Nisfu Sya’ban: tahukah anda?

Nisfu Sya’ban: tahukah anda..

* Syi’ah Imamiyyah adalah antara golongan yang membesar-besarkan malam Nisfu Sya’ban kerana menurut mereka, Imam Al-Mahdi yang mereka tunggu-tunggu dilahirkan pada malam tersebut.. sila klik di sini untuk penjelasannya..

* Amalan yang diamalkan oleh sesetengah pihak, seperti bacaan Yasin diselangi dengan doa-doa tertentu pada malam Nisfu Sya’ban tidak pernah tsabit (tidak shahih) dari Nabi S.A.W.. amalan ini dikritik keras oleh Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi.. “Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berkumpul pada malam tersebut selepas Maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rak’at dengan niat panjang umur, dua rak’at lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf [generasi sahabat, tabi’in dan tabi’u at-tabi’in]. Ia adalah satu doa yang panjang, yang menyanggahi nushush [Al-Quran dan As-Sunnah], juga bercanggahan dan bertentangan maknanya. Perhimpunan seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid’ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadah sekadar yang dinyatakan dalam nash. Segala kebaikan itu adalah mengikuti salaf, segala keburukan itu adalah bid’ah golongan selepas mereka, dan setiap yang yang diada-adakan itu bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”

* “Sambutan” Nisfu Sya’ban juga sering kali dihiasi dengan hadits-hadits palsu.. Rasulullah S.A.W telah memberikan ancaman yang keras tentang hal ini.. “Sesungguhnya berdusta atasku (atas namaku) tidaklah sama seperti berdusta atas orang lain (atas nama orang lain). Barang siapa berdusta atas namaku, maka siaplah tempatnya dalam neraka.” – [HR Al-Bukhari & Muslim]. Oleh itu, berhati-hatilah dengan kebiasaan sebahagian daripada anda yang gemar meng’foward’ sms tazkirah -dalam semua hal, tidak dikhususkan kepada Nisfu Sya’ban sahaja-, jangan sampai niat baik anda untuk mengingatkan teman-teman yang lain dijerumuskan anda ke dalam neraka..

mohon maaf atas segala kekurangan & kesilapan.. semoga anda boleh mengambil manfaat.. wallahu a’lam..

selamat pulang ke Malaysia buat teman-teman yang pulang..

selamat menjadi senior buat teman-teman angkatan ’07..

selamat menyiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan kali ini..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: