikembalikan pada tempatnya.. sekian sahaja dari saya, maafkan saya sekiranya ada terkasar bahasa.. wallahu a’lam..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: