berkaitan seminar SSN

terima kasih kami ucapkan kpd semua yg terlibat dalam program ni.. tak kisah apa pun yg anda lakukan (menyebarkan sms, mengurus di bhgn teknikal, dll), semoga Allah membalas budi baik anda.. di sini ingin saya sentuh bbrp persoalan..


pertama: pndpt yg mengatakan sekiranya wanita berjemaah, kedudukan imam adalah sebaris dengan makmum, tanpa maju ke hdpn..

ini berdasarkan riwayat dari Rabthah Al-Hanafiyah, bahawasanya ‘Aisyah mengimami mereka solat fardhu’ dan dia berdiri di tengah-tengah mereka.” – [HR Abdurrazzaq, Ad-Daruquthni dan Al-Baihaqi: hadits ini dikatakan shahih dgn syawahid].

Hajirah juga pernah meriwayatkan bhw Ummu Salamah juga mengimami mereka dan dia berdiri di tengah-tengah mereka. – [HR Abdurrazzaq, Ad-Daruquthni dan Al-Baihaqi: hadits ini dikatakan shahih dgn syawahid].

syawahid adalah kalimah plural, sedangkan kalimah singular adalah syahid.. kalimah ini bererti riwayat2 pendukung atau penguat..

sumber:

1. Shahih Fiqih Sunnah (oleh Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim)



kedua: tentang bersalam-salaman slps solat.. sekiranya merujuk kpd pndpt Al-Albani, beliau mengatakan hal itu adalah bid’ah.. namun seandainya kita melihat kembali pndpt tokoh2 lain, nescaya kita akan melihat trdpt sedikit kelonggaran dlm hal ini..

1. Dari Anas R.A dan Asy-Sya’bi R.H berkata: “Adalah para sahabat Nabi S.A.W apabila berjumpa mereka saling bersalaman, dan apabila mereka kembali dari bepergian, mereka berpelukan.” – [HR Al-Bukhari dan Muslim].

2. “Tidaklah dua orang muslim berjumpa lalu bersalaman, kecuali akan berguguranlah dosa-dosa keduanya sebagaimana bergugurannya dedaunan daripada pohonnya.” – [HR Abu Dawud].

3. Dari Al-Barra’ bin Azib R.A, Rasulullah SAW bersabda bahawa dua orang yang bertemu dan bersalaman akan diampuni dosa mereka sebelum berpisah. – [HR Ibnu Majah].

ada pun riwayat2 di atas adalah bersifat umum, sedangkan kita belum pernah mndgr adanya riwayat yg menyebut secara khusus bhw Rasulullah S.A.W atau pun para sahabat R.A bersalam-salaman slps solat..

ada pun Syeikh Abdullah bin Baz ketika ditanya ttg masalah ini hanya mengatakan bhw disunnahkan bersalaman slps solat di masjid, apabila belum sempat bersalaman sebelumnya. katanya: “Disukai bersalaman ketika berjumpa di masjid atau di dlm barisan. Jika kedua-duanya belum bersalaman slm solat, maka bersalaman setelahnya. hal ini sbg pelaksanaan sunnah yg agung itu di samping menguatkan dan menghilangkan permusuhan.”

ini adalah pndpt yg cukup baik dlm hal ini, krn walau pun tiada hadits yg khusus menyebutkan ttg sunnahnya bersalaman slps solat, namun kita mengambil faedah drpd hadits2 yg bersifat umum td..

sumber:

1. eramuslim.com: Bersalaman Setelah Sholat Berjama’ah (oleh Ustadz Ahmad Sarwat)



ketiga: menyapu muka slps memberi salam, adakah sunnah atau pun tidak?

dikatakan bhw dlm kitabnya Al-Umm, Imam Syafi’i (Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i) R.H menentang perbuatan tersebut.. pndpt ini didasarkan pd hadits riwayat Imam Muslim: “Dari Jabir bin Samrah berkata: Semasa kami solat bersama Rasulullah S.A.W, maka ketika baginda memberi salam, berkata salah seorang daripada kami dengan tangannya ke kanannya dan ke kirinya dan mengucapkan Assalamualaikum, Assalamualaikum, dengan mengisyaratkan dengan tangannya ke kanan dan ke kiri. Maka Nabi S.A.W bersabda: Apa terjadi kepada kamu, mengisyaratkan dengan tangan kamu, tak ubah seperti ekor kuda yang mabuk, tidakkah memadai atau sesungguhnya memadai seseorang kamu meletakkan tangannya di atas pahanya semasa memberi salam ke kanannya dan ke kirinya seraya mengucapkan: Assalamualaikum warahmatullah, assalamualaikum warahmatullah.” (Lihat Al-Umm. Jld. 1. Hlm. 122. Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Muslim).

lafaz “…tidakkah memadai atau sesungguhnya memadai…” menunjukkan bhw tidak perlu ada sebarang penambahan slps perbuatan salam sama ada menyapu muka mahu pun perbuatan membalik-balikkan tgn (sstgh pihak akan membalikkan tgn kanannya sewaktu memberi salam ke kanan, dan membalikkan tgn kirinya sewaktu memberi salam ke kiri), atau perbuatan2 lain.. oleh itu, bagi kita, memadailah apa yg diajarkan oleh Nabi S.A.W..

dari Abu Dawud (Sulaiman bin Al-Asy’ats R.H), “Aku mendengar bahawa Ahmad (Imam Ahmad bin Hanbal R.H) ditanya tentang seseorang mengusap mukanya dengan kedua-dua tangan jika telah selesai solat witir, dia berkata: ‘Aku belum pernah mendengar sedikit pun berkenaan dengan hal itu,’ sedangkan aku (Abu Dawud) menyaksikan bahawa Ahmad tidak melakukan hal itu (iaitu mengusap muka selepas solat).”

sumber:

1. fiqh & sunnah: Adakah Sunnah – Mengusap (Menyapu) Muka Selepas Selesai Solat dan Selepas Berdoa? (oleh Nawawi bin Subandi)



rasanya sampai di sini shj.. buat teman2 yg tlh mengikuti seminar SSN di masjid daru asy-syifa’ pd tanggal 30-31 Julai 2008, & ingin bertanyakan soalan, dipersilakan utk mengemukakan soalan anda di sini.. insya-Allah, kami akan cuba menjawab setiap persoalan yg dikemukakan..

    • mr.taciturn
    • August 1st, 2008

    just nk tmbh skit psl bab tayammum.. mgkn ada yg kurang yakin psl menyapu debu ke tangan tak perlu sampai ke siku.. ni ada pndpt bbrp org ulama’ ttg hal ni.. wallahu a’lam..

    http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/11/056-tayammum-kaedah-bersuci-pengganti.html

    • ManusiaPenasaran
    • August 1st, 2008

    Mas,mau nanya doank..
    Gimana lafaz salam dalam solat..
    saya itu kurang ngerti sih..
    Adakah cuma ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ doank..
    ato ‘Assalamualaikum WaRahmatullahi Wabarokatuh’
    ato ada yang lainnya..
    Makasih yaa..

    • mrblinc
    • August 1st, 2008

    mas,

    sbnrnya kita menemukan byk riwayat ttg lafaz salam.. antara lain adalah:

    pertama, hadits riwayat Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah..
    salam kanan: (السلام عليكم ورحمة الله)
    salam kiri: (السلام عليكم ورحمة الله)

    kedua, hadits riwayat Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah, ‘Abdurrazzaq, Abu Ya’la, Ath-Thabrani, Al-Awsath dan Ad-Daruquthni dgn sanad yg shahih..
    salam kanan: (السلام عليكم ورحمة الله وبركاته)
    salam kiri: (السلام عليكم ورحمة الله)

    ketiga, hadits riwayat Ahmad dan An-Nasa’i dgn sanad yg shahih..
    salam kanan: (السلام عليكم ورحمة الله)
    salam kiri: (السلام عليكم)

    • Hamba Allah
    • August 4th, 2008

    Assalamualaikum..Ana cuma nak minta pandangan ttg bacaan ‘Amin’ selepas kita membaca al-Fatihah..
    Boleh tak jelaskan ttg sebutannya yang betul bagaimana dan penerangan serba sedikit ttg sebutan ‘Amin’ ini..

    • mrblinc
    • August 4th, 2008

    salam..

    buat teman yg bertanya, sy sndiri kurang jelas ttg pertanyaan anda.. adakah maksud anda merujuk kpd persoalan baca kuat atau perlahan, atau persoalan baca bersama imam atau slps imam, atau masih ada persoalan lain?? walau bagaimana pun, sy akan cuba mnjwb sekadar termampu..

    – membaca Aamin secara keras atau tidak?

    utk persoalan ini, kita akan mndpti dlm Shahih Al-Bukhari adanya bab “Imam Mengeraskan Suara Ketika Membaca Aamiin”..

    malah disebutkan juga oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin bhw para sahabat juga membaca Aamin dgn kuat sehingga masjid seolah2 bergoncang..

    selain itu, sekiranya anda berminat utk melihat perbahasan ini menurut pndpt mazhab2 fiqih, anda blh layari http://www.eramuslim.com/ustadz/shl/8322215654-membaca-amin-setelah-imam-selesai-fatihah.htm

    – membaca Aamiin bersama imam atau slpsnya?

    ada yg mengatakan Aamiin diucapkan slps imam selesai mengucapkannya.. dalilnya adalah hadits: “Jika imam mengucapkan Aamiin maka ucapkanlah Aamiin..” – [HR Al-Bukhari dan Muslim].

    ada pun sbhgn yg lain mengatakan Aamiin diucapkan bersamaan dgn imam, brdsrkn hadits: “Apabila imam mengucapkan (ولا الضالين) maka ucapkanlah (آمين). – [HR Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah].

    dan pndpt yg lebih kuat adalah pndpt kedua, iaitu mengucapkan Aamiin slps imam selesai mengucapkan (ولا الضالين)..

    – ttg bacaan Aamiin

    Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin juga menyebut ttg satu permasalahan dlm bukunya (yg berjudul Shifatu Ash-Shalah صفات الصلاة), katanya: menurut para ulama’, maksud Aamiin adalah “Ya Allah! kabulkan.” sekiranya seseorang itu menyebut Aammiin (dgn mentasydidkan huruf mim – آمّين) maka solatnya batal.. ini krn Aammiin bererti “Kami sdg menuju sesuatu”.. mengucapkan Aammiin dlm solat bererti kita telah berkata2 dgn kata2 manusia..

    wallahu a’lam..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: