ayuh kita bersatu

“MARILAH SAMA-SAMA KITA SATUKAN BARISAN


kebelakangan ini, memang banyak kali saya mendengar ada pihak yang mula melaung-laungkan slogan di atas.. terdetik di hati saya, sesungguhnya perkara tersebut adalah satu perkara yang cukup baik.. Al-Quran pun mengajarkan kita hal yang sama..


Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku menyeru kepada Allah dengan bukti yang nyata. Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk golongan orang musyrik. – [Yusuf, 12: 108].


perkataan “Inilah jalanku” disebut dalam bentuk tunggal (mufrad atau singular), menunjukkan bahawa jalan yang harus ditempuh hanyalah satu.. tiada jalan lain melainkan jalan yang telah ditempuh oleh Rasulullah S.A.W dan orang-orang yang mengikuti baginda S.A.W..


Sesungguhnya umat ini, umat kamu semua, adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertaqwalah kepadaKu. – [Al-Anbiya’, 21: 92].


Sesungguhnya umat ini, umat kamu semua, adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku. – [Al-Mu’minun, 23: 52].


ayat-ayat ini, menurut seorang teman saya, merupakan satu karakteristik yang diberikan oleh Allah kepada umat Islam.. oleh itu, katanya, setiap muslim selayaknya merealisasikan persatuan tersebut..


Sesungguhnya orang-orang beriman adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua-dua mereka (yang berselisih), dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. – [Al-Hujurat, 49: 10].


ini juga merupakan bukti yang jelas bahawa Allah sebenarnya menginginkan umat Islam supaya bersatu, dan menjadi tanggungjawab kita untuk menyatukan mana-mana pihak daripada kaum mu’minin yang berselisih..


namun, tidak dapat kita nafikan bahawa umat Islam hari ini telah pun berpecah kepada beberapa golongan.. perkara ini telah pun disebutkan oleh Rasulullah S.A.W, sebagaimana yang dapat kita baca dalam Jami’u At-Tirmidzi..


Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya bani Israil terpecah kepada 72 golongan. Umatku akan terpecah kepada 73 golongan. Semuanya di dalam neraka kecuali satu golongan. Para sahabat bertanya: Siapakah satu golongan itu wahai Rasulullah? Sabda baginda: Golongan yang mengikuti apa yang aku dan para sahabatku lakukan. – [HR At-Tirmidzi: Hasan].


daripada hadits ini pula, kita seolah-olah dikhabarkan bahawa umat Nabi Muhammad sendiri akan terpecah kepada 73 golongan.. Al-Quran mengatakan bahawa umat ini adalah umat yang satu dan menjadi kewajipan untuk menyatukan umat, sedangkan hadits pula memberikan perkhabaran yang berbeza.. adakah Al-Quran bercanggah dengan hadits?


sebenarnya tidak.. Al-Quran tidak pernah bercanggah dengan hadits, tetapi Al-Quran dan hadits saling melengkapi.. sekiranya anda tidak percaya, marilah sama-sama kita melihat perbahasan ayat-ayat Al-Quran dan hadits yang telah saya bawakan di atas, yang kononnya bercanggahan antara satu sama lain..


apabila Allah mengatakan bahawa umat ini adalah umat yang satu, perkara itu tidak berakhir begitu sahaja.. pada kedua-dua ayat di atas (iaitu ayat 92 surah Al-Anbiya’ dan ayat 52 surah Al-Mu’minun), Allah telah memberikan penjelasan kepada kedua-dua ayat tersebut.. sila anda rujuk ayat 93 surah Al-Anbiya’ dan ayat 53 surah Al-Mu’minun..


Sesungguhnya umat ini, umat kamu semua, adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku. – [Al-Anbiya’, 21: 92].

Dan mereka telah berpecah-belah dalam urusan (agama) mereka antara mereka. Kesemua mereka akan kembali kepada Kami. – [Al-Anbiya’, 21: 93].

Sesungguhnya umat ini, umat kamu semua, adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertaqwalah kepadaKu. – [Al-Mu’minun, 23: 52].

Kemudian mereka terpecah belah dalam urusan (agama) mereka menjadi beberapa golongan. Setiap golongan berasa bangga dengan apa yang ada pada mereka. – [Al-Mu’minun, 23: 53].


bukankah kedua-dua ayat ini jelas menunjukkan bahawa “umat yang satu” ini akan berpecah akhirnya? jadi tidak salah apabila kita mengatakan bahawa ayat-ayat Al-Quran ini sebenarnya selari dengan hadits perpecahan umat (hadits riwayat Imam At-Tirmidzi di atas)..

bagaimana pula dengan perintah Allah supaya kita menyatukan orang-orang mu’min yang berselisih? pada fikiran anda, logikkah perintah Allah supaya kita menyatukan umat yang berselisih sedangkan Dia sendiri telah mengkhabarkan bahawa “umat yang satu” ini akan berpecah?

pada fikiran hal tersebut adalah logik.. cuma anda lihat kembali golongan yang telah disebut oleh Allah dalam ayat 10 surah Al-Hujurat.. “Sesungguhnya ORANG-ORANG YANG BERIMAN adalah bersaudara..” Allah tidak pernah menyuruh kita menyatukan semua pihak, tetapi Allah hanya menyuruh kita supaya menyatukan orang-orang yang beriman.. apakah pula ciri orang yang beriman?

Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-amr dari kalangan kalian. Sekiranya kalian berselisih pendapat dalam sesuatu (perkara), maka kembalikanlah kepada Allah dan RasulNya, seandainya kalian BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIR. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. – [An-Nisa’, 4: 59].

golongan inilah golongan yang benar-benar menjadikan Kitabullah dan Sunnah Rasul sebagai petunjuk dalam kehidupan mereka sehari-hari.. sebarang perselisihan yang berlaku akan berakhir dengan merujuk kepada kedua-dua sumber ini.. inilah golongan yang disebutkan oleh Rasulullah sebagai satu-satunya golongan yang terselamat daripada 73 golongan tadi..

Manusia itu (dahulunya) satu umat. Lalu Allah mengutuskan para Nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Dan Dia menurunkan bersama mereka Kitab yang mengandungi kebenaran untuk memberi keputusan antara manusia tentang apa yang mereka perselisihkan. Dan yang berselisih hanyalah orang-orang yang telah diberi Kitab setelah datang kepada mereka bukti-bukti, kerana kedengkian antara mereka. Maka Allah memberi petunjuk kepada mereka yang beriman tentang kebenaran yang mereka perselisihkan, dengan kehendakNya. Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. – [Al-Baqarah, 2: 213].

rasanya ayat di atas ini akan menjadi penutup bagi entry kali ini.. tujuan saya membawakan ayat ini tidak lain sekadar memberikan gambaran kepada anda tentang faktor perpecahan umat.. Allah telah mengatakan bahawa dahulu memang umat ini umat yang satu.. namun, setelah sampai kepada mereka kebenaran dengan bukti-bukti yang nyata, lantas mereka mengambil keputusan untuk berpecah, hanya kerana dengki mereka.. inilah sikap umat hari ini..

kadang-kadang saya merasakan seolah-olah saya sendiri sedang mengalami situasi ini.. apabila kita mengajak orang ramai untuk kembali kepada Allah dan Rasul, ternyata ada juga kelompok yang lain turut melaungkan slogan yang sama.. namun, kami sehingga ke hari ini seolah-olah tidak mampu lagi untuk bersatu.. saya tidak dapat melihat apakah yang menyebabkan kami berpecah melainkan setelah kami bawakan ayat-ayat Al-Quran dan hadits-hadits Nabi yang shahih.. benarlah firman Allah.. “umat yang satu” ini akan berpecah apabila datang bukti-bukti yang jelas..

wallahu a’lam..

    • dr mofaz
    • August 12th, 2008

    Salam
    So, kesimpulannya, umat ini tetap akn berpecah(janji Rasulullah S.A.W), iaitu mereka yang apabila telah datang kepadanya kebenaran dan mereka menolaknya. Tetapi apa USAHA kita? Usaha kita ialah JANGAN sampai kita menjadi umat yang 72 itu. BAGAIMANA caranya? Caranya berdasarkan Surah An-Nisa’ ayat 59 di atas.

    Dan HANYA orang yang BERIMAN sahaja yang BERSAUDARA.Itu firman Allah(Al-Hujurat ayat 10). Secara sunnatullahnya orang BERIMAN memang telah BERSAUDARA sejak awal mereka beriman.

    Pada pendapat saya, niat ingin menyatukan barisan itu baik. Orang yang melaungkan slogan yang di atas harus jelas BARISAN yang mana yang ingin diajak kepadanya. Hanya ada satu satu barisan yang akan selamat dan dijamin.Barisan yang selamat itu adalah yang MENGIKUTI RASULULLAH dan para SAHABAT dan bukan barisan ISLAM.

    • mrblinc
    • August 12th, 2008

    salam..

    terima kasih kita ucapkan buat teman kita, Dr Mofaz atas komentar beliau ttg perkara ini.. dan sy rasa seolah2 komentar ini sudah cukup utk merangkum isi kandungan entry ini..

    sy suka melihat ayat terakhir Dr Mofaz: Barisan yg selamat itu adalah yg mengikuti Rasulullah dan para Sahabat dan bukan barisan Islam.. sy sgt bersetuju dgn kata2 ini.. bukanlah kita mengatakan Islam itu tidak benar, tetapi di akhir zaman ni, ramai sgt yg mengaku Islam, tp tak mcm Islam sgt..

    di satu sisi, kita ada Syiah yg mendakwa mereka adalah sbhgn drpd Islam, walau pun mereka mencela para sahabat (sdgkn Nabi melarang mencela para sahabat).. kita juga ada Islam Liberal yg mendakwa semua agama adalah sama (walau pun Allah berfirman “Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam”).. pelbagai pihak yg muncul mengatasnamakan Islam, tetapi membawa ajaran yg bercanggah dgn Islam..

    jd nama Islam sudah tidak selamat, krn smua pun mendakwa mereka Islam, walau pun mereka sbnrnya bukan Islam.. wallahu a’lam..

    • sabilmukmin
    • August 12th, 2008

    “kadang-kadang saya merasakan seolah-olah saya sendiri sedang mengalami situasi ini.. apabila kita mengajak orang ramai untuk kembali kepada Allah dan Rasul, ternyata ada juga kelompok yang lain turut melaungkan slogan yang sama.. namun, kami sehingga ke hari ini seolah-olah tidak mampu lagi untuk bersatu.. saya tidak dapat melihat apakah yang menyebabkan kami berpecah melainkan setelah kami bawakan ayat-ayat Al-Quran dan hadits-hadits Nabi yang shahih..”

    berlapang dadalah dalam menghadapi mslh perbedaan pendapat,sebagaimana yg ditunjukkan Rasulullah dalam perbedaan pendapat antara Umar ra. dan AbuBakar ra. dan juga sebagaimana yang diamalkan imam2 mazhab.insyAllah kita akan capai kesatuan umat.Umat kita hari ini berpecah kerana tiadanya khalifah yg memimpin satu umat kita ini,jadilah kita satu jamaah yg menyatukan bukannya yg memecahbelahkan.Dalamilah ertikata shahadah yg haq.wassalam

    • mrblinc
    • August 12th, 2008

    utk saudara/i sabilmukmin..

    terima kasih atas komentar anda.. kami mengalu2kan komentar2 drpd para pembaca.. cuma, sy ingin menambah bbrp perkara..

    berbicara ttg berlapang dada dlm kes Abu Bakar dan ‘Umar, alhamdulillah kita katakan perbezaan yg trjd itu pd zaman Rasulullah S.A.W sehinggakan baginda S.A.W sendiri yg memutuskan mslh trsbt.. namun, harus kita ingat bhw suatu ketika dahulu pernah diturunkan satu ayat Al-Quran, “Hari ini telah Aku sempurnakan agama kalian buat kalian..” – [Al-Maidah, 5; 3], sdgkn Rasul pula sudah tiada di samping kita.. jd siapa lg yg akan memutuskan permasalahan2 yg timbul antara kita?? tiada jalan lain lg, melainkan kembali kpd Al-Quran & As-Sunnah.. inilah warisan yg ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W & brg siapa yg berpegang pd kedua-duanya -sebagaimana yg dijanjikan oleh Rasulullah- tidak akan sesat utk selama2nya..

    begitu juga dgn perbezaan yg trjd antara imam2 mazhab.. seingat sy Imam Asy-Syafi’i pernah meninggalkan bacaan qunut subuh demi menghormati pndpt yg lain, walau pun menurut ijtihadnya sendiri, qunut subuh itu adalah sunnah muakkad.. knp hal trsbt blh trjd?? ini krn Imam Asy-Syafi’i tahu bhw pndpt yg mengatakan qunut subuh itu sudah dimansukhkan sememangnya berlandaskan hadits yg shahih juga.. jd, dpt kita lihat di sini bhw Imam Asy-Syafi’i mmg berpegang kpd Al-Quran & As-Sunnah, iaitu apabila berlaku perselisihan, kembalikan kpd Allah & Rasul..

    malah, sekiranya kita melihat di mukaddimah buku Sifat Solat Nabi karangan Al-Albani, nescaya kita akan melihat perkataan2 imam2 mazhab yg menyuruh kita mengikuti As-Sunnah & meninggalkan pndpt mereka sekiranya bercanggah dgn Al-Quran & As-Sunnah.. lihatlah wasiat insan2 yg mulia ini.. maka tidak hairanlah knp mereka blh berlapang dada dgn perselisihan antara mereka, krn mereka tahu, stiap drpd mereka tidak mengeluarkan ijtihad mengikut perasaan semata2 tetapi berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah..

    & sy juga berstuju dgn kata2 saudara/i yg mengatakan kita akan mencapai kesatuan umat apabila datangnya khalifah.. & sy rs tiada lg khalifah lain yg ditunggu melainkan kedatangan Imam Mahdi sebagaimana yg dijanjikan oleh Rasul S.A.W.. pd waktu trsbt, Al-Masih Dajjal yg dijanjikan akan muncul.. & pd waktu trsbt kita akan melihat golongan2 munafiq akan mnjd pembantu Dajjal..

    salah satu sikap org munafiq adalah sebagaimana yg disebutkan dlm surah An-Nisa’ ayat 61: “Apabila dikatakan kpd mereka, ‘Marilah (patuh) kpd apa yg tlh diturunkan oleh Allah dan (patuh) kpd Rasul,’ nescaya engkau (Muhammad) akan melihat org2 munafiq menghalangi engkau sekeras2nya.” buat kesekian kalinya, Allah menyuruh kita kembali kpd Allah & RasulNya, & mengatakan org yg menolak utk kembali kpd kedua2nya adalah munafiq, naudzubillah..

    bukan niat sy utk mnjd golongan yg memecahbelahkan umat, tetapi sebagaimana yg sy sebutkan td, hampir stiap kali sy & teman2 membawakan ayat2 Al-Quran & hadits2 shahih dlm permasalahan yg timbul di sekitar kami, pasti ada golongan yg tidak mahu menerima dalil2 trsbt walau pun telah nyata di hdpn mereka.. seolah2 sikap ini sama dgn sikap yg disebutkan oleh Allah dlm ayat 61 surah An-Nisa’.. naudzubillah, smoga mereka tidak termasuk dlm golongan itu..

    krn itulah pentingnya utk kita kembali kpd syahadah yg haq.. benar kata saudara/i, kita tidak harus berpecah.. kita haruslah bersatu.. mslh umat lebih besar, jd mmg patut kita bersatu kembali.. & persatuan ini hnya akan dicapai dgn syahadah yg benar..

    TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH.. kita bukannya mengatakan “Allah adalah ilah,” tetapi kita mengatakan “tiada lg ilah lain melainkan Allah, satu2nya ilah..” oleh itu, tidak patut kita mengikuti perbuatan golongan Yahudi & Nasrani sebagaimana yg disebutkan dlm surah At-Taubah, ayat 31: “Mereka mnjdkn org2 alim & rahib2 sbg tuhan2 mereka selain Allah..” di sini kita melihat bhw org Yahudi & Nasrani, walau pun mereka mengatakan bhw Allah adalah Tuhan mereka, namun mereka tidak taat kpd firmanNya, malah mereka lbh mengikuti golongan2 agamawan mereka.. sekiranya Allah mengharamkan sesuatu, namun golongan agamawan menghalalkannya, pasti umat Yahudi & Nasrani juga akan menghalalkannya..

    ternyata, dlm kita mengutuk perbuatan kedua2 umat terdahulu ini, kdg2 kita juga dpt melihat umat Islam sendiri yg melakukan perkara yg sama.. di kala Allah & RasulNya melarang sesuatu, namun apabila ada ustaz2 yg menghalalkannya, kita akan melihat kbykn umat Islam akan menghalalkannya.. ambil shj cth mudah.. bab tahlil.. sudah jelas perkataan Imam Syafi’i bhw tahlil adalah suatu amalan yg bid’ah, & beliau ketika mengeluarkan kata2 trsbt, beliau bukanlah berkata2 mengikut hatinya semata2 tetapi berpandukan Al-Quran & As-Sunnah, namun apabila ada ustaz2 yg mengatakan hal trsbt dibolehkan & trmasuk dlm kategori bid’ah hasanah, kita akan melihat byk pihak yg turut menghalalkan amalan trsbt.. tidak cukup kuatkah hujah yg dikemukakan oleh Al-Imam Asy-Syafi’i utk menolak perbuatan trsbt??

    bhgn yg kedua drpd syahadah adalah MUHAMMAD UTUSAN ALLAH.. apakah tugasan seorg Rasul atau pun utusan Allah? sila lihat ayat 2 surah Al-Jum’ah: “Dialah yg mengutuskan seorg Rasul kpd umat yg buta huruf, dari kalangan mereka sendiri, membacakan kpd mereka ayat2Nya, dan menyucikan mereka, dan mengajarkan kpd mereka Al-Kitab dan Hikmah..”

    inilah tugasan seorg Rasul.. dia mengajarkan kita Al-Kitab & Hikmah.. oleh itu, tidak layak sekiranya kita mendahului Rasul, sdgkn dialah yg diberi wahyu utk mengajarkan kita Al-Kitab.. adakah layak seseorg itu mengatakan bhw Muhammad itu Rasulnya, sdgkn apabila sampai kpdnya hadits baginda: “Brg siapa yg mereka-reka sesuatu dlm urusan kami yg ini (urusan agama), apa yg bukan daripadanya, nescaya dia tertolak..”, dia lantas mengenepikan hadits ini & mereka2 amalan baru?? adakah layak org spt ini dikatakan BERIMAN KEPADA ALLAH & RASUL??

    oleh itu, marilah sama2 kita kembali kpd syahadah yg haq.. yg benar2 melaksanakan “TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH, MUHHAMAD PESURUH ALLAH.” hanya dgn benar2 kembali kpd kedua2 sumber yg saling melengkapi & tidak saling bercanggah ini sahajalah kita akan dpt bersatu, insya-Allah..

    sekian sahaja, wallahu a’lam..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: